ⓢⓘⓧ - Lustful Gazing (2)

465 91 498
                                    

Ianya baru permulaan, namun kim taehyung seakan tidak boleh membiarkan song ji hyo 'bersendirian' dengan tenang

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Ianya baru permulaan, namun kim taehyung seakan tidak boleh membiarkan song ji hyo 'bersendirian' dengan tenang.

Bab 6 : Lustful Gazing



___________________________




















Di ruangan tamu,

Dua jejaka yang sudah lama tidak bertemu, duduk bertentangan di antara satu sama lain sambil berbual rancak dengan topik yang berlainan rupa. Ada kalanya tawa sinis keluar daripada bibir taehyung dan ada pula keluhan berat terpacul di bibir kim seokjin.

Masing-masing membawa cerita tersendiri lebih lebih lagi kim seokjin dengan kehidupannya di pulau jeju. Membawa diri sebagai guru sekolah tinggi baginya adalah sesuatu yang mencabar. Melayan kerenah anak-anak muridnya yang pelbagai ragam serta menyelesaikan pelbagai masalah displin pelajar di situ. Ada sahaja rungutan yang meniti di bibirnya.

Taehyung selaku yang mendengar sekadar menjungkit bahu, seolah olah dia tidak peduli tentang murid-murid seokjin. Lagipun kim taehyung tidak menyukai kanak kanak jadi dia tidaklah peduli.

"Ala hyung budak-budak biasalah. Mana ada baik macam malaikat. Kau yang pilih keje tu, kau keje jelah." Bidas taehyung selamba, sesekali lelaki kacak itu menguap kebosanan.

"Aku keje bukan nak dapat duit tau taehyung, aku keje sebab aku suka diaorang..lagipun.."seokjin berjeda, kepalanya mulai berpaling pada kim taehyung di sebelah sofa yang lain berada di tepinya. Senyuman tipis terukir pada bibir kecilnya.

"Perangai budak-budak tu tak seteruk kau. Jadi, aku boleh bertahan lagi." Terang terangan seokjin memerli adik lelakinya. Riaknya tenang seakan tidak bersalah sama seperti ibunya.

Berkerut pelipis taehyung mendengar perlian seokjin, tajam matanya menjeling abangnya.

"Hyung, kau datang rumah aku nak cari gaduh dengan aku atau kau nak lawat aku?"

Seokjin membuat mimik muka, seakan dia tidak takut jika taehyung bersedia hendak menghalaunya. Ah, memerli taehyung adalah kesukaannya. Reaksi yang diberikan adiknya jauh lebih menarik daripada rakan karibnya,kim namjoon.

Sekurang kurangnya taehyung mahu juga menggelegak dengan sindirannya..jika namjoon, pasti akan dibidas semula dengan kesemua fakta bodoh yang entah daripada mana dia baca.

"Dua-dua."

"Kau tahu hyung, tak jumpa kau 10 tahun pun tak pe. Ada depan mata pun menyakitkan hati." Kali ini taehyung membalas dengan perlian pula, dijelingnya seokjin atas bawah tidak puas hati.

"Eh kau ni-"











"Ma-ma-maaf g-ga-ganggu, h-h-h-hyo a-ada b-b-b-buat a-a-air.." Suara halus mencelah diantara perbualan mereka, tuan empunya badan terkebil kebil berdiri tidak jauh daripada kedudukan kim taehyung sambil memegang sedulang jag bersaiz sederhana besar berisi sirap limau dan dua gelas cawan.

 EGOTISTICAL + TAEHYUNG KIM (TAEHYO) Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon