ⓞⓝⓔ : Hidden Intentions

1.5K 256 230
                                    








Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



































"CHEERS!"

Gelas kaca berisikan wain dilaga teruja pada saat mereka mengangkatnya ke atas kemudian mereka mensisip sedikit wain tersebut sebelum diletakkan di atas meja bulat.

Mereka tiga sahabat dengan pelbagai kerenah, sentiasa menempah tempat duduk khas di kelab hanya untuk mereka dan pasangan mereka bersantai bersama. Masing-masing rancak berbual pada berlainan topik.

Dengan kim taehyung yang duduk di sofa panjang sambil memeluk bahu kekasihnya, Han Luna dengan sebelah tangannya memegang segelas wain. Dan yang berada di hadapan mereka adalah jeon jungkook bersilang kaki duduk di situ. Di sofa yang lagi, park jimin hanya lebih berminat pada telefon bimbitnya daripada berbual bersama.

Bukan dia tidak tahu, topik utama perbualan kim taehyung dan jeon jungkook bukanlah topik biasa, realitinya kedengaran kotor dan hanya membabitkan wanita, hanya isi kandungan topik mereka sahaja yang berlainan. Tajuk utamanya masih tetap sama.

"So..How about Ria?kau still lagi dengan dia or kau tukar perempuan lain? " soal taehyung penuh minat, sebelah keningnya terjungkit inginkan jawapan.

Jungkook tidak terus menjawab, tawa sinisnya berderai sebelum bibirnya menjawab pertanyaan taehyung.

"Ah, dia claim yang dia mengandungkan anak aku, so yeah..bullshit aku tinggalkan dia." Separa bergurau dia menjawab, wajahnya jua mempamerkan riak tidak peduli.

Lagipun, bagi  pendapat jeon jungkook, dirinya masih muda mengapa hendak setia pada yang satu? Lagipun, perkara yang melibatkan perasaan akan membuatkan dirinya dalam kelemasan.

"So..sekarang kau dengan siapa?" Soal taehyung lagi, kali ini dia tidak memandang jungkook dek kerana sibuk mengisi wain.

Diam-diam dalam kesempatan itu jeon jungkook melirik ke arah luna dan pantas mengeyitkan matanya. Tersipu sipu malu wanita itu dengan perlakuan jungkook, sengaja dia menyelitkan juntaian rambutnya ke belakang telinga mahu memperlihatkan dirinya ayu dan nampak jelita.

"Kook aku tanya kau ni..now, kau dengan siapa?" Sekali lagi taehyung bertanya, hairan kerana jungkook masih tidak berjawab lalu lelaki itu kembali memfokuskan jungkook. Tertanya tanya wanita mana yang bakal mengisikan tempat sebagai simpanan jeon itu.

"Well, tak sure, tengah mencari." Sengaja jungkook menekankan perkataan tengah mencari, matanya sesekali galak melirik ke arah luna tanpa pengetahuan taehyung.

Riak wajah luna yang kelihatan teruja dan mahukan dirinya jua sudah membuatkan syaitan dalam diri jungkook ketawa terbahak bahak. Mudah sekali hendak menggoda kekasih sahabatnya ini. Jelas sekali han luna ini seorang yang tamak mahukan keduanya.

 EGOTISTICAL + TAEHYUNG KIM (TAEHYO) Where stories live. Discover now