ⓣⓗⓡⓔⓔ - Cruel

324 82 160
                                    











Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Rambutnya berserabai tidak terurus, t-shirtnya yang dipakai semalam disarung pada tubuhnya. Mindanya bercelaru, kejadian semalam cuba untuk diputar kembali memori namun malang, tiada satu pun yang terjah dalam kotak memorinya. Berulang kali taehyung bergeleng kesal, dia cuba mencari mana mana sisa sisa memorinya tetapi ingatannya masih pudar, dia tidak ingat langsung bagaimana kejadian itu terjadi.

"Urgh.." Rengusnya, kemudian taehyung menyerabutkan rambut hitamnya tatkala otaknya gagal dan gagal lagi untuk mengingati.

Young ae yang berada di hadapannya hanya memandang dengan pandangan yang kosong. Sesekali disisip cawan kacanya yang berisi kopi dengan tenang sekali.

"Kamu tahu kan eomma tak suka kalau kamu cuba nak lari daripada tanggungjawab kamu." Ucapnya tenang, sebaris senyuman tipis menghiasi wajahnya selepas itu. Seakan akan sudah lama wanita berusia 50-an itu bersiap sedia dengan perkara begini.

"Eomma.." Sepatah dia memanggil ibunya, sebelum lelaki itu berjeda dan menarik nafasnya sedalam mungkin, dan kembali mentuturkan butir bicaranya, "dia tu terencat tahu tak,tae tengok dia pun tak selera! Tak logik la kalau tae nak tidur dengan dia. Tae benci dia eomma, takkan la eomma percaya yang tae boleh tidur dengan dia!" Bentak taehyung. Cuba dipertahankan dirinya yang dirasakan tidak bersalah.

Namun, young ae, ibu kepada kim taehyung bukan pihak lawan yang sukar ditumpaskan, debatlah sehebat mana sekalipun pihak lawannya pasti akan tertumpas.

"Macam mana kamu tahu kamu tak sentuh pun dia sedangkan kamu langsung tak ingat? Kamu berada dalam pengaruh alkohol semalam dan tak hairanlah kalau kamu pergi 'sambar' dia semalam, terencat ataupun tidak kalau dah otak kamu tu kene kawal dengan iblis memang semua perangai kamu sama tahap dengan iblis.jadi berhenti berdolak dalih dan dengar cakap eomma."

"Eomma..tae bersumpah tae ta-"

Young ae pantas memotong percakapan anak bongsunya, langsung tidak memberi peluang pada lelaki itu untuk memberikan alasan lagi.

"Eomma nak kamu kahwin dengan song ji hyo. Bertanggungjawab atas apa yang kamu dah lakukan dekat dia. Faham." Young ae memberi cadangan. Senyuman puas ditayang pada anaknya.

Tatkala kim taehyung mendengar cadangan gila ibunya, matanya terbeliak, rahangnya hampir ternganga luas.

Pembuluh darah mudanya meledak naik ke atas, perasaan marah semakin membuak buak mahu meletus.

"Eomma, Michyeosseo(omma gila ke?)? Asal pula tiba-tiba tae kene kahwin dengan si terencat tu!AISHH!!" Taehyung pantas menghentakkan kakinya ke lantai. Geram dengan cadangan gila daripada eommanya kerana memaksannya begini. Matanya menjengkel tajam memandang ibunya.

 EGOTISTICAL + TAEHYUNG KIM (TAEHYO) Where stories live. Discover now