ⓝⓘⓝⓔ - The Uninvited Guest

498 87 740
                                    


Baek A yeon - A Lot Like Love ( ost scarlet heart)

Dia pemalu, Dia kekok dalam mentuturkan bicaranya, tidak pandai bergaul bahkan bukan pilihan lelaki idaman kebanyakkan wanita

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Dia pemalu, Dia kekok dalam mentuturkan bicaranya, tidak pandai bergaul bahkan bukan pilihan lelaki idaman kebanyakkan wanita..namun begitu, sekali hatinya sudah tertawan, kesetiaannya lebih besar daripada seorang satria, kehalusan emosinya lebih menyentuh daripada seorang puitis, dan keikhlasannya lebih besar daripada lautan biru..

Kerana niatnya tulus dan tidak berliku..mahu menghalalkan si hawa untuk menjadi teman hidupnya seumur hidup.

Dia dia adalah park jimin, si jejaka berperwatakan Introvert..

Author tak tahulah sama ada korang ada second male lead sindrom ke tak 😅

Which one of you guys prefer? INTROVERT, EXTROVERT OR AMBIVERT 🤩

Author pilih introvert 🤭 sebab mudah disakat 🤣 malu2 gitu reaksi 🤣

Another long chapter : maafkan author ye sayang author semua 🥺

________________________________________


Dengan semangat yang berkobar dan langkah cukup berani dia melangkah menuju ke suatu destinasi. Kereta berjenama hyundai berwarna silver diparking jauh sedikit daripada rumah si tuan empunya badan.

Hari ini, dia datang dengan satu niat yang tulus. Walau apa pun yang terjadi dia harus! Bukan..dia wajib mengambil nombor telefon bidadari istimewa itu. Berulang kali jua si dia berlatih berbicara tadi, cara paling sopan, lembut dan berbudi bahasa untuk meminta. Malah sengaja juga dibeli sejambak bunga dan sekotak coklat untuk diberi kepada bidadari itu nanti.

"Aku boleh buat! Siapa kata introvert fail dalam komunikasi? Tak bukan aku! Aku boleh! Aku mesti boleh!" Ngomel jimin sendirian, ah, tidak sabar rasanya dia mahu berjumpa berdepan! Dan berlagak sebagai seorang lelaki yang budiman.

Ibunya berpesan kalau nak kena berusaha sampai dapat! Ya! Dia pasti akan lakukannya. Dia akan buang sikap acah-acah pemalunya dan bertutur dengan berani! Dia akan pastikan..dia akan bertutur seperti seorang lelaki yang gentleman.

Kakinya melangkah berani menuju ke perkarangan banglo milik kim taehyung. Berkobar kobar kakinya melangkah ke pintu utama dan segera jari jemarinya menekan loceng rumah. Sesekali menunggu jimin menyapu lengannya yang dirasakan kelihatan kotor padanya kemudian dia kembali fokus memandang pintu.

Menunggu dengan penuh harapan.

Dan..

Tiada..

Tapak kaki bahkan bunyi kekunci terbuka pun tidak kedengaran..lewat sangatkah dia datang? Rasanya jam baru sahaja berdetik jam 4 petang. Masa masa beginilah taehyung masih tidak pulang ke rumah, mengikut daripada jadual kerjanya pukul 6 nanti barulah selesai.

 EGOTISTICAL + TAEHYUNG KIM (TAEHYO) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora