bab 4

134 7 2
                                    

Duduk termenung Amar di pusara Hajah Sakinah. Kata-kata Datuk Farid semalam amat mengganggu fikirannya ketika ini.

Sungguh dia tak bersedia untuk meninggalkan kampung halaman itu. Kerana terlalu banyak kenangan nya bersama Arwah Hajah Shakinah ada disini. Dan seseorang yang dinantikan.

Dan tak mungkin dia sanggup meninggalkan segala-galanya yang ada, semata-mata hendak mengikuti papanya ke Kuala Lumpur.

Namun dia tahu, hajat itu pernah di lontaran oleh Arwah Hajah Sakinah satu ketika dulu. Malah bukan mudah baginya dia menerima permintaan itu.

Mengimbas kembali pada malam itu. 3bulan sebelum Hajah Sakinah meninggal.

Geram Hajah Sakinah dengan kepulangan Amar setelah 2 hari menghilangkan diri. Tanpa rasa bersalah, Amar hanya tersengih pada Opah nya yang sedang menunggu di  serambi.

Amar terus masuk ke dalam rumah dan memeluk tubuh Hajah Sakinah dengan erat. Sempat juga dia mencium pipi Hajah Sakinah.

" Rindu ye adik dekat Opah. " Erat saja pelukan Amar tubuh Opah nya dari belakang dan mencium pipi tua itu.

" Adik ni dari mana? Dah dua hari menghilang. Elok mama papa adik balik, baru nak nampak muka. Geram betul Opah dengan Adik ni. " marah saja Hajah Sakinah dengan sikap cucu nya itu.

" Saja Adik tak nak balik. Malaslah....Adik nak jumpa dengan depa tu. Nak buat apa. " Kata Amar sambil melepaskan pelukan itu. lalu dia masuk ke dalam rumah. sambil diikuti oleh Hajah Sakinah dari belakang.

" Nak buat apa ? Allah... Adik oi... Depa tu mak ayah hang lah, awat hang dok cakap macam tu. Kecil hati depa nanti. Depa tu balik nak jumpa hang, takkan hang tak jumpa dengan depa tu. " Kecewa Hajah Sakinah dengan sikap Amar itu. Seperti tak kisah langsung dengan kehadiran orang tuanya.

" Sikit pun Adik tak teringin nak jumpa dengan depa lah, Opah. Nak buat apa nak rindu, kalau depa dah tinggalkan Adik. Sebelum ni tak gaduh pun nak ambil tau, tiba-tiba nak ambil berat bagai.

" Awat baru sedar kot yang Adik ni anak depa. Rasa tak payahlah kot, Adik tak perlukannya dah. " Berangin saja Amar berkata. Sungguh dia amat terasa hati dengan perbuatan orang tuanya.

Mengucap panjang Hajah Sakinah mendengar kata-kata dari mulut cucu nya itu. Tak sangka cucunya itu sanggup berkata sedemikian terhadap orang tua nya. Sememangnya dia tahu bertapa terluka nya hati Amar dengan  perbuatan orang tuanya.

Kerana kesilapan Datuk Farid mempercayai ibu mertua nya, untuk menjaga mereka. Telah membuatkan kelurga Datuk Farid terpaksa menanggung kemarahan dan kebencian Amar. Sehingga kini Amar masih tak menerima kehadiran mereka.

" Allah Adik ooiii...., Hang pun tau, semua tu bukan salah depa, Silap papa hang cuma percayakan nek Wan hang ja. " Kecewa Hajah Sakinah rasakan dengan apa yang berlaku pada keluarga nya

" Kalau Nek Wan penyebabnya sekalipun, tak bermakna depa boleh lepas tangan. Awat ? kalau Nek Wan bagi duit tu dekat kita, Adik ni tak perlu perhatian dari depa ka ? Adik ni sapa opah, bukan anak depa ka sampai tak payah ambil tau langsung  Macam tu. "  sinis saja Amar berkata. Terasa bahang di hati Amar bila terpaksa mengingati kenangan silamnya itu.

Cukup perit untuk dia mengingati kenangan itu. Bertapa susah nya mereka berdua sewaktu keluarganya meninggalkan dirinya bersama Hajah Sakinah. Malah peruntukan untuk dirinya langsung tiada.

" Adik.... Adik sendiri pun tahu apa yang Nek Wan Adik dah buat. Gamak Dia, upah orang lain menyamar jadi Adik. Bukan sekejap penipuan yang dia buat tu. Kalau tak kerana Ayah Adik, sampai sekarang ni pun, papa adik tak tahu pasal kita. " terang Hajah Sakinah agar Amar mempercayai apa yang berlaku.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now