Bab 54

53 4 7
                                    

Amar bercuti pada hujung minggu. Setelah di pujuk oleh Datin Adila, baru Amar mengikut serta bersama dengan keluarga nya. Segak saja Amar memakai kemeja putih yang di pilih sendiri oleh Datin Adila. Sedondon saja warna yang mereka dikenakan anak beranak.

Sehari Amar menemani Datin Adila berjalan dan kebetulan Datuk Farid sudah balik dari Johor, setelah penat berjalan. Mereka sekeluarga singgah ke restoran berhampiran.

" Az...nanti gambar yang kita tangkap tadi, send dekat mama ye. Mama nak simpan dalam telefon nanti. " Pesen Datin Adila sambil menunggu hidangan untuk disediakan.

" Nanti lepas edit baru Az hantar dekat mama ye. " Kata Azwan sambil memeriksa gambar yang dia ambil tadi.

" Tidur dah cucu tok papa..." Baru Datuk Farid perasan bila dia tak dengar suara cucu-cucunya.

" Dari tadi Safiyyah merengek nak tido atas stroller. Langsung tak nak mengalah dengan adik dia, nasib stroller ni muat untuk dua orang. " Kata Amirul sambil membetulkan kipas kecil untuk anaknya.

" Penat berjalan lah tu. " Uji Datuk Farid. Sambil tersenyum kecil dengan gelagat cucu perempuannya.

Sedang mereka berborak. Terus makan yang di pesan dihidangkan oleh pelayan restoran. Seafood tomyam, ikan siakap masak stim serta itik salai masak lemak.

" Az...baca doa makan. " Pinta Datuk Farid sebaik semua makan sudah di hidang di atas meja.

Selesai saja Azwan membaca. Terus mereka mula menjamu selera. Amar mengambil mangkuk kecil lalu mencedok lauk kuah tomyam. Hanya itu saja lauk yang mampu untuk dia makan.

" Apa kata adik makan yang ni. Sedap tau...bukan selalu dapat makan. " Kata Datin Adila sambil mencedok lauk itik salai masak lemak untuk Amar.

" Adik tak biasa makan benda tu mama. Takut nanti adik tak habis, rugi je. Baik bagi dekat Az. " Kata Amar yang takut-takut hendak mencuba.

" Tak apa.....kau cuba dulu. Kalau kau tak boleh nak makan, nanti aku ambil. " Pujuk Azwan agar Amar mahu mencuba masak itu.

Faham saja Azwan yang Amar takut mencuba sesuatu yang bukan dia biasa. Bukan sikap Amar untuk memilih makanan. Mungkin kerana Amar jarang menjamah makanan tersebut.

" Sedap..." Soal Azwan bila melihat Amar mampu untuk makan lauk itik itu.

" Sedap juga...rasa macam ayam kampung. " Kata Amar selepas dia merasa sedikit lauk itu.

Mengangguk Azwan lalu dia menyambung semula makanan.

*********************************

Bila malam menjelma. Baru keluarga Datuk Farid balik ke rumah sebaik saja selesai menunaikan solat maghrib di masjid negara di Putrajaya.

Amar mendukung salah seorang anak Amirul yang sudah lena dan begitu juga Azwan turut mendukung sama.

" Terima Kasih adik... Az, tolong dukung anak Along sampai ke bilik. " Lega Amirul bila adik-adiknya mahu menolong menguruskan anak-anak nya yang sedang tidur.

" Benda kecil je ni Along. Pergilah rehat, kami hantar budak-budak ni dekat bilik diorang dulu. " Kata Azwan sambil mengemas pelukan nya pada Sufian.

" Ye lah... hati-hati. "

Terus Amirul masuk ke dalam rumah bersama Datin Adila dan Datuk Farid serta isterinya. Mereka berjalan menuju ke ruang tamu.

" Sayang nak naik bilik dulu lah. "

" Nanti lah..sayang nak rehat dulu dekat sini. Penat lah nak naik atas. " Kata Aliya sambil duduk di sofa.

" Penat Liya..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now