Bab 49

39 5 7
                                    

Hampir sejam mereka berdua berlawan. Masing-masing sudah cedera disetiap bahagian tubuh dan muka mereka. Namun itu tidak membuatkan mereka hendak berhenti dari meneruskan perlawanan mereka itu. Walaupun masing-masing sudah keletihan saja.

Amar meludah darah yang ada di dalam mulutnya apabila dia terkena tumbukan dari arah yang dia tak dapat lihat tadi. Melihat keadaan Amar sudah begitu, membuatkan Amir berasa risau apatah lagi melihat air ludah Amar bersalut dengan darah.

" Kita berhenti jelah..dah lama kita berlawan ni. Kau tak penat ke." Ajak Amir yang mahu menghentikan perlawanan itu.

" Aku tak penat lagi...kau dah penat dah ke? " Kata Amar yang tak puas hati bila Amir dapat memukul nya tadi.

" Jom lah kita lawan sampai salah satu kita mengaku kalah. Baru beat bro..." Desak Amar yang tidak mahu berhenti lagi.

" Dah teruk macam tu masih nak lawan lagi. Jangan mengadu dekat mama Sudah. " Terus Amir memasang kudanya. Dan memerhatikan setiap langkah Amar sebelum dia memulakan serangan.

" Aku ke kau...." sengaja Amar mengejak Amir lalu dia juga membuka kekuda nya.

Perlahan-lahan Amar mengambil langkah nya untuk mendekati Amir dan begitu juga dengan Amir. Dengan Amir turut berhati-hati dia mendekati pada Amar. Hanya terdengar angin malam saja yang ketika ini, tak menunggu lama Amar dan Amir mula menyerang antara satu sama lain.

Kaki dan tangan menjadi senjata mereka. Biarpun sudah lama mereka berlawan, namun kelincahan mereka tak pernah kurang. Makin lama makin laju saja pergerakan mereka itu tanpa henti.

Bila masing-masing terasa sakit baru lah mereka cuba menjarakkan dirinya mereka setelah gagal menyerang antara satu sama lain. Amir melihat keadaan Amar yang mula keletihan itu terus menyerang Amar. namun dia tak menyangka, Amar sempat mematahkan serangannya dengan  memusingkan badan sambil melibas kaki kanan dan menyebabkan dia terkena serangan itu lalu jatuh ke tanah.

Mengaduh Amir yang kesakitan akibat terkena serangan mengejut Amar tadi. Tanpa Amir menduga, Amar mula menindih tubuhnya yang terjatuh tadi. lalu Amar cuba mengunci tubuhnya. Dan itu membuatkan Amir terpaksa bergelut dengan Amar apabila Amar cuba kunci tubuhnya.

Amar yang cuba sedaya upayanya untuk mengunci tubuh serta kepala Amir. Peluang itu dimanfaat sebaik-baiknya oleh Amar sehingga Amar berjaya mengunci tubuh Amir. walapun sudah berkali-kali Amir cuba membuka kekunci Amar itu namun sukar baginya untuk melepaskan diri. Makin lebar senyam Amar bila Amir tak dapat lepaskan diri darinya.

" arrrhhh..." meronta-ronta Amir dengan kuat agar melepaskan diri dari tubuh Amar yang ada di atasnya.

Makin kuat Amir meronta makin sukar dia hendak menolak tubuh Amar. Amar yang sudah berada di atas amir itu, cuba menekan bahu dan badannya dengan kuat agar dia tidak jatuh dari Amir.

" Menyerah je lah...." Pujuk Amar setelah beberapa kali Amir cuba menolak nya. Namun tidak berjaya.

" Jangan harap!!!!...." Bentak Amir yang masih lagi memberontak dan cuba menjatuhkan Amar dari tubuhnya. hampir 5 min berlalu, Amir cuba melepaskan dirinya, tetap juga gagal dan akhirnya....

" okey Angah menyerah..." Penat saja Amir bila dia meronta tadi. setelah beberapa kali dia cuba lepaskan diri nya akhirnya diri nya gagal melepaskan diri dari Amar. Geram juga di rasakan Mana tidaknya, Amar juga cuba bertahan agar tangan tak terlepas dari mengunci tubuh Amir.

" Yeeah!!!!...aku menang. " Menjerit Amar yang kepenatan sambil itu dia melepaskan tubuh Amir. Lalu dia berbaring di dada Amir sebaik saja Amir mahu mengalah. Andai kata Amir tidak mahu mengalah tadi, mungkin dia akan gagal bertahan. Tak sangka juga dia, bertapa kuatnya Amir melawan agar dia terjatuh tadi.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now