Bab 46

65 2 1
                                    

Tertunggu-tunggu Datin Adila di pintu ketibaan. Resah dia rasakan bila wajah yang dia tunggu tak kunjung tiba lagi.

" Along...betul ke angah dengan anak-anak balik hari ni. Kenapa tak keluar lagi. " Uji Datin Adila dengan nada keresahan.

" Betul...mama, angah mesej Along dua hari lepas. Mama sabar dulu ye, nanti angah keluar lah tu. " Pujuk Amirul meskipun dia turut merasa resah bila wajah Amir belum kelihatan.

" Mama...tu Angah..." Teruja Amirul melihat lambaian tangan Amir. Lega hatinya melihat Amir sekeluarga berada di mata nya.

" Allah...anak aku balik dah. " Terus Datin Adila menghampiri pagar keluar itu.

" Assalamualaikum mama... Allah...rindu  ye angah dengan mama. " Terus Amir memeluk tubuh mama nya. Sungguh dia rindukan mama nya itu kerana sudah sebulan dia berada luar negara.

" Waalaikumussalam...mama pun rindukan anak mama ni. Cucu mama mana. " Soal Datin Adila sebaik saja dia melepaskan pelukan itu.

" Tu...." Terus Amir menujuk keluarga nya di belakang.

" Tok mama!!!!..." Berlari anak-anak Amir seramai 4 orang menghampiri pada Datin Adila lali mereka berpelukan.

Alexander, Amber, Andi,aleeza. Gembira hati tuanya dapat memeluk cucu-cucu nya yang hampir setahun tidak jumpa kecuali Amir yang kadang pulang untuk melihatnya.

" Tok Mama really misses you all a lot. " Hampir menangis saja Datin Adila sambil mencium satu persatu cucu-cucunya itu.

" Mana Sofea...dia tak balik sekali dengan kamu. " Soal Datin Adila sambil mencari kelibat menantu kedua nya.

" Sofea tak ikut dengan kami tapi mungkin lusa baru Sofea balik dengan daddy. Dia teman daddy sampai ke hospital. Nanti angah sambut diorang. " Uji Amir

" Tak apa lah kalau macam tu. risau betul mama, dah setahun dia jaga daddy dia. " Muram saja Datin Adila bila dia masih belum dapat jumpa dengan menantunya.

" Sofea kirim salam. Dia pun rindu sangat dengan mama. "

" Let go home...." Ajak Amirul yang mahu hentikan drama air mata itu. Agar mama nya tidak melayan rasa sedihnya.

" Jom..." Terus Amir menolak troli yang membawa beg bagasi anak-anaknya itu.

********************

" Motor!!!!serius lah Along. Along bagi adik bawa motor pergi sekolah. Dah Kenapa tak naik dengan Az ?. Az kan bawa kereta. " Soal Amir dengan terkejut. Geram pun ada dengan kedegilan Amar itu.

Baru sebulan dia tak ambil tahu mengenai Amar. Tak sangka hal ni yang akan dia dengar. Geram Amir rasakan, tak cukup pasal duit motor yang kena kebas sekarang Amar sudah beli motosikal lagi.

" Adik... angah. Dia nak sangat ke nak tumpang orang ni walaupun satu jalan. Entah apa yang adik mengelak Along pun tak tahu. Bersungguh tak tumpang Az, sanggup nak naik bas. " Rungut Amirul dengan sikap Amar yang keras kepala.

" Motor secondhand lagi ke?...budak ni tak serik betul lah. " Uji Amir dengan geram.

" Motor baru...Liya belikan, Along minta Liya kongsi dengan Along tanpa pengetahuan adik. " Nk

" So...adik tak buat perangai sangat lah sepanjang angah tak ada ni. "

" Tak sangat...cuma dia asyik termenung semenjak dua minggu ni. Tapi ada lah papa bawa dia balik kampung. Nampak okey lah sikit, mungkin dia rindu suasana kampung tapi takut nak beritahu. " Cerita Amirul.

" Nek Wan pulak ? Dia tak ganggu adik ke. " soal Amir

Tak buat masa ni...masa Angah berangkat ke China... seminggu lepas tu Nek Wan pergi korea pergi melawat mak ngah kat sana.
Along tak pasti berapa lama Nek Wan nak pergi sana. Lagi lama lagi bagus Along rasa tak perlu nak risau dia nak ganggu adik." Kata Amirul dengan perasaan lega.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now