BAB 6

95 4 1
                                    

Amar duduk termenung di palking. Sambil tangannya menghala ke bibirnya lalu di sedut puting rokok dan menghembus perlahan.

Sedang Amar berehat, sekumpulan budak lelaki sedang mengayuh basikal masuk ke dalam halaman rumah nya. Mereka berhenti di sebelah palking yang Amar duduk.

" Hampa mai sini nak wat apa. " Soal Amar sambil memijak rokok yang sudah hampir habis ke tanah. Tertanya-tanya Amar mengapa budak-budak itu mencari dirinya

" Tok guru suruh Abang masuk gelanggang. Ada pemilihan guru muda. " Kata Haikal sebaik saja dia meletak basikal ke tanah. Lalu menghampiri pada Amar.

" malam ni.....Nanti aku turun,. "

Resah saja Haikal. Seakan ada sesuatu yang ingin dia katakan. Lalu dia memandang ke belakang mengharapkan rakan-rakan membantu nya.

" Malam ni, Tok guru Haji Su nak buat pilihan bakal jadi Tok guru muda nanti. Dah lama Abang Zack tak masuk gelanggang, tapi orang harap abang terpilih nanti. Tak sabar nak jadi anak buah Abang. " beritahu Sudin.

Bukan Amar tak perasaan melihat Haikal yang gelisah. Sengaja Amar mengusik mereka itu.

" macam aku nak pilih hang. Hampa rasa layak ka. " Dingin saja Amar tika ini.

" Awat pulak dak. Dah lama saya latih nak jadi anak murid Abang tau. Harap Tok guru pilih abang lah dari abang Nizam tu. Dia tu sombong Berlagak nak mampus, tak macam abang, dah lah hensem baik pulak tu. Memang layak jadi guru muda. " Uji Haikal  dengan geram sambil memuji Amar.

Terangkat sedikit bibir Amar. Lalu Amar mengeluh kecil. Seakan pelantikan itu tak patut dia dapat.

" Ye lah tu....ada-apa lagi. "

Mengelang saja kepala budak itu.

" Dah blah...."

Dingin saja Amar. Sebaik saja sekumpulan budak-budak itu pergi, dia mengambil lagi sebatang rokok, lalu di tuju pada bibirnya. Serabut Amar rasakan tika ini. Sungguh dia terlupa tentang pemilihan itu.

***************************

Selesai solat Isyak, Amar terus bersiap memakai baju persilatan nya. Lalu dia keluar dari bilik tidur nya itu.

Pelik Amar melihat bila mama dan papa nya turut bersiap juga. Seperti mereka ingin keluar saja.

" Adik dah bersiap. Mari kita pergi sama. " Ajak Datin Adila sambil tersenyum manis.

" Ke mana "

" Rumah Wan adik lah. Mama nak tolong Tok adik masak nanti. " ceria saja wajah Datin Adila.

" Pergi dulu, saya nak motor saja. " Kata Amar lalu pergi

Mengeluh kecil Datin Adila dengan layanan dingin itu. Entah bila Amar akan berhenti melayan dirinya seperti itu.

" Mana Adik ? " Soal Datuk Farid yang baru keluar dari bilik tidur mereka.

" Dah pergi dah...." Muram saja muka Datin Adila tika ini.

" Tak apa lah, jangan fikir sangat. Macam sayang tak kenal anak sayang tu. Mari kita pergi, dah lambat ini. " Pujuk Datuk Farid sambil memegang tangan Datin Adila.

Amar tiba lebih awal di rumah Haji Suhaimi. Lalu dia memarking motor nya berhampiran dengan pintu masuk gelanggang.

Terasa sunyi saja di gelanggang itu kerana belum ada lagi anak murid Haji Suhaimi. Amar berjalan menuju ke rumah milik Haji Suhaimi yang berada di halaman depan.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now