bab 8

95 3 1
                                    

Baru saja Amar selesai makan. Dia mula mengemas setelah dia menghalau Hajah Salmah dari mengemas.

Amar menutup lampu dapur dan menuju ke ruang tamu. Terpandang Amar pada haji Suhaimi sedang duduk di ruang tamu, lalu Amar terus menegur Wan nya itu.

" Wan...awat tak pi tidur lagi. Dah lewat ni..." Tegur Amar sambil mengongcang perlahan paha Haji Suhaimi. Seakan Haji Suhaimi termenung jauh.

Terhenti lamunan Haji Suhaimi bila Amar memanggilnya. Lalu Amar duduk disebelah Haji Suhaimi.

" Wan dok fikir hal tadi ka. Maaf susahkan hati Wan dah. " Kesal Amar melihat Haji Suhaimi terlalu memikirkan masalahnya.

" Tak dak lah, hang dah makan ka. " Haji Suhaimi membetulkan kedudukan di kerusi kayu itu.

" Dah....,Wan pi lena, dah pukul 1 dah ni. " Pinta Amar.

" Sat gi lah Wan pi lena. Hang nak pi mana, takkan nak pi merayap lagi. Dah lewat dah ni. " Soal haji Suhaimi melihat Amar tak seperti ingin tidur saja.

" Adik nak pi lepak kat luar sat. "

" Dah lewat ni, dik. " Halang Haji Suhaimi.

" Sat ja Wan...." Seraya itu Amar berjalan ke pintu rumah.

Belum sempat Amar membuka pintu itu. Terdengar suara dari luar beri salam....

" Assalamualaikum...."

" Eh...macam suara Ayah. Apa yang Ayah buat kat sini malam-malam buta..." Desis hati Amar dengan Harian.

" Waalaikumussalam....." Jawab Haji Suhaimi.

" Ha dik, tercegat apa kat situ. Bukalah pintu tu, bagi Ayah hang masuk. " suruh Haji Suhaimi yang masih duduk di kerusi.

Amar terus membuka pintu. Berdiri seorang lelaki yang agar berusia di hadapan Amar. Tan Sri Yahya

" Ayah...." Terus Amar menyalami tangan lelaki itu. Terkejut Amar dengan kehadiran lelaki itu.

" Ayah dari mana ni, kenapa balik lewat sangat. Sorang saja ka ?. " Soal Amar yang tak putus.

" Allah,..hang pun..awat hang jadi polis trafik kat situ. Suruh ayah hang masuk dulu. " Tegur Haji Suhaimi.

Terus Amar memberi ruang pada Tan Sri Yahya untuk masuk.

" Ayah dari mesyuarat dekat Tanjung tadi, tu yang balik lambat ni. Saja singgah tengok rumah Wan adik ni terang lagi. " Jawab Tan Sri Yahya dengan persoalan dari Amar tadi. Seraya tangannya berada di bahu Amar.

" Mesyuarat ? Mesyuarat apa tengah malam ni, ayah. Awat tak suruh Bang Long ja yang pi. Dia tu dok wat apa. "

Tersenyum kecil Tan Sri Yahya dengan perihatin Amar terhadapnya.

" Biasa lah kalau mesyuarat tengah malam macam ni. Lagipun ayah tak harap sangat Bang Long, Adik tu. Takut jadi yang lain pulak. " Ujar Tan Sri Yahya lalu dia duduk di kerusi kayu bersama dengan Amar.

" Ha...Macam mana mesyuarat dengan depa tu. Depa setuju ka. " soal Haji Suhaimi.

" Macam tu lah, Pak Lang. Nanti petang saya mintak budak saya ambil Pak Lang. Saya akan terangkannya nanti. " Janji Tan Sri Yahya. Lalu Tan Sri Yahya mengubah pandangannya pada Amar pulak. Yang duduk di sebelahnya.

" Owh ya dik, macam mana dengan pemilihan tadi. Adik dengan Anas terpilih tak. Teringin juga Ayah nak tahu. " Soal Tan Sri Yahya yang ingin tahu.

" Ha!!!!....” terkejut Amar. Memang tak tersorok muka terkejut Amar, bila Tan Sri Yahya bertanya hal itu.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now