BAB 2

380 12 0
                                    

berhenti sebuah kereta di tanah yang lapang. Bulat saja mata si penumpang kereta itu melihat kawasan yang mereka berhenti.  tapak perkuburan Islam di balik pulau.

" bie....,Kenapa kita datang sini. ? " soal si isteri dengan nada terkejut. Bila dia melihat papan tanda itu.

Tercengang juga Aliya bila suaminya berhenti kereta mereka di situ. Dan dia tidak menyangka bahawa Kereta kepunyaan mertuanya turut berhenti juga.

Dan perkara itu amat membimbing kan Aliya mengenai Amar.

" Buat apa lagi, sayang. Mesti nak ziarah Opah, dah lah kita nak balik KL ni, kita ziarah dulu ye. Lepas tu boleh kita ziarah kubur Abang sayang pulak.  Mari ..." Uji Amirul Zikry sambil tersenyum lalu membuka pintu keretanya.

" Tapi adik....macam mana?. . Bie tak takut ke, kalau Adik ubah fikiran dia nanti...." soal Aliya dengan resah sambil meluahkan rasa kebimbangannya.

Tersentak Amirul yang hendak keluar dari kereta. Lalu dia memusing semula badannya.

" Insyaallah. Takdak apa kot. Mari lah turun...kita percaya apa yang Adik nak buat nanti. Kita cuma boleh harap padanya, agar Adik takkan ubah fikiran dia. " Ajak Amirul sambil memujuk Aliya.

" bie ni...sebab tu sayang cakap, jangan datang sini. Bie, bukannya kenal adik sangat. Bie, takkan tahu apa yang dia akan buat nanti. Sayang takut Adik akan lari. " rungut Aliya dengan nada yang tak puas hati bila Amirul.

" Insyaallah....yakin dengan Allah akan lembutkan hati Adik kita tu. Percaya pada dia ye. Mari.... papa dah keluar tu. " Kata Amirul lalu keluar dari kereta.

' ya allah... kau permudahkan segala urusan kami. Aku berharap sangat Adik aku tak buat macam tu, tak sanggup aku melihat mama aku kecewa lagi. Ya Allah. .. hindari dari segala kesulitan dan bukalah pintu hati Adik aku untuk terima kami semula. ' Doa Amirul dalam hati sambil dia keluar dari keretanya.

Aliya terus menunjuk muka tak puas hati pada suaminya. Amirul membukakan pintu kereta sebelah penumpang nya. Bila Aliya masih berkeras duduk di tempatnya.

" Dah papa yang ajak, takkan abang nak bantah pulak. Nanti sayang tengokkan adik tu ye. dan sayang cuba pujuk dia, agar dia tak berubah hati. " pujuk lagi Amirul dengan lembut.

Amirul membuka satu lagi pintu dan mengambil anaknya dari kerusi budak yang berada di tempat duduk belakang.

Aliya terus keluar biar pun hatinya tidak suka. Sudah dia berpesan berkali-kali pada Amirul, agar tidak lalu di kawasan perkuburan ni, andai Amar jadi mengikut mereka.

Mereka terus hampiri pada kereta yang berhenti di belakang kereta mereka. Datuk Farid menolong membukakan pintu sambil memimpin tangan Datin Adila yang mahu keluar juga.

Semakin Aliya tak senang hati, bila dia memandang wajah Amar, yang baru keluar dari kereta itu. Sukar untuk Aliya teka apa yang ada di dalam fikiran Amar tika ni.

Amar banyak berdiam diri dari berbicara dengan nya. sikap Amar yang sering mengubah fikiran di saat terakhir membuatkan Aliya menjadi resah saja.

Amar melepaskan keluhannya sebaik saja dia keluar dari kereta, lalu dia memandang pada Aliya yang berada berhampiran dengannya.

" kenapa dengan muka tu, bergaduh dengan jantan tu ke " Soal Amar dengan nada dingin. Bila muka Aliya kelihatan agak masam.

" Mana ada, kak Liya tengah fikir pasal Adik ni. jantan tu Along adik tau tak, hormat lah sikit. " Uji Aliya sambil meyilang tangannya. Geram juga dia bila Amar berkata begitu. Seperti tak menghormati suaminya saja.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now