bab 5

95 5 1
                                    

seminggu berlalu,

Puas sudah Haji Suhaimi mencari Amar disekitar kampung. Namun dia langsung tidak jumpai Amar. Sehinggalah Haji Suhaimi terpaksa menunggu Amar di awal pagi, di tanah kubur. Kerana disitu saja yang belum cuba lagi

Seperti yang dia jangkaan, kehadiran Amar di awal pagi di tanah perkuburan. Tersenyum lebar Haji Suhaimi melihat kelibat Amar sedang berjalan menuju ke pusara milik Arwah Hajah Sakinah.

Amar terus duduk disitu setelah dia membentang tikar kecik lalu dia membacakan mula surah Yassin.

Melihat Amar sudah menghabiskan bacaan nya. Perlahan-lahan Haji Suhaimi memunculkan dirinya dan duduk disebelah Amar.

" Assalamualaikum...." Ucap Haji Suhaimi sambil duduk disebelah Amar.

" Waalaikum.....Salam.." mendongak Amar ke atas melihat siapa yang menegurnya tadi.

Terkejut Amar dengan kehadiran Haji Suhaimi yang duduk disebelah nya secara tiba-tiba. Keluh kecil Amar, bila dia sudah ditangkap oleh Haji Suhaimi.

Tak sangka dia akan tertangkap juga dengan Haji Suhaimi. Sedangkan dia datang awal pagi, agar tidak berjumpa dengan Haji Suhaimi nanti. Namun Haji Suhaimi lebih cepat dapat membaca tindakan nya itu.

" Awal betul hang mai na. Patut pun Wan cari hang pernah nak da. " tegur Haji Suhaimi sambil mengambil air botal di tangan Amar. Lalu dia mencurah pada pusara itu.

" Awat hang lari dari Wan ni. "

" Saja.... Adik tau Wan nak kata apa. Wan nak paksa Adik ikut dia tu balik KL kan. Adik tak mau. " Menolak Amar tanpa mendengar kata-kata dari Haji Suhaimi dulu.

Lemah saja semangat Haji Suhaimi. Lalu dia mengusap batu nisan yang berada diatas tanah itu.

" Hang dah dengar kan kinah. Cucu hang ketegaq sungguh na, abang lang tak tau nak cakaq macam mana lagi dah. Nak pujuk pun rasa tak jalan dah ni. Allah.. " Ujar Haji Suhaimi seakan berkata pada Arwah Hajah Sakinah saja.

" Apa Wan ni...."

Monyok saja muka Amar. Bila Haji Suhaimi mengadu kepada Arwah Hajah Sakinah.

" Awat hang tak mau nak ikut Pak hang tu. Ada baik nya kalau hang ikut depa. "

" Tak mau lah Adik, Wan. Hati Adik berat nak tinggalkan kampung ni. Kalau Adik dah duk KL nanti, macam mana Adik nak melawat Arwah Opah dengan Arwah Abang. Adik tak mau tinggal jauh dari depa, biar lah adik duduk sini. " Sedih saja Amar rasa bila dia memikirkan hal itu.

Mana mungkin dia sanggup meninggalkan orang yang dia sayang. Walaupun mereka sudah tiada, setidaknya dia boleh menziarahi kubur mereka berdua.

" Apa yang hang nak susah hati sangat. Hang balik lah 2 minggu sekali. Balik sekali dengan depa tu. Mula ja hang rasa berat, lama-lama nanti hang ok lah. " Pujuk Haji Suhaimi lagi.

" Payah macam tu. Kalau depa sibuk macam mana, Wan nak suruh Adik lari lagi dari rumah tu  ka"

" Awat pulak hang nak lari. Hang kena lah minta izin dengan depa dulu. Awat hang nak buat perangai macam tu. " Rungut Haji Suhaimi. Geram juga dengan sikap Amar yang suka ikut kepalanya saja.

" Hang cuba dulu, duduk dengan depa. Kalau hang tak suka, Wan izinkan hang balik sini. " Cadangan Haji Suhaimi agar bersetuju dengan dengan orang tua Amar.

Tersenyum sinis Amar. Seakan dia tak begitu percaya dengan kata-kata Datuk saudaranya itu.

" Ye lah tu, dulu pun Wan kata macam tu juga. Kalau adik tak suka, nanti Wan suruh Pak hang hantar dekat terminal bas. Penipu ja semua tu. " Ungkit Amar dengan  geram.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now