bab 16

104 4 0
                                    

Puas Amar membelek satu persatu baju yang ada di dalam almari itu. Tapi dia langsung tak tahu hendak mengambil mana satu baju untuk dia pakai.

" Mana patut aku pilih ni. Semua cantik-cantik....aduh!!!! Kenapa depa ni beli banyak sangat, payah aku nak pilih ni. " Tergaru-garu kepala Amar memikirkan baju untuk dia pakai.

Sedang Amar membelek baju-baju nya, pintu bilik  di ketuk dari luar dan tak di buka.

Amar terus membuka pintu itu, kerana Dia tahu itu pasti adik perempuannya, kalau orang lain, pasti mereka akan membukanya terus.

Seperti yang Amar menduga, Adik perempuan nya berada di hadapan pintu biliknya sambil dia memegang satu baju kemeja yang siap di gosok.

" Nak...baju abang. Pakai baju ni tau. " Kata Khairah sambil menghulurkan baju itu pada Amar.

" Terima kasih Ara. Ara macam tau-tau saja abang tengah pening cari baju. " Tersengih lega Amar lalu dia mengambil baju itu.

" Ara tahu. Dah lah, Ara tunggu dekat bawah. Abang cepat siap tau.  " Kata Khairah lalu pergi.

" Okey Ara. Thanks baju ni. "

Amar menutup pintu biliknya setelah adik perempuannya itu pergi lalu dia bersiap. Baru saja Amar menyarung baju, tiba-tiba pintu biliknya di buka dari luar.
Terkejut Amar dengan kelakuan Khairil yang tak semengah itu.

" Kau ni!!!! Tak reti nak ikut macam Ara ke ? Ketuk lah pintu dulu. Ni tak main terjah ja. " Marah Amar sambil membutang bajunya.

" Hihihi...sori...,Dah terbiasa... " Selamba saja Khairil berkata.

" Kau kan!!!!..." Geram pulak Amar melihat Khairil yang tersengih pada nya.

Khairil terus masuk ke dalam bilik Amar. Lalu dia melihat Amar dari atas hingga ke bawah.

" Kau apa hal, tengok aku macam tu. Nampak aku pelik sangat ke. " Soal Amar dengan hairan

" Tak lah pelik sangat, cantik juga baju yang ara pilih dekat Kau. Tapi ..." Mengeleng kecil Khairil sambil berpusing disekeliling Amar.

" Tapi apa."

" kau nak ikut ibu ke,... pergi kolej ni. " perli Khairil sambil memandang pada Amar.

" Ikut ibu lah...kenapa ? pelik sangat ke aku pakai baju ni. "

" Tak lah....sini aku buatkan. " Pinta Khairil lalu dia menghampiri pada Amar.

Khairil membuka butang di lengan baju lalu dia melipat hingga ke siku. Dan begitu juga di sebelah lagi.

Baru saja Khairil hendak membuka butang di kolar baju Amar terus menolak tangannya dan mencengkam baju kolar nya dengan erat.

" Kau nak buat apa ni..." Besar langkah Amar menjauhi dari Khairil.

" Allah, asal pemalu sangat ni. Satu butang je pun. Bukannya aku nak buka semua. Sini.. " Geram pulak Khairil rasa dengan sifat pemalu Abang nya itu.

" Yeke...tak apa aku buka sendiri. " Keluh lega Amar bila Khairil berkata begitu.

Mengelang kecil kepala Khairil sambil dia mencekak pinggangnya. Khairil memusingkan badannya dan memandang pada meja cermin Amar. Tak banyak yang ada kecuali bedak dan sikat rambut saja.

" Mana minyak rambut kau. " Soal Khairil sambil memandang pada Amar semula.

" Mana aku ada minyak rambut. Selalu aku basah kan ja."

Menggaru Khairil di tepi matanya. Dia tak salah kan Amar bila dia dah terbiasa seperti itu.

" kau tunggu sini, Nanti Aku nak siapkan kau. Takkan nak pergi dengan rambut kusut macam ni. " Uji Khairil lalu keluar dari bilik Amar.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now