SA1 : Pulang •

9.9K 53 0
                                    

    Amiera menatang sedulang teh panas dan biskut kosong ke ruang tamu sebelum diletakkan ke atas meja .

“ Bila kau balik ? ” Soal Nazim . Nada suara nya ceria menyambut kehadiran Firash malam itu . Sejak di bangku sekolah menengah lagi mereka berkawan baik . Penghijrahan Firash ke Kuala Lumpur untuk sambung belajar menyebabkan mereka tidak bertemu sepanjang tiga tahun .
    Keluarga masing-masing juga sudah saling mengenali . Cuma ada satu perbezaan di antara mereka dimana Firash dilahirkan sebagai seorang yang sudah senang hidupnya . Berbeza dengan Nazim yang perlu bekerja bagi membesarkan adiknya .

Semenjak kemalangan yang menimpa kedua ibu bapa nya lima tahun lalu , dia dan Amiera bergelar yatim piatu .
     Diusia 17 tahun , dia sudah bekerja untuk menyara hidup dia dua beradik . Mujurlah Amiera tidak banyak karenah nya .

“ Baru je sampai petang tadi . Dah lama tak jumpa kau , rindu kau tahu tak ? ” Ujar Firash pula . Masing-masing ketawa perlahan .

“ Amiera sihat ke ? ” soal Firash pula menyebabkan gadis berusia 15 tahun itu terkejut . Selama ini memang dia tidak rapat dengan Firash walaupun usia mereka hanya berbeza tujuh tahun .
     Amiera sekadar mengangguk sebelum berdiri dan menuju ke dapur semula . Tidak sedikit pun dia mengangkat muka memandang Firash . Firash yang mengerti keadaan hanya mampu mengukir senyum nipis . Pasti lah Amiera malu untuk bertemu dengan nya . Masing-masing sudah besar , pasti ada rasa malu .

“ Dah besar adik kau eh ”

“ Hahaha . Empat lima tahun lagi , aku dapat adik ipar lah ”

“ Eish ! Kau kena lah ambil aku jadi adik ipar ”

“ Kau ni . Cara bercakap macam berkenan je . Jangan macam-macam adik aku tu budak lagi tau ”

    Firash dan Nazim saling menghamburkan gelak . Begitu lah cara mereka bergurau . Masing-masing tidak pernah ambil serius apabila berbual .
    Sepanjang malam mereka bergurau sehinggakan ibu Firash menelefon nya kerana risau akan keselamatan anak tunggalnya itu . Apabila tahu Firash berada di rumah Nazim , dia hanya mengiyakan sahaja .

    Pagi itu seperti biasa , Amiera terus menyediakan sarapan setelah menunaikan solat Subuh bersama Nazim . Cuma pagi itu Firash yang menjadi imam dia dan Nazim .

   Aroma sambal ikan bilis menusuk ke hidung membuat iman goyah . Nasi lemak yang dihidang Amiera di atas meja , menarik minat Nazim sebelum mengajak Firash untuk makan bersama .
   Kebiasaan nya , Nazim yang akan memasak sarapan sementara Amiera bersiap untuk ke sekolah . Tetapi disebabkan cuti penggal , Amiera lah yang akan ke dapur setiap hari . Kadangkala sahaja Nazim akan menolong nya memasak .

     Tanpa segan silu , Firash duduk di hadapan Amiera disebelah Nazim . Orang sudah ajak , takkan dia mahu tolak pula ? Lagi pula mereka memang rapat sejak sekolah lagi . Jika makan di rumah Nazim itu perkara biasa bagi nya .
    Bukan dia tidak tahu malu cuma dia dipelawa . Takkan mahu tolak rezeki pula ?

   Setelah membaca doa makan , masing-masing menyuap nasi ke mulut tanpa sebarang kata . Ada sesekali Firash mengerling ke arah Amiera yang berada di hadapan nya .
    Namun gadis belasan tahun itu kaku sahaja . Langsung tidak berminat dengan lelaki yang berada di hadapan nya  .

   Usai makan , Firash pulang ke rumahnya yang terletak di tengah-tengah kampung . Rumah penghulu semesti nya besar dan gah . Senang untuk dipandang orang kampung .

“ Lama ke dia balik sini ? ” Soal Amiera sewaktu dia dan Nazim sibuk membersihkan halaman rumah .

“ Siapa ? Firash ? ”
“ hm .. ”

“ Dia dah habis belajar dah . Dia balik duk sini semula la . Kenapa ? ”

“ Adik tak suka lah dia tu . Adik dengar apa yang abang dengan dia cakap semalam . Mengada lah dia tu . Lepas tu waktu makan tadi , dia selalu tengok-tengok kat adik ” rungut Amiera . Tetapi Nazim hanya tersenyum sebelum ketawa kecil .
    Dia masih fokus mencantas rumput-rumput yang sudah meninggi sementara Amiera menyapu daun-daun kering yang luruh di halaman rumah .

SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now