SA2 : Rancangan•

5.5K 45 0
                                    

Firash mematikan motosikal nya betul-betul di hadapan pondok kayu yang dibina di tengah-tengah kebun getah itu . Baru sahaja sampai , nyamuk sudah mula menyerang .

" Brother kita dah sampai ! " Sapaan Muaz membuat kan Firash tersenyum nipis . Walaupun sudah tiga tahun berlalu , rakan-rakan nya masih tidak berubah .

" Pergh anak orang kaya , lama tak nampak " Sakat Aidil pula .

Firash duduk di atas pangkin kayu yang disediakan di hadapan pondok usang itu . Walaupun ia nya hanya sebuah pondok buruk yang hampir roboh , tetapi ia nya adalah syurga kecil bagi Firash dan rakan-rakan nya .
Apalah yang mereka lakukan jika bukan mengambil dadah . Tidak ada sesiapa yang tahu tentang perkara itu kecuali dia dan rakan-rakan nya .

" Bila balik ? "

" Petang semalam " ringkas jawapan yang Firash berikan . Itu adalah sisi hidup Firash yang sebenar .
Dadah ? Gam ? Ah benda biasa bagi nya . Apa jenis dadah yang Firash tidak ambil ? Semua nya bermula setelah dia tamat zaman persekolahan . Pada mulanya hanya mencuba sebelum terjebak dengan serius .

Jika bapa nya tahu , pasti dia sudah disebat atau dibunuh . Mujurlah dia pandai menyimpan rahsia .

" tak datang jumpa kitorang pun semalam " ujar Aidil .

" Aku tidur rumah Nazim semalam . Lama tak jumpa dia , so aku pergi lah sana dulu "

" Nazim ? Awek aku sihat tak ? "

Kening Firash terangkat . " Awek kau ? Sape ? "

" siapa lagi , adik Nazim la . Lawa dia sekarang kan ? "

" Hahaha... Sejak bila pulak Nazim iktiraf kau sebagai adik ipar dia ? " Soal Firash . Niatnya hanya untuk bergurau tetapi masih ada perasaan cemburu dengan kata-kata Aidil .
Jika dia tidak dapat Amiera , tidak ada siapa boleh dapat gadis itu . Cinta ? Ya semestinya . Memang dia cintakan Amiera semenjak mereka bertemu selepas tiga tahun .

Tidak pernah dia sangka Amiera akan membesar dengan menjadi seorang gadis yang begitu menawan .

" Itu lah kau tak tahu "

" Berangan je lah kau , Dil . Takda nya Nazim nak ambik kau jadi adik ipar " Ejek Muaz mematikan senyum Aidil .

Firash hanya mengukir senyum nipis mendengar kata-kata Muaz . Bagaimana jika dia yang disana ? Nazim akan terima kah ? Ah merepek !

Terlalu asyik dengan perbualan mereka sehingga tidak perasan ada seseorang menghampiri mereka .

“ Kau ni ! Terkejut aku ” Jerkah Aidil membuat Haqeem turut terkejut . Lelaki berusia 24 tahun yang mengenakan T-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans itu tersengih-sengih sebelum ketawa .
  
“ Kau ni mai dari celah mana ha ? ”
“ Dari rumah la . Barang ada tak ? ”

“ Barang, barang, barang . Takde benda lain kau ni ! Nak berapa ? ”

“ Kau ni ... ”

“ Haqeem ” Pintas Haqeem mematikan ayat Firash . Baru lah Firash teringat akan lelaki yang tua dua tahun daripada nya itu .
     Ya Amir Haqeem , merangkap bapa saudara kepada Nazim dan Amiera .
______________________________________
______________________________________

     Mendengar salam yang diberi , Amiera berjalan ke ruang tamu dengan tergesa-gesa . Entah siapa yang bertandang ke rumah . Tanpa salam , dia membuka pintu rumahnya .
  
    Haqeem berdiri betul-betul di hadapan nya sambil tersenyum lebar . “ Abang ada ? ” soalnya .

“ Abang kerja . Malam baru dia balik ”

“ Malam pukul berapa ? ”

“ bengkel dia tutup pukul 10:00 . Dalam 10:30 dia adalah dekat rumah . Kenapa Paksu cari abang ? ”

“  ada benda nak cakap dengan dia sikit . Miera tolong ambilkan air sikit boleh ? Dahaga lah ”

    Amiera hanya mengangguk sebelum melangkah ke dapur . Walaupun dia tidak rapat dengan Haqeem , dia masih menghormati lelaki itu sebagai bapa saudara .
     Amiera tahu bagaimana perangai Haqeem . Seorang penagih yang sanggup memukul isterinya sendiri untuk duit .

    Terlalu fokus menyediakan minuman untuk Haqeem sehingga tidak perasaan ada seseorang mula mendekatinya daripada belakang .

“ Arghmmmmm.... ” mulutnya ditekup menggunakan sebuah sapu tangan . Dalam kelam kabut , ada dua orang lagi lelaki mendapatkan Amiera sebelum mengangkat nya masuk ke bilik .

     Amiera dilempar kasar ke atas katil . Lekas-lekas dua orang lelaki tadi mengikat tangan Amiera ke bucu katil supaya tidak dapat bergerak .
     Mulutnya disumbat dengan sebuah kain supaya tidak menjerit . Amiera meronta-ronta cuba melepaskan diri .

Perlahan-lahan ada seorang lelaki menapak masuk ke dalam bilik tadi .

Firash Adzrin .

SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now