SA6 : Tujuan •

3.4K 34 0
                                    

     Firash merebahkan diri ke atas katil bersaiz besar miliknya . Siling biliknya dipandang kosong sebelum tersenyum seorang diri . Telefon bimbitnya dikeluarkan daripada poket seluar sebelum membuka video yang dirakam oleh Aidil tiga hari lepas .
     Setiap perkataan yang keluar daripada mulut Amiera dia dengar dengan teliti sebelum ketawa sendiri . Seronok mendengar suara gadis itu meminta dilepaskan .

“ Aku bukan nak apa pun , aku nak seronok-seronok je ” ujar Firash sendiri . Perasaan marah nya selama ini bertukar bahagia setelah memperkosa gadis malang itu .

“ sekarang ni , siapa yang tak ada maruah ? ” Tanya Firash lagi sambil tersenyum bahagia . Dia sudah aturkan segalanya dengan baik .
     Dia juga pasti Amiera tidak akan melaporkan kepada pihak polis apa yang terjadi kerana tidak mahu videonya dimuat naik di sosial media .

“ Firash ? Ada orang cari kamu ni ” Beritahu Mariam sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik anak tunggalnya .

“ Siapa ma ? ”

“ Entahlah , tak ingat mama apa nama dia . Kami pergi lah check dia nak apa ”

    Firash sempat melepaskan keluhan kecil sebelum berdiri dan berjalan keluar . Terlihat Haqeem sedang berdiri di hadapan motosikalnya .

“ Kau datang sini apahal ? ” Soalnya perlahan tidak mahu didengari oleh sesiapa .
    Tidak pernah-pernah Haqeem datang ke rumahnya selama ini . Tetapi hari ini tidak ada angin atau ribut tiba-tiba sahaja muncul .

“ Firash , kau boleh tolong aku tak ? ”

“ Tolong apa ? ”

“ Payung aku barang sikit ”

    Terbeliak mata Firash mendengar permintaan Haqeem . Pantas dia terjun dari beranda dan mendapatkan Haqeem . Leher lelaki itu dipaut sebelum melangkah menjauhi rumah nya .

“ Kau gila ke mintak depan rumah aku macam ni ? ”

“ Aku tak tahu nak mintak tolong aku siapa dah weh . Bini aku tak kerja , sibuk jaga anak sedara dia tu . Payung la aku sikit ” Suara Haqeem bergetar menahan gian nya .

“ Kau ingat aku bank kau ke ? ”

    Haqeem menggaru kepala nya yang tidak gatal . Fikiran nya bercelaru ketika ini . Dia cuma perlukan sedikit ubat-ubatan nya .

“ Pergi balik . Mama aku fikir bukan-bukan pulak kang ” ujar Firash menampakkan jelas dia menghalau Haqeem daripada rumahnya . Rangkulan dilepaskan .

“ Bro tolong lah aku ”

“ Buat apa aku nak tolong kau ? ”

“ Aku ada bukti ”

“ Bukti apa ? ”

“ Kau rogol adik Nazim ”

    Perlahan-lahan Firash menapak ke arah Haqeem semula . Leher lelaki itu dicekik kasar namun tidak ditekan pada nadi nya .
    Cukup dia jadi perogol , dia tidak akan menjadi seorang pembunuh pula . Hidupnya masih terlalu muda untuk ke tali gantung .

“ Kau sembang apa ni ? Bukan aku je buat budak tu . Aidil , Muaz ? Kau pun tebuk budak tu sekali ” Perlahan suara Firash membalas .

“ Kau manusia paling jijik aku pernah jumpa ”

“ Aku jijik ? Tak . Kau lagi jijik Haqeem . Kau pukul isteri kau sebab tak dapat duit . Kau main barang macam orang gila sampai kan sanggup tengok and rogol anak sedara sendiri untuk barang .
     Kau datang kat rumah , mintak barang macam tu je and ugut aku sedangkan kau dua kali lima je dengan aku . Siapa lagi jijik ? ”

“ Firash ? ” Kemunculan Mariam memberhentikan perbualan dua lelaki berusia 20 an itu .
     Pantas tangan nya dilepaskan sebelum menyahut panggilan ibu nya yang berdiri di tingkap rumah .

“ kenapa tak ajak kawan naik ? ”

“ Takpe ma . Dia datang sekejap je ” laung Firash sebelum menjeling ke arah Haqeem .

“ Pergi balik ” bisiknya sebelum melangkah naik ke atas rumah . Tidak kuasa dia mahu melayan Haqeem .
    Haqeem yang panas hati tidak membantah dan tunggu lagi . Cepat-cepat dia menghidupkan enjin motosikalnya dan berlalu pergi .

______________________________________
______________________________________

   Amiera berdiri menghadapi tingkap biliknya sebelum membuka cermin tingkap . Sudah seminggu tingkap itu ditutup rapat . Tidak ada angin pun dapat masuk ke dalam rumah .
   Hari demi hari berlalu , keadaan Amiera semakin membaik tetapi Nazim masih tidak berani untuk tinggalkan adiknya sendirian di rumah . Selama itu juga , Siti datang untuk menemani Amiera .
     Siti juga sudah mengetahui semuanya . Dia tahu siapa dalang di sebalik semua ini . Tetapi tidak pernah Nazim memberitahu bahawa suaminya juga terlibat sama . Nazim tahu bagaimana tertekan nya Siti dengan perbagai Haqeem yang tidak pernah berubah .
     Dia risau jika Siti mengetahui segalanya dan akan membuat sesuatu di luar jangkaan .

“ Adik nak makan ? ” soal Siti sambil mengatur langkah ke dalam bilik Amiera . Amiera hanya menggeleng kan kepala nya .
     Dia sudah jarang menangis . Sudah mula berjalan dan makan . Tidaklah Nazim terlalu risau tentang adik nya . Hanya kerana kurang makan beberapa hari , Amiera tampak lebih kurus .
    Cuti penggal cuma tinggal satu minggu . Bagaimana Amiera akan meneruskan hidupnya selepas ini ? Bagaimana dengan sekolahnya ?

“ Mandi ? ”

“ adik sejuk lagi ” balas Amiera ringkas namun cukup untuk membuatkan Siti tersenyum . Mungkin tidak lama lagi dia akan dapat anak saudara nya semula .

“ Tengah hari nanti , abang balik . Makan sekali ya ? ”

    Amiera ukir senyum nipis . Senyuman yang sangat dirindui Nazim dan Siti . Rambut nya diselit ke belakang telinga sebelum duduk di atas katil miliknya .
    Gelas kaca berisi air kosong di atas meja di sebelah nya diambilnya sebelum disuakan ke mulut . Namun baru hendak membasah tekak , tekak nya berasa loya . Makin lama semakin loya sehingga gadis itu berlari menuju ke tandas untuk muntah .

    Siti yang berlari mengikuti Amiera ke dapur hanya mampu ternganga kecil sebelum terduduk di atas kerusi makan . Mata nya berkelip terkebil-kebil mendengar suara Amiera yang sedang muntah di dalam tandas .
   
“ Tak mungkin ... ” katanya perlahan sebum tertunduk memandang lantai .

SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt