SA8 : Luka Baharu •

3.3K 40 2
                                    

    Haqeem meraba-raba ke atas almari baju milik nya yang diletakkan di dalam bilik . Dia mencari sesuatu yang kecil saiz nya . Baharu semalam dia simpan barang nya itu disitu tetapi apabila dicari , barang itu sudah tiada.
     Tidak percaya dengan itu , dia menarik kerusi ke arah almari sebelum naik ke atas kerusi itu .

“ Mana barang aku ni ? ” Tanya dia sendiri . Hampa bagi nya apabila barang yang dia simpan semalam telah hilang .
     Tanpa menunggu lagi , lekas-lekas dia berlari keluar daripada rumah dan menghidupkan enjin motosikalnya . Kemana lagi jika bukan ke rumah Nazim . Dia pasti Siti telah mengambil barang itu .

     Tersentak Amiera dan Siti yang sedang menjamah pisang goreng di ruang tamu apabila pintu rumah ditolak kasar oleh Haqeem .
   
“ Mana barang aku ha ?! ” Soal Haqeem apabila dia mendekati Siti . Rambut gadis itu ditarik kasar membuatkan Siti berdiri .

“ apa abang ni ? ”

“ Kau ambik barang aku kan ?! Bagi la balik ! ”

“ Barang apa yang abang cakap ni ? ” Soal Siti semula . Kepala nya terasa seperti mahu terpisah dari badan apabila ditarik oleh Haqeem .
     Tanpa belas kasihan Haqeem menyeret Siti ke dapur rumah . Amiera yang terkejut dengan tindakan Haqeem terus mengekori mereka ke dapur .

    Sebilah pisau yang berada di atas meja dicapai Haqeem sebelum diletakkan ke leher Siti .

“ bagi tahu aku , barang aku mana ?! ”

“ Paksu dah gila ke hah ?! ” Jerit Amiera . Haqeem menjengilkan mata nya memandang Amiera . Siti dilepaskan sebelum menarik Amiera ke dalam dakapan nya .

“ abang ... abang jangan buat macam ni ” rayu Siti . Suara nya sudah serak mahu menangis . Tidak pernah Haqeem segila ini kerana barang yang Siti juga tidak tahu apa nya .
   
“ Kau bagi barang aku , aku lepas budak ni ”

    Amiera mula menitiskan air mata nya . Apabila dia berada di dalam dakapan Haqeem , dia terasa seolah masih di hari sama dimana dia hilang segala nya . Masih segar di ingatan nya bagaimana Haqeem memperlakukan dia seperti patung untuk melepaskan nafsu .
     Amiera menggigil ketakutan . Lututnya lemah gemalai dan hampir terjelepok ke lantai namun ditahan oleh Haqeem .

“ Abang jangan macam ni bang ” rayuan Siti tidak mengendahkan Haqeem . Lelaki itu masih berkeras mahu membunuh Amiera jika Siti tidak memulangkan barangnya semula .
    Disaat nyawa anak saudara nya bagai telur di hujung tanduk , Siti tidak dapat berdiam diri . Pantas dia berjalan perlahan ke arah Haqeem dan menolak suaminya itu menyebabkan lelaki itu melepaskan Amiera .

Amiera ditolak jatuh ke lantai dengan kasar membuatkan gadis itu tersentak .

“ Ahhh ... ” rintih Amiera perlahan . Tangan nya menyentuh perutnya yang terasa senak . Sakit yang tidak dapat dia gambarkan bagaimana rasanya .
    Darah yang membasahi seluar dan lantai dapur membuatkan Siti terlopong . Lekas-lekas dia mendapatkan remaja itu . Amiera yang di dalam kesakitan merintih sakit sambil menangis .

    Namun malang bagi Siti apabila suaminya sendiri menikam dia menggunakan pisau daripada belakang . Siti tersentak sebelum mula rebah ke lantai di bersebelahan Amiera .
    Haqeem yang kelam kabut melihat darah yang keluar , bergegas lari keluar daripada rumah .

“ maksu ... ” panggil Amiera namun tiada balasan daripada Siti . Rasa sakit di bahagian perut dan celah kangkangnya membuat Amiera tidak dapat bangun . Perlahan-lahan mata nya kabur dan tertutup rapat .

______________________________________
______________________________________

     Nazim duduk bersandar di atas sofa yang berada di tengah ruang tamu . Matanya sudah mulai membengkak kerana banyak menangis . Sudah tiga hari berlalu , dan dia masih di dalam keadaan begitu .
    Pemergian mengejut dua gadis yang paling dia sayang , benar-benar memberi impak yang besar kepada Nazim . Hanya kerana dia terlewat sedikit saja , dia hilang segala-gala nya kini .

     Mendengar khabar adiknya dinodai sudah cukup membuat Nazim hampir hilang akal , apatah lagi apabila mengetahui tentang kematian adik nya .
    Selama tiga hari itu juga dia tidak makan dan minum . Badan nya kian kurus dan tidak terurus . Masa nya dibazirkan untuk menangis , meratap pemergian adik dan ibu saudara nya .

“ Kami minta maaf . Pihak kami dah usaha yang terbaik tapi ... ” Doktor bernama Aizam itu menyentuh lembut bahu kanan Nazim . Mata Nazim yang sudah basah dengan air mata dipandang nya dengan penuh simpati .

“ kami tak berjaya selamatkan adik encik . Adik encik kehilangan separuh daripada dua pertiga darah . Saya harap encik tetap kuat dan sabar ”

     Mendengar saja kata-kata doktor Aizam , Nazim jatuh terduduk ke lantai . Mulutnya seakan terkunci rapat , kepalanya terasa berat . Dada nya semput seketika sebelum dia mula menangis teresak-esak seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya .
    Dicky yang berada di sebelahnya , cepat-cepat menahan Nazim daripada pengsan . Ia nya akan bertambah sukar jika Nazim pengsan .

“ Nazim ? Aku bawakan kau nasi dengan sup ayam . Nanti kau makan eh ? ” Pesan Dicky sebelum melabuhkan punggung ke atas sofa di hadapan Nazim . Lelaki itu tidak membalas kata-kata Dicky .
    Namun tidak sedikit pun Dicky mengambil hati dengan tingkah laku Nazim . Dia fahami apa yang Nazim rasa ketika ini . Kehilangan orang yang paling disayangi amatlah perit . Apatah lagi dua orang sekaligus .

Dicky tahu betapa rapatnya dua beradik itu ketika Amiera masih ada . Begitu juga dengan Siti . Dia juga terkejut apabila mengetahui tentang kematian Amiera dan Siti yang serentak .
    Haqeem sudah dibawa ke balai atas tuduhan membunuh isterinya sendiri dengan sengaja . Tetapi tidak Nazim membuka mulut tentang perangai syaitan sebenar Haqeem .

“ Kau dah solat Isyak ke ? ” Soal Dicky lagi walaupun tahu yang Nazim tidak akan menjawab soalan nya .
    Sepertimana yang dia sangka , Nazim hanya mendiamkan diri .

“ Kau tak boleh macam ni Nazim . Arwah dah tak ada . Kau kena terima kenyataan tu ”

“ Macam mana ? Macam mana aku nak terima ? lima tahun lepas , ibu abah aku tinggalkan aku dengan dia . Sekarang ? Dia pun dah tak ada . Maksu pun dah tak ada .
     Macam mana dengan aku ? Aku dah tak ada sape-sape kau faham tak ? Kau tak rasa apa yang aku rasa Dicky . Kau takkan faham ”

“ Ya . Memang aku tak faham . Aku tak faham kau . Banyak peluang yang kau boleh ambil dulu ! peluang untuk kau report polis supaya setan-setan tu meringkuk dalam penjara . Tapi apa kau buat ?
     Kau tak buat apa-apa pun ! Kau lagi rela tengok adik kau menangis berhari-hari sebab binatang tu ! Kau abang dia . Sepatutnya dari mula-mula kau tahu dia kena rogol lagi kau dah report polis tahu tak ?! ” Rasa panas hati Dicky berbicara dengan Nazim . Dia tidak mahu Nazim menjadi lemah . Nazim tidak boleh menjadi pengecut .
     Dia perlu tuntut keadilan untuk arwah adiknya sendiri . Takkan dia mahu melihat Firash dan yang lain bebas begitu saja ?

“ Kau tahu kan diorang ada video tu ”

“ Ya aku tahu . Tapi takkan sebab benda tu kau rela tengok adik kau tersiksa ? Ni semua salah aku . Sepatutnya dari dulu aku tegur kau , marah kau supaya buat report . Sekarang semua benda dah jadi . Dah tak ada guna kau sedih untuk adik kau ! ”

“ Habis ... Lepas report polis , adik aku selamat ke ? Kau tahu kan Miera taknak buat report ”

“ Amiera tu baru 15 tahun ! Dia tak tahu apa-apa Nazim . Dia budak lagi . Kita orang dewasa . Kita boleh fikir dengan matang .
     Aku taknak tengok kau macam ni lagi Nazim . Aku sayang kau . Nazim yang aku kenal bukan macam ni . Nazim yang aku kenal , kuat orang nya . Kau kuat kan ? ”

    Nazim mengangguk perlahan sebelum menunduk memandang lantai . Ya , dia faham apa yang Dicky mahukan . Benar kata sahabat nya , sampai bila dia mahu bersedih begini ?
    Dia perlu menuntut keadilan untuk adik dan ibu saudaranya . Dia bukan nya pengecut yang akan duduk berkurung dalam rumah sahaja .

Dia .
Dia akan dapatkan hak arwah adiknya .
Amiera .

SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now