SA10 : Temu •

2.4K 35 0
                                    

“ Mimpi apa kau datang jumpa aku ni ? ” Soal Haqeem di balik cermin kaca yang terbentang di hadapan nya , menjadi penghalang antara dia dan Nazim .
     Nazim senyum sumbing sebelum mengeluh perlahan .

“ Rindu dengan perogol adik aku . Salah ke ? ”

“ Kalau kau datang sini untuk cakap pasal benda tu , lebih baik kau balik la. Aku dah dekat dalam , kau mesti suka kan ? ”

“ Eh mesti lah aku suka . Kena lah dengan kau . Penagih , kaki pukul , pembunuh and ... perogol . Memang kau layak pun ada kat dalam tu . Aku dengar cerita , tak lama lagi tali gantung akan jumpa kau .
    Kau banyakkan solat tau . Taubat lah . Risau mati tak sempat taubat , nanti sampai neraka pulak . Ah tapi ... Kalau kau nak tahu , kau layak gak ke sana . Nak tiket ke ? ”

“ Adik kau macam mana ? ” Sengaja Haqeem menukar soalan walaupun hatinya panas membara mendengar kata-kata ejekan Nazim .
     Nazim senyum kelat . Pandai Haqeem mengumpan dia ke dalam pancingan .

“ Dia dah mati . Sebab kau . Kau . Tapi tak apa . Sebab tak lama lagi , kau pun akan mati . It's deal right ? ”

“ Aku tak bunuh adik kau ”

“ Aishhh ... Memang lah kau tak bunuh adik aku . Tapi kau bunuh aku . Kau bunuh hati dan perasaan aku . Aku rasa tu je yang aku nak cakap , selamat ke tali gantung ” Nazim meletakkan gagang telefon .
  
“ Aku tak bunuh dia ! Kau yang bunuh dia sendiri ! Aku tak bunuh dia lah ! ” jerit Haqeem namun tidak dapat sedikit pun didengari oleh Nazim .
    Nazim hanya mengukir senyum manis sebelum berdiri dan berlalu pergi . Biarlah pihak polis yang selesaikan Haqeem . Dia tidak mahu kotorkan tangan nya dengan darah seorang perogol lagi .

Tangan nya bersih dan suci untuk seseorang .
Siapa lagi jika bukan sahabat karib nya .

SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now