SA5 : Dalang •

4.3K 41 0
                                    

     Dua hari telah berlalu . Tiada laporan yang dibuat oleh Nazim bahkan dia tidak tahu angkara siapa semua ini terjadi . Amiera langsung tidak membuka mulut . Dia hanya menangis setiap hari mengingati perkara yang sudah pun terjadi .
    
“ Kau kena buat report jugak , Naz ” Kata-kata Dicky membuat Nazim tersenyum kelat . Senyum yang tidak ingin dia ukir sejujurnya .

“ Sekarang ? Dah dua hari dah . Bukti semua dah tak ada . Lagipun aku tak tahu apa-apa ”

“ sebab kau tak tahu la , kau kena buat report ”
“ adik aku taknak Dicky . Tolong lah faham ”

    Dicky duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu itu dengan rasa tidak berpuas hati . Lelaki yang berasal daripada Sabah itu adalah rakan merangkap majikan kepada Nazim .

“ Aku tak tahu , Dicky . Aku buntu , aku stress . Kenapa semuanya jadi kat aku ha ? ”

“ Kau sedar tak apa kau cakap ni , Nazim ? Kau dah persoal takdir Tuhan ”

“ Kau boleh lah cakap , sebab kau tak rasa . Aku yang tanggung , Dicky . Aku ! Lima tahun aku besarkan dia tanpa ibu dengan abah aku . Aku dah janji dengan diorang , aku akan jaga Miera.  Aku jaga maruah dia ! Aku jaga dia !
     Tapi sekarang ? Semuanya dah jadi . Bukan ke tu bermaksud aku gagal jaga dia ? aku dah mungkir janji ? ” Air mata mula bertakung di tubir mata Nazim . Tanpa rasa peduli dia menitiskan air mata jantan nya lagi .
      Suara nya serak dek terlalu banyak menangis . Dicky yang berada di hadapan nya tergamam apabila dijerkah Nazim . Ini kali pertama Nazim meninggikan suara kepada nya .

     Bahu Nazim disentuh perlahan supaya pemuda itu bertenang . “ aku gagal . Aku tak jaga adik aku ”

“ Bro , jangan cakap macam tu . Kau tak gagal tapi ni semua takdir . Aku faham apa yang kau hadap sekarang , tapi kau kena buat something . Kau tak boleh biar orang yang rogol adik kau terlepas macam tu je ”

“ Bukan aku tak usaha . Tapi dengan keadaan adik aku yang macam tu , apa aku boleh buat ? ”

“ biar aku jumpa adik kau ? ” Pinta Dicky tiba-tiba membuatkan Nazim bingung . Namun dia hanya benarkan saja .
     Mungkin Dicky ada cara bagaimana untuk memujuk Amiera . Hanya itu yang Nazim mahukan . Jika dia tidak dapat melaporkan kepada polis , dia sendiri akan mencari siapa dalang di balik semua ini .

“ Amiera ? ” Sapa Dicky tapi tidak sedikit pun membuat Amiera berpaling . Gadis itu masih membuang pandangan nya ke luar jendela . Perlahan-lahan Dicky mendekatinya sebelum duduk di hujung katil .

“ Miera kenal abang kan ? ”

“ Dia takkan jawab . Kau tanya lah dia beribu kali pun ” Beritahu Nazim . Nada nya kedengaran seperti sedang marah .
    Tiba-tiba sahaja Nazim meluru ke arah Amiera sebelum menggoncangkan bahu gadis itu dengan kasar .

“ Adik , kau dengar tak apa yang abang Dicky tanya ha ? Sampai bila kau nak macam ni ha ?!  ”  Jerkahan nya membuatkan air mata Amiera mengalir laju . Hilang lah Nazim yang lembut dalam perbicaraan nya selama ini .
    
“ Nazim ... ”

Tidak mengendahkan Dicky , Nazim terus menggoncang bahu adiknya itu dengan kuat apabila mendengar tangisan Amiera . Dia tidak mahu melihat adiknya di dalam keadaan begitu lagi .
     Dia tidak mahu Amiera di dalam kesedihan lagi . Bahkan dia mahukan Amiera yang dahulu walaupun terpaksa gunakan cara kasar . Dia cuma mahukan adik perempuannya yang dahulu , seorang gadis yang ceria walaupun hanya hidup berdua bersama abang nya .

“ Bagitau abang , siapa buat adik ha ?! ” Soalnya lagi . Kesabaran nya mula tipis . Dia risau jika dia melepaskan pada orang yang tidak bersalah .

SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now