SA9 : Selamat Malam •

2.8K 38 0
                                    

     Aidil mematikan enjin motosikalnya sebelum naik ke atas rumah . Dia baru sahaja pulang daripada melawat Muaz di hospital . Apabila mengetahui apa yang terjadi kepada Muaz , bergegas dia ke hospital . Sudah tiga hari Muaz tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma di wad ICU hospital .
     Pintu bilik dibuka sebelum dia merebahkan badan nya ke atas katil . Rumahnya sunyi sepi tanpa Muaz . Biasanya ada juga peneman untuk berbual , tetapi selama tiga hari ini dia hanya berseorangan .

Telefon bimbitnya dicapai sebelum dihidupkan . Entah bagaimana hati nya terdetik untuk menonton video yang dirakamnya dua minggu lepas .
    Video apalagi jika bukan video Amiera . Jauh di sudut hatinya dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan kepada gadis itu . Selama ini dia tidak terlalu mengenali Amiera meskipun berteman dengan Nazim .

Tetapi memperkosa Amiera adalah perkara paling bodoh yang pernah dia lakukan selain mengambil dadah .
    Namun pada hari itu , nafsu nya lebih penting berbanding rayuan dan tangisan remaja perempuan itu . Telefon bimbitnya dimatikan dan diletakkan ke atas meja semula . Siling bilik direnung nya seketika sebelum mula memejamkan matanya untuk tidur .

    Bunyi sesuatu yang jatuh berkecai ke lantai simen rumahnya membuat kan Aidil bangun semula . Dia bertukar ke posisi duduk untuk seketika waktu sebelum berdiri dan keluar daripada bilik .

Suis lampu dipetik dan lampu menyala menerangi ruang tamu . Tetapi tidak ada apa-apa yang jatuh . Setelah memastikan tiada sebarang perkara pelik terjadi , dia masuk ke dalam biliknya semula .
     Namun baru sahaja tangan nya mahu menarik pintu bilik untuk ditutup , lehernya dijerut oleh seseorang dari belakang pintu bilik .

Nazim .
Ya , abang kepada gadis yang telah dia perkosa .

    Tangan Nazim menggenggam kemas sebuah rantai besi yang sedang menjerut leher Aidil .

“ Naz ... ”

“ Shhhh ... diam . Bangsat macam kau , tak patut diberi peluang untuk cakap-cakap apa-apa pun . ”

    Aidil yang sudah tersekat nafasnya itu , tercungap-cungap cuba bernafas sementara tangan nya cuba melepaskan rantai besi itu . Akan tetapi genggaman Nazim lebih kuat berbanding dengan nya .

“ Selamat malam , Aidil ” bisik Nazim sebelum menarik rantai besi itu dengan lebih kemas dan kuat menyebabkan Aidil langsung tidak dapat bernafas sebelum rebah ke lantai . Mati ? Sudah semestinya .
     Itu yang Nazim mahukan dan dia telah berjaya . Nazim tersenyum puas sebelum melangkah keluar daripada rumah Aidil . Tidak sia-sia dia menunggu Aidil di bawah katil sehingga lelaki itu pulang .

______________________________________
______________________________________

     Perlahan-lahan lelaki berusia 22 tahun itu menapak ke arah katil pesakit yang berada di bilik ICU .

Wajah polos Muaz direnung kosong . Agak teruk keadaan lelaki itu dengan kepala nya yang dibalut penuh dengan pembalut luka . Pukulan Nazim benar-benar memberi kesan yang serius kepada Muaz sehingga terpaksa bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan .

    Kerusi yang berada di sebelah katil ditarik keluar dan Nazim duduk dengan senyuman manis nya .

“ Liat nya kau nak mati . ” ujar Nazim tiba-tiba .
   Dia tetap tenang walaupun baru sahaja membunuh Aidil dan sedang berdepan dengan lelaki yang pernah dia cuba untuk bunuh sebelum ini .

“ Sepatutnya aku pukul kau lagi kuat supaya terus mati . Muaz , Muaz . Kau masih nak pakai alasan sama ke bila aku tanya ?
     ' Ini semua idea Firash ' . Ahhh bosan lah aku dengar . Kau tahu tak ? Adik aku tak buat apa-apa salah pun dekat kau . Tapi ... Kau rogol dia . Kau ambik dia daripada aku . Apa masalah kau ? ” Nazim merenung wajah Muaz dengan penuh perasaan benci .
     Sekejap dia tersenyum dan ketawa , sekejap kemudian dia masam mencuka sebelum tersenyum semula . Di dalam definisi lain , dia sepertinya sudah tidak waras .

“ Selamat malam , Muaz ” Ucap Nazim sambil tangan nya mencapai alat bantuan pernafasan yang sedang digunakan oleh Muaz dan mencabut alat tersebut daripada Muaz .
    Senyuman nya terbit manis di wajah tampan nya . Kini hanya tinggal satu . Anak penghulu kampung yang disayangi ramai .

SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now