SA11 : Pengakhiran •

2.9K 38 5
                                    

Firash menolak pintu rumah milik Muaz . Serta merta hidung nya tercium bau busuk yang datang daripada bilik Aidil . Tanpa teragak-agak dia mengatur langkah ke bilik itu . Risau hatinya apabila Aidil tidak membalas sms mahupun mengangkat panggilan telefon daripadanya .

Hampir gugur jantung Firash melihat Aidil yang terbaring kaku dan sudah mula berulat di hadapan pintu bilik .
Sangkaan buruknya benar-benar berlaku di realiti . Perlahan-lahan dia menapak ke belakang namun ...

" kau nak pergi mana ? " soal Nazim yang sedang duduk di atas sofa rumah . Tangan nya memegang sebilah pisau yang tajam mata nya membuatkan Firash berdebar-debar .

" Nazim ... "

" Aku ingat kau dah tak kenal aku . "

" Apa maksud kau ? "

" Yeah lepas semua yang jadi . Kau ingat aku lagi ke ? " Nazim mula berdiri sambil mendekati Firash . Lelaki itu gelisah tetapi beriak tenang .

" Dah lama kita tak jumpa kan ? "

" Buat apa kita nak jumpa ? " Selamba Firash bertanya .

" Kau tak rindu aku ke ? Kau tak rindu adik aku ? "

" kenapa aku nak rindu adik kau ? "

" Haih . Soalan apa ni ? Kau dah macam adik ipar aku tau ? "

Firash senyum nipis sebelum ketawa kecil . " kau nak ambil aku jadi adik ipar macam mana ? adik kau dah mampus "

" yeah . Sebab kau bunuh dia . Kau bunuh adik aku , Firash "

" Aku tak bunuh dia . Haqeem yang bunuh dia "

Senyuman di wajah Nazim kian pudar . Mata nya tajam merenung Firash . Setapak demi setapak dia mendekati Firash .

" Apa beza nya kau dengan dia ? Korang yang rosakkan adik aku . So tak ada beza kan ? "

" Dan kau ? Apa beza kau dengan dia ? Dua-dua pembunuh " berani Firash membalas kata-kata Nazim . Nazim membuat muka selamba walaupun hatinya agak tersentuh dengan ayat Firash .
Pisau yang dipegang nya diletakkan ke leher Firash namun langsung tidak dibalas oleh Firash . Dia tahu , Nazim tidak akan berani membunuhnya .

" Tarik pisau tu " suruh Firash mengacah Nazim . Sengaja dia membakar lagi hati lelaki itu . Dia mahu lihat sejauh mana Nazim boleh pergi dengan permainan ini .

" Aku boleh tarik bila-bila aku nak "

" Jadi kau tunggu apa lagi ? " Keras nada suara Firash menyoal . Dia senyum sumbing ke arah Nazim yang berada di hadapan nya .
Perasaan takutnya mula hilang sikit demi sedikit . Jika benar Nazim ada niat untuk membunuhnya , pasti dia sudah lakukan sepertimana yang dia lakukan kepada Aidil .

" Aku takkan bunuh kau . Cukup humban kau dalam penjara " bisik Nazim perlahan .

Firash ketawa lagi . Muka gerun Nazim langsung tidak menakutkan dia . " Kalau aku ke dalam , kau pun ke dalam . Tapi tu lah aku ke dalam tapi aku keluar balik . Kalau kau ke dalam , kau mati "

Air muka Nazim berubah . Bukan kerana dia takut tetapi kecewa mendengar kata-kata Firash . Seorang sahabat yang amat dia percayai suatu ketika dahulu telah menjadi seorang musuh yang amat dibenci nya .
Bukan sengaja Nazim membenci Firash . Dia juga tidak mahu membenci lelaki itu namun apabila memikirkan semula apa yang telah dia lakukan kepada Amiera , Nazim tidak dapat mengawal diri nya .

Dalam perubahan Nazim , Firash mengambil peluang untuk melepaskan diri . Pasu bunga yang berada di atas meja bersebelahan dengan nya dicapai sebelum dihentak ke bahagian belakang kepala Nazim .
Pasu bunga yang pecah itu berterabur di lantai bersama darah yang meleleh keluar . Untuk seketika waktu Nazim bingung . Telinga nya terasa berdengung sementara kepala nya terasa amat berat dan pedih . Perlahan-lahan jari jemari nya menyentuh luka di bahagian belakang kepala nya .

SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now