SA12 : Pengakhiran II •

3.5K 50 9
                                    

     Yassin ditutup dan dipegang kemas di tangan nya . Lelaki yang mengenakan baju mahu berwarna hitam itu termenung seketika waktu sebelum menggosok-gosok perlahan batu nisan yang terpacak di hadapan nya .
    Dada nya terasa sebak sebelum dia menangis teresak-esak . Dia menangis semahu-mahunya tanpa malu .

“ Mesti dia suka bila tahu kau datang ” Sapa seorang lagi lelaki yang berdiri di hadapan nya . Lelaki itu baru tiba sebentar tadi .
 
    Perlahan-lahan lelaki yang duduk di atas tikar mengkuang itu berpaling sebelum mengukir senyum kelat .

Senyuman kelat Firash dibalas manis oleh Dicky . Dia duduk bercangkung di sebelah Firash sambil membuang pandang ke batu nisan yang tertera nama sahabat baiknya .

Nazim Zahrain •
Dilahirkan pada 27 Mac 1999 ,
Meninggal dunia pada 4 September 2021 .

    Senyuman nipis Dicky ukir .

“ Aku berdosa , Dicky . Aku jijik dengan diri aku sendiri . Aku menyesal ”

“ Dah lah tu , Firash . Dah dua bulan arwah pergi . Aku tahu , dia mesti maafkan kau . Macam tu jugak ... Miera . ”

    Terbit keluhan kecil daripada mulut Firash mendengar nama gadis tidak bersalah itu . Kerana marah , dia telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan .
     Menjadi seorang perogol bukan lah keinginan sesiapa tetapi ramai di luar sana yang bergelar perogol . Begitu juga dengan Firash . Dia tidak dapat mengawal nafsu nya , mengawal amarahnya . Semua yang terjadi , dia salahkan pada diri sendiri .

“ Betul apa yang arwah tanya . Apa salah dia ? Aku bukan cuma perogol . Tapi aku pembunuh . Aku bunuh kawan-kawan aku . Aku bunuh Aidil , Muaz . Dan Nazim .
    Sepatutnya aku yang mati . Tapi dia gantikan aku . Aku tak layak hidup lagi . Aku hina ”

    Dicky menyentuh lembut bahu Firash . Wajahnya tenang walaupun hatinya penuh gelora .

“ Kau tahu tak ? Kau manusia yang beruntung kat muka bumi ni . ”

“ Apa yang beruntung ? Aku khianat kawan aku sendiri ”

“ Dulu kau manusia yang tak kisah dengan dosa dan pahala . Tapi Allah bagi kau peluang kedua . Peluang untuk kau berubah dan bertaubat . Jadi jangan sia-sia kan peluang tu ”

    Firash dan Dicky saling berpandangan sebelum Firash menarik Dicky ke dalam dakapan nya . Dia menangis semahu-mahunya kerana terasa hina .

Benar kata Dicky . Dia tidak akan sia-sia kan peluang itu .

Nazim bergelar seorang pembunuh kerana terlalu menyayangi adiknya . Firash bergelar seorang perogol kerana amarahnya . Dua lelaki yang berbeza .

                                 --- TAMAT ---

[ Hanya cerita semata-mata . Terima kasih kerana baca sehingga ke pengakhiran nya ❤️🙏🏻 ]

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 03, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now