SA7 : Kandungan •

3.8K 36 0
                                    

     Alat ujian kehamilan yang berada di tangan nya di dimasukkan ke dalam tong sampah sebelum beralih ke singki dapur untuk mencuci tangan .

“ Negatif ” Beritahu Nazim setelah dia naik daripada mencuci tangan . Dia bersyukur kerana keputusan nya negatif .

“ Tapi Naz ... ”

    Nazim hanya mengangkat kedua-dua kening nya apabila Dicky mencelah . Lelaki itu menyerahkan telefon bimbitnya kepada Nazim .
    Serta merta wajah Nazim berubah setelah membaca apa yang dipaparkan di skrin telefon Dicky . Amiera yang duduk dengan tenang dia atas sofa direnung nya seketika waktu sebelum dia melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Amiera .

“ Adik dah datang bulan ke bulan ni ? ” Soalnya tanpa segan silu . Alat ujian kehamilan yang telah digunakan Amiera juga dia pegang begitu saja tanpa rasa geli .
    Bukan nya pengotor cuma dia perlu berkorban untuk adik bongsu nya . Satu-satunya darah daging yang masih ada .

    Amiera memandang ke arah Dicky yang berdiri di tepi sofa . Pantas Dicky pusing menghadap ke belakang setelah memahami isyarat yang Amiera berikan . Sudah pasti Amiera malu untuk mengatakan nya di hadapan Dicky .
     Setelah memastikan sahabat abang nya itu tidak nampak , baru lah Amiera menggelengkan kepala nya membuatkan Nazim melepaskan keluhan panjang .

“ Macam mana bro ? ” soal Dicky yang masih membelakangi Nazim dan Amiera .

“ belum ”

“ Tak apa lah . Esok kau cuti , bawa dia pergi klinik ” suruh Dicky sebelum pusing semula . Nazim mengangguk sahaja . Hatinya benar-benar berharap bahawa adik perempuannya tidak hamil .
    Dia bersyukur di berikan seorang majikan yang baik seperti Dicky . Jika bukan majikan nya bukan lah Dicky , pasti dia tidak akan dilayani begitu .

     Nasi putih berlaukkan telur goreng disuakan ke mulut sebelum dikunyah . Lauk sup ayam yang berada di hadapan nya tidak sedikit pun menarik minat Amiera untuk makan .
    Tekaknya berasa loya dan mual sahaja . Nasi itu juga dipaksa nya telan supaya Nazim tidak risau akan kesihatan nya .

     Amiera memegang perutnya yang beralaskan t-shirt yang dia kenakan . Wajahnya yang masam mencuka bertukar sayu sebelum menangis teresak-esak . Perutnya ditekan-tekan dan ditumbuk sendiri .
     Dia berasa jijik dengan dirinya sendiri . Tangisan nya semakin lama semakin kuat sehingga mampu didengari oleh Nazim yang duduk di luar bilik . Tetapi lelaki itu hanya terkaku . Dia tidak mampu untuk menangis lagi .

     Apabila mendapat khabar tentang kehamilan Amiera , dia patah semangat . Bagaimana Amiera mahu teruskan hidupnya selepas ini ? Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu di usia muda apatah lagi ibu tanpa suami .
    Bahkan tidak mengetahui siapa bapa sebenar si bayi yang tidak bersalah . Nazim menyeka peluh di dahi nya sebelum berdiri dan berjalan ke bilik Amiera .

“ adik ? ” sapa Nazim tetapi tidak sedikit pun Amiera berpaling . Dia terus menangis tanpa perasaan malu dengan abang nya .
    Perlahan-lahan Nazim menyentuh lembut kedua bahu Amiera sebelum ditarik gadis itu ke dalam dakapan nya .

“ abanggg .... ” rintih Amiera dengan suara nya yang bergetar . Dia menggigil lagi kali ini . Perasaan takutnya datang kembali .

“ shhh ... kita tak boleh menangis dah . Kita kena kuat . Adik abang kuat kan ? ” Ubun-ubun Amiera dikucup lembut .
    
______________________________________
______________________________________

     Siti melihat ke sekeliling rumah , melilau mencari suaminya , Haqeem . Bukan kerana risaukan tentang suaminya , tetapi risau tentang dirinya sendiri .
     Perlahan-lahan dia mula mengatur langkah ke pintu luar . Siti amat berhati-hati sehingga tidak ada satu pun derap kaki nya berbunyi sewaktu berjalan di atas lantai papan rumahnya .

SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now