Bab 22

43.1K 2.6K 538
                                    

Selamat Membaca ✨😇🥳

*
*
*

TIGA hari sudah berlalu semenjak daripada kejadian gadisnya diculik . Perwatakan gadis itu telah banyak berubah . Dia menjadi lebih pendiam daripada sebelum ini . Lebih suka duduk bersendirian . Tidak banyak bercakap walaupun bersama pembantu rumah yang rapat dengannya , Liana .

Waktu makan juga King terpaksa mengupah MALND untuk memujuk kawannya itu supaya makan . Apapun yang berlaku , perut gadisnya itu perlu diisi untuk mengelakkan sebarang kesakitan mahupun penyakit .

King hanya merenung gadisnya sedang duduk dengan lutut dirapatkan kedada dan dipeluk lututnya itu . Hampir setengah jam King berdiri di situ namun kedatangannya langsung tidak dapat menarik perhatian gadisnya yang sedang jauh termenung .

Dia rindukan semuanya berkaitan gadisnya itu . Walaupun Aelyna Medina tidak banyak bercakap mahupun tersenyum apabila bersama dengannya , sekurangnya gadis itu ceria apabila duduk bersembang bersama MALND .

Tetapi , kedatangan MALND juga turut dihiraukan olehnya . Dia hanya sibuk dalam dunianya sendiri dan itu yang merisaukan King saat ini . Perlahan kakinya menapak mearah gadisnya .

" Ehem ." Berdehem King cuba menarik perhatian gadisnya .

Hanya untuk seketika Aelyna Medina memandang kearah King sebelum dilarikan semula pandangannya kearah kawasan luar . Riak wajahnya kosong teramat kosong . Wajahnya yang memang putih cantik bertukar pucat disertakan dengan bibir yang sedikit pucat dan merekah .

" Well , rasanya pemandangan kat luar sana lebih cantik daripada tengok muka aku ? " Ujar King dengan tatapan mata diliarkan  kearah luar .

Aelyna Medina tersentak suara yang garau dan kasar tetapi masih lembut kedengaran di telinganya . Cepat dia memusingkan kepala kearah kanan menghadap King yang masih tengok pemandangan luar .

Seakan tak percaya . Dia bertutur dalam bahasa melayu ?

King mengalihkan pandangan kearah wajah gadis kesayangannya . Panahan mata berwarna kelabu itu sangat lembut selembut baldu apabila menusuk kedalam anak mata coklat keperangan milik gadisnya .

" Kenapa tengok aku macam tu ? Tak percaya aku boleh cakap dalam bahasa melayu ? " Soalnya .

Soalan King hanya dibalas dengan anggukkan sahaja oleh gadisnya walaupun kelihatan sedikit teragak agak . King ketawa nipis . Dilabuhkan duduk bersebelahan gadisnya .

" Aku melayu asli . Harap je nama macam orang luar tapi hakikatnya aku masih ada darah melayu dalam diri aku . " Dijelaskan serba sedikit kepada gadisnya .

" Cuma disebabkan aku membesar kat luar negara , aku lebih suka bertutur dalam bahasa inggeris . " Ujarnya lagi sambil anak memanah lembut dan tepat kedalam anak mata gadisnya membuatkan wajah Aelyna Medina berona merah , malu direnung seperti itu terus dialihkan wajah kearah lain .

King hanya tersenyum nipis .

" Ada apa apa yang kau rasa nak tanya aku , tanya je . Aku akan jawab . "

Soalan itu berjaya menarik perhatian Aelyna Medina untuk kembali memandang wajah lelaki itu . Seketika kemudian dia menunduk dan merenung lantai . Nafas dihembus lemah .

" Apa yang awak nak sebenarnya daripada saya ? Kenapa culik saya ? Kenapa kurung saya dalam rumah awak ni ? " Soalnya bertubi tubi .

" Sebab cinta . " Balas King perlahan .

" Maksud awak ? "

" Huh . Jujur aku cakap , kau perempuan pertama yang berjaya tarik perhatian aku . Kau tak sama macam perempuan lain bila dorang nampak aku . Maksud aku , cara renungan mata kau , cara percakapan kau walaupun lembut tapi tak ada terselit nada menggoda kat situ . " Direnung seketika wajah gadis kesayangannya sebelum menyambung kembali hujahannya itu .

" Sejak kali pertama kita terserempak dekat airport , kau tak sengaja terlanggar aku , masa tu tuhan je tahu bertapa berdegup lajunya jantung aku bila pandang wajah kau .  Wajah ayu manis dan cantik jelita tanpa sebarang makeup . Tapi pada awalnya aku nafikan perasaan aku sebab bagi aku , love at first sight tak pernah wujud . Tipu semunya . Tapi makin lama makin hati aku nakkan kau . Fikiran aku asyik terbayangkan raut wajah kau . Sehebat manapun aku menidakkan perasan aku , tapi gagal bila satu hari aku dapat info daripada budak budak aku , gambar kau berduaan dengan lelaki lain buatkan aku rasa macam nak meletup . Sebab tu aku buat keputusan untuk culik kau dan kurung kau kat sini . " Ujarnya .

Memang betul selama ini sebenarnya King banyak menafikan perasaannya itu cuma dia tidak mengungkapkan secara jelas ( nanti readers marah ) . Kerana dia langsung tidak mempercayakan cinta . Baginya juga cinta akan melemahkan dirinya dan akan menyusahkan dirinya sahaja .

Tetapi semuanya berubah semenjak kehadiran Aelyna Medina dalam hidupnya .

" Tak mungkin dengan hanya pandangan untuk kali pertama saja awak boleh jatuh cinta dengan saya ? " Soal Aelyna Medina semula .

" Walaupun aku kejam , jahat dan semuanya , satu je aku percaya . Hati manusia , tuhan yang pegang . "

Balasan daripada King membuatkan Aelyna Medina terkedu . Tetapi matanya masih melekat pada raut wajah lelaki itu . Dia akui sungguh kacak orangnya . Bentuk muka terbentuk cantik . Rambut keperangan asli miliknya sangat cantik digayakan . Anak mata kelabu yang tajam bak hujung mata pisau . Hidungnya mancung sangat menarik terletak pada bahagian tengah wajahnya disertakan dengan pakej bibir nipis merah delima .

" Aku mengaku yang aku tak cukup sempurna dalam bab yang melibatkan agama . Tapi aku percaya yang setiap hati manusia yang ada dekat dunia ni , Allah yang pegang . Jadi , kalau DIA dah tetapkan hati aku untuk jatuh cinta pada perempuan macam kau , aku tak boleh tolak dan aku tak ada alasan untuk tolak . Sebab aku tahu dan percaya Allah adalah perancangan yang terbaik untuk setiap hamba DIA . " Balas King kembali .

Aelyna Medina hanya diam mendengar ucapan itu . Entah kenapa hatinya berasa sangat tersentuh . Matanya mula menunjukkan biasan cermin dimana cecair sudahpun dihasilkan .

" Dan aku juga mengaku , aku dah lama tinggalkan perkara wajib tu . Aku dah jauh tersasar daripada jalan DIA . Tapi semenjak aku jumpa kau , aku cuba untuk berubah . Berubah untuk menjadi lebih baik . Berubah untuk menjadi imam kau yang bakal pimpin kau ke syurga nanti . "

Dan pada saat itu , gugurlah permata yang bernilai daripada kelopak Aelyna Medina perlahan lahan menuruni pipinya lembut itu . King mendekatkan kedudukan mereka sedikit . Anak matanya langsung tidak dialihkan walaupun sesaat .

" I'm begging you , please give me a chance to be with you , to live with you , to be your husband that will guide you to heaven . Please give me a chance to become your angel , your protector that can protect you from dangerous , protect your heart to not being hurt again . Please give me a chance to fulfil back your heart with lots of love . Please give me a chance to give happiness to your life . And please give me a chance to become your husband that can always stand by your side no matter what happen until my last breath . "  Ujar King sayu .

Anak matanya tajam menikam lembut kedalam anak mata gadisnya yang sudahpun dibanjiri dengan air mata permata . Ingin dihapuskan tetapi ditahan sahaja keinginannya itu . Sekali lagi dia membuat hati gadisnya tersentuh . Dapat dirasakan keikhlasannya dalam pertuturan itu .

" Aku cintakan kau Aelyna Medina ikhlas kerana Allah Taala . "

*
*
*
*
*

New updated . Maaf ya bab ini hanya scene King dan Lyna sahaja . Dont forget to vote and comment what do you all feel after read this chapter okies 🥳😇✨












𝐗𝐚𝐯𝐢𝐞𝐫 𝐃'𝐀𝐫𝐳𝐞𝐧 [C] Where stories live. Discover now