Bab 51

34.1K 2K 159
                                    

TERPEJAM erat matanya tatkala melihat pantulan diri di cermin . Dirinya kini tidak sama seperti dahulu . Jikalau dahulu dia memakai pakaian yang berlitup tetapi sekarang , baju yang diberikan oleh Tengku Harith amat menyeksa jiwa dan raganya .

Sudah penat dia bertengkar dengan Tengku Harith dua jam yang lepas . Dan hasilnya , nyaris sahaja Tengku Harith mahu menolaknya tadi . Untung anak buah Tengku Harith sempat memasuki ruang ini dan mengajak Tengku Harith untuk berbicara .

Kalau tidak , sudah pasti sesuatu yang buruk bakal terjadi pada kandungannya nanti jikalau dia menolak . Mahu atau tidak dia terpaksa . Dia harus melindungi anaknya ini . Dia harus kuat bertahan sehinggalah suaminya datang menyelamatkannya . Kata kata Tengku Harith pada dua jam lepas terngiang ngiang di benak fikirannya .

" Tapikan lyna , aku tak rasa laki kau akan datang selamatkan kau . Yelah dah nak masuk lima hari kot tapi bayang bayang dia pun tak ada . Entah entah dia dah jumpa perempuan lain yang lebih bagus dari kau agaknya ? "

Pantas sahaja kepalanya digelengkan . Tidak mungkin . Dia tidak akan sesekali terpedaya dengan muslihat Tengku Harith . Lelaki itu padanya amat licik . Dia percaya yang suaminya mesti tengah mencarinya sekarang ini . Mungkin masih belum dapat mengesannya sahaja .

Tidak mengapa . Dia akan bertahan selagi dia mampu . Aelyna Medina mendongakkan kepalanya melihat pantulan dirinya sekali lagi . Dan anak mata coklat itu tajam merenung dirinya seakan akan cuba untuk memberi semangat . Kedua belah tangannya juga digenggam erat .

" Kau boleh Lyna . Jangan mengalah dulu . Terus usaha . " Ujarnya penuh semangat .

" Ya Allah Ya Tuhanku . Ampunilah segala dosaku ini Ya Allah . Sesungguhnya keadaan mendesakku untuk berperilaku seperti ini dan juga demi kandunganku . Ampunilahku . Dan sesungguhnya Engkau Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani seluruh umat Mu . " Doanya perlahan . Dia tahu berdosa tetapi keadaan mendesaknya .

" Saya tahu awak tengah cari saya sekarang . Saya tetap akan tunggu sampai awak datang . Kami akan tunggu . " Ujarnya lagi . Tak lama kemudian , bunyi tombol pintu dipulas dan muncullah wajah anak buah Tengku Harith . Lelaki pulak tu .

" Cepat sikit . Tengku dengan tetamu dia dah lama tunggu kau . " Ujarnya sedikit kasar dan matanya tajam mencerlung kearah Aelyna Medina . Aelyna Medina hanya mengganggukkan kepalanya sahaja . Perlahan lahan dia mula menapak menuju ke pintu dan keluar dari ruangan tersebut .

Dibiarkan lelaki tersebut berjalan mendahuluinya sebelum dia mengikut langkah lelaki itu dari belakang . Lift dituju dan mereka berdua memboloskan diri ke dalam lift tersebut . Tidak sampai dua minit akhirnya mereka berada di tingkat bawah .

Mereka berdua berjalan menyusuri satu lorong yang pada Aelyna Medina amat menakutkan . Mana tidaknya , dinding berlatarkan warna hitam gelap dan mempunyai beberapa potret menakutkan . Tidak sanggup berlama lama terus sahaja kakinya dilajukan sedikit . Melihatkan lelaki tadi berhenti dia juga turut berhenti .

Dan kemudian pandangannya bersatu bersama anak mata Tengku Harith . Di depan lelaki itu terdapat seorang lagi lelaki tetapi kelihatan sedikit berusia daripada usia mereka . Dapat dilihat lelaki tua itu memandangnya atas dan bawah . Mereka berdua duduk diatas sofa yang saling menghadap sesama mereka .

" There you are my dear . Come . " Panggil Tengku Harith dan tangan kirinya diangkat dilambaikan pada Aelyna Medina agar wanita itu datang menghampirinya . Tetapi Aelyna Medina hanya berdiam diri . Kakinya seolah olah digam tidak mampu bergerak dan itu membuatkan lelaki yang mengiringinya tadi bertindak dengan menolaknya sedikit kuat .

𝐗𝐚𝐯𝐢𝐞𝐫 𝐃'𝐀𝐫𝐳𝐞𝐧 [C] Where stories live. Discover now