[ COMPLETE ]
• 𝑼𝒏𝒅𝒆𝒓 𝑹𝒐𝒚𝒂𝒍 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑽𝒐𝒍 1 •
[ KNOWN AS BEAUTIFUL FATE ]
" Kau tak boleh lari dari aku babydoll . Aku akan dapatkan apa yang aku nak , soft way or rough way . " Ujar lelaki itu .
DIA , seorang ketua mafia yang paling...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
•
•
•
•
•
SEMINGGU KEMUDIAN
MAJLIS akad nikah pagi itu berlalu dengan jayanya . Sedondon kedua pasangan itu berbaju warna kelabu . Menjadi pilihan hati si pengantin lelaki . Tak ramai juga yang datang . Hanya sahabat sahabat mereka , kenalan yang lain dan juga clients mereka .
Mungkin bagi orang lain baju nikah bagi pihak perempuan agak keterlaluan tetapi apakan daya , si bunga tidak mampu membantah apa yang dikatakan oleh si kumbang . Diikutkan sahaja permintaan lelaki yang sudahpun menjadi suaminya ini .
Kata si kumbang pula , nikah hanya sekali seumur hidup , biarlah kalau melebih sekalipun kerana kehidupan masing masing ada kelebihan dan kekurangan . Si kumbang mahukan yang terbaik buat si bunga nya . Jadi , dia tidak kisah pun perlu mengeluarkan jumlah wang dalam kuantiti yang banyak .
Apa yang diharapkan oleh si bunga akhirnya menjadi kenyataan . Ayahnya menjadi wali buat hari perkhawinannya hari ini . Sungguh apabila dia mula melangkah memasuk pintu utama masjid , dia sudahpun dapat melihat kelibat sang ayah yang sedang duduk bersama sama saksi yang lain .
Dan yang lebih menggembirakan lagi , ayahnya memberikan senyuman manis yang paling dia impikan . Tidak disangka harini adalah hari yang paling menggembirakan buat dirinya . Sahabat sahabatnya juga turut bersyukur ayah sang bunga sudi mewalikan anak perempuannya .
Teringat kembali si bunga akan sewaktu akad nikah dijalankan pada bahagian si kumbang menggenggam erat tangan ayahnya . Sunyi sepi sahaja keadaan mereka sewaktu itu .
" Xavier D'Arzen Bin Diego D'Arzen. "
" Saya . "
" Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Aelyna Medina Binti Mohd Irham dengan mas kahwinnyabernilai RM30,000 tunai . "
" Aku terima nikahnya Aelyna Medina Binti Mohd Irham dengan mas kahwinnyabernilai RM30,000 tunai . "
Sah .
Sah .
Sah .
Jujur hatinya lapang sangat ketika ini . Dari berstatuskan sebagai anak dara bujang kini dia sudahpun menjadi isteri orang . Seperti mimpi sahaja . Telah banyak kenangan pahit manis yang dia lalui selama hidup di muka bumi ini seorang diri dan juga bersama sahabat sahabatnya .