Bab 24

43.4K 2.3K 180
                                    

Sorry for the late update 🙏 selamat membaca ✨

*
*
*
*
*

SUASANA malam yang dingin tidak dapat membuatkan hati lelaki tua itu tenang . Dirinya yang berada dikerusi batu diluar rumahnya itu hanya ditemani oleh bintang - bintang di langit .

Pemikirannya jauh melayang ke alam fantasi . Dimana terdapat sebuah keluarga yang hidup bahagia aman damai dan tenang sahaja . Hanya untuk seketika gambaran itu bertukar kepada keadaan kehidupannya sekarang ini .

Setitik demi setitik air mata mulai jatuh pada wajah tua itu . Betapa penyesalan yang amat dalam terhadap dirinya ini tidak dapat digambarkan . Bertahun tahun lamanya dia memendam rasa itu bercampur dengan rasa rindu terhadap satu satunya anak perempuan kandungnya .

Menyesal kerana tidak memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak gadisnya .

Menyesal kerana tidak memberikan kasih sayang yang cukup buat anak gadisnya .

Menyesal kerana tidak dapat berlaku adil dalam keluarganya ini terutama pada anak gadisnya .

Menyesal kerana sering mengabaikan anak gadisnya itu .

Menyesal kerana tidak meletakkan kepercayaan sepenuhnya sebagai seorang bapa terhadap anaknya .

Menyesal kerana lebih mempercayai orang lain berbanding darah dagingnya sendiri .

Menyesal kerana melakukan keputusan terburu buru dengan menghalau anak gadisnya keluar daripada rumah ini .

Menyesal , menyesal dan menyesal .

Perkara yang sudah lama baginya dimana dia telah mengetahui semua kebenaran bahawa anak gadisnya dianiaya oleh ibu tiri dan kakak tiri . Sedangkan dia seorang ayah sepatutnya melindungi dan mempercayai anaknya tetapi apa yang telah dia lakukan pada satu satunya permata hati dia bersama arwah isterinya , Nur Alia Mahidah .

Arwah isterinya meninggal kerana menghidap kanser paru paru . Semasa pembedahan sedang berjalan , paru parunya tiba tiba sahaja berlaku kompilasi , bermacam macam cara doktor doktor cuba untuk menyelamatkan isterinya tetapi , akhirnya Allah begitu menyayangi isterinya .

Sewaktu itu pula Aelyna Medina baru berusia 3 bulan . Amat kecil untuk membiarkan bayi seusianya hidup tanpa mendapat kasih sayang dari seorang ibu . Apabila anak gadisnya menginjak keusia 6 tahun , dia telah mengahwini seorang janda anak satu .

Tetapi , makin lama dia sendiri tidak menyedari bahawa tingkah lakunya telah berubah sehingga menyakiti permata hatinya . Dimarahi sesuka hati sehingga menangis teresak esak anak gadisnya itu . Sungguh rasa bersalah dan menyesal apabila mengenangkan kisah silam .

Itulah satu satunya perkataan yang sering menghantui hidupnya . Apa sahaja yang dia lakukan sering tidak kena dan berasa tidak puas hati . Setiap malam juga dia akan duduk dikerusi batu ini melihat pemandangan waktu malam .

Kerana , tingkah laku ini yang sering dilakukan oleh anak gadisnya setiap kali dia memarahi anak gadisnya itu , disini lah anak gadisnya akan pergi . Teringat akan pesanan arwah isterinya membuatkan dada sebak menangis yang tidak ada titik noktahnya .

" Abang , janji dengan Alia ya . Walau apapun yang berlaku , jangan sesekali tinggalkan anak kita . Jagalah dia macam mana abang jaga hati dan nyawa abang untuk Alia . Jaga dia sebagai mana abang janji apabila mahukan zuriat . Alia tak dapat hidup bersama dengan abang selamanya , jadi Alia izinkan abang untuk berkahwin lagi . Carilah wanita yang betul betul ikhlas menerima diri abang dan anak kita . Berikan kasih sayang secukupnya untuk anak kita . Jangan sesekali abaikan dia ya . Dan jangan bersikap tidak adil kalau satu hari nanti abang dijodohkan dengan seorang wanita yang sudah mempunyai anak sendiri . Ajarkan anak kita untuk jadi perempuan yang solehah di muka bumi ini . Tolong jaga satu satunya permata hati yang Alia tinggalkan didunia ini untuk abang . Janji dengan Alia tau . "

𝐗𝐚𝐯𝐢𝐞𝐫 𝐃'𝐀𝐫𝐳𝐞𝐧 [C] Onde histórias criam vida. Descubra agora