Bab 50

33.7K 1.8K 66
                                    

KAKINYA bergerak berjalan kesetiap sudut yang ada didalam bilik kurungan ini . Dia telah dibebaskan sebentar tadi dari terus diikat oleh Tengku Harith sendiri . Hanya kerana dia berkelakuan baik untuk beberapa hari ini . Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang , auratnya masih dilihat oleh lelaki lain .

Untuk seketika , Aelyna Medina berhenti bergerak dan matanya tunak memandang kearah tingkap yang berada disisi kirinya itu . Kakinya pun melangkah kearah keberadaan tingkap tersebut dan dia meninjau kawasan bawah . Tinggi .

Dia tahulah kini dia berada di tingkat tiga . Muncul idea untuk memecahkan tingkap tersebut dan melepaskan diri ikut tingkap ini , tetapi tak lama itu cepat cepat dia menggelengkan kepalanya dan berundur beberapa tapak kebelakang .

" Tak boleh tak boleh . Ingat Lyna dalam perut kau ada nyawa . Anak kau . Jangan pentingkan diri dengan guna cara macam ni . " Tuturnya perlahan seraya tangan kanannya diangkat dan mengusap perlahan perutnya yang dilapisi baju itu .

" Maafkan mama ya . Mama tak patut fikir macam tu . " Ujarnya lagi dan kali ini disertakan dengan sedikit senyuman nipis dan tampak lemah pada mata sesiapa sahaja yang memandang . Tidak ada seri lagi pada wajah cantik mulus tersebut .

Agak lama berdiri dia pun mengorak langkah menuju kekatil . Tempat rehat dia diikat dan terus melabuhkan duduknya di atas tilam . Tangannya masih tidak berhenti mengusap perutnya itu seolah olah dia sedang mengusap anaknya sendiri .

" Kesian anak mama ni kan . Baru je wujud tapi dah kena berdepan dengan dugaan macam ni . " Ujarnya perlahan . Fikirannya mula membayangi akan kehidupan bakal anaknya apabila ia lahir nanti . Risau ? Itu sudah semestinya . Ibu mana saja yang sanggup melihat anak mereka cedera .

" Sayang jangan risau ya . Sambil kita tunggu papa datang , mama akan cuba cari jalan keluar dari sini . Dan yang paling penting , mama akan pastikan anak mama sorang ni selamat . Okay ? " Tuturnya lagi dan kali ini bersama semangat yang baru .

Dia tidak boleh mengalah . Dia harus kuat untuk berdepan dengan dugaan seperti ini . Kuat untuk diri sendiri , untuk ayahnya , untuk sahabat sahabatnya , untuk suami tercinta dan semestinya untuk anak yang dikandungnya sekarang ini . Sedang asyik termenung , dia dikejutkan dengan bunyi tombol pintu dipulas .

Buka sahaja pintu tersebut , terpampanglah wajah Tengku Harith yang datang bersama makanan yang dibawanya . Laju sahaja tangannya yang mengusap perutnya itu dijatuhkan keatas ribanya . Riak wajahnya cuha dikawal sebaik mungkin .

Tengku Harith meletakkan plastik yang dibungkus dengan makanan itu diatas meja kecil yang berhadapan dengan Aelyna Medina begitu juga dengan sebotol air . Dan sofa single yang ada di dalam bilik tersebut dituju dan dilabuhkan duduknya disitu .

" Makanlah . Aku tahu kau lapar . " Ujarnya bersama riak wajah mendatar . Kakinya disilangkan dan kedua belah tangannya hanya diletakkan diatas pemegang kerusi kiri dan kanannya . Aelyna Medina tidak membantah hanya mencapai makanan tersebut .

Penutup botol dibuka dan dia hanya mencuci tangan kanannya pada tong sampah kecil yang ada berdekatan dengannya di sebelah . Hanya nasi putih berlaukkan ayam sambal dan sayur goreng . Dalam hatinya sudah mengucapkan syukur . Sekurang kurangnya , perutnya dapat diisi .

Dan yang paling penting , anaknya . Sampai sekarang Tengku Harith masih tidak tahu yang dia mengandung . Beberapa hari ini juga dia hanya mendiamkan diri dan berlakon menjadi baik agar Tengku Harith membebaskan ikatannya dan ternyata tektik itu menjadi .

Lagi lagi apabila Tengku Harith memberinya makan dengan lauk sebegini . Alhamdulillah berkat dirinya bersabar beberapa hari ini , anaknya selamat . Aelyna Medina makan sambil menundukkan kepalanya . Tidak betah melihat pandangan tajam lelaki itu .

" Kan bagus kalau kau terima je aku terus . Tak perlulah aku bersusah payah culik kau untuk jadi hak milik aku . " Ujarnya perlahan . Aelyna Medina yang ingin mencubit sedikit isi ayam tergendala apabila mendengar butir bicara Tengku Harith .

" Tak ada siapa yang minta untuk awak culik saya . Awak sendiri yang menyusahkan dirikan awak . Jadi jangan salahkan sesiapapun . " Balasnya juga perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Tengku Harith membuatkan jejaka itu melepaskan tawaan sinisnya .

" Yes you're right . Tak ada siapa yang minta tapi aku sendiri yang relakan diri aku untuk culik kau . Well , perempuan cantik macam kau ni tak patut dilepaskan . " Balasnya dan terus Tengku Harith bangun dari sofa tersebut dan berjalan mendekati Aelyna Medina .

" Aku dah buat keputusan , memandangkan kau memang tak nak aku . Okay tak apa . Aku tak akan paksa . Dan kau pun dah kahwin kan so mestilah kemanisan kau dah tak ada . Aku nak kan perempuan yang masih ada kesucian dia . " Terkaku Aelyna Medina . Untung sahaja mulutnya masih tidak menjamah makanan kalau tidak sudah tentu dia akan tercekik .

" Dan aku nak ubah plan aku . " Tuturnya lagi . Kali ini disertakan bersama senyuman sinis . Dibongkokkan sedikit tubuh badannya dan bibirnya mencari sasaran iaitu telinga kanan milik Aelyna Medina . Gadis itu hanya diam terkaku . Tidak bergerak mahupun membantah .

" Sekarang ni , syarikat aku tengah down . Dan salah satu client aku ni sama macam aku . So untuk aku dapatkan sokongan daripada dia , aku kena bagi perempuan yang cantik cantik macam kau . Aku pun dah tunjuk gambar kau kat dia and guess what ? He loved you . " Terbuntang mata Aelyna Medina tetapi dirinya masih kekal pegun seperti patung cendana . Tidak berpusing mahupun bercakap .

" Aku tahu yang laki kau akan datang selamatkan kau . And like I said before , if I can't get you , then no one can . " Ujarnya lagi dan diiringi dengan kekekan sinis . Perlahan lahan Aelyna Medina memusingkan kepalanya ke kanan menghadap wajah Tengku Harith .

" A-awak tak boleh buat saya macam ni . " Ujarnya perlahan . Kelopak matanya juga sudah mula dibasahi dengan cecair hangat tersebut . Tengku Harith hanya menayangkan riak wajah sinis seakan tidak terkesan dengan riak wajah mendung gadis dihadapannya .

" Boleh ke tak boleh tu lain cerita . Sekarang ni , kau tinggal dengan aku . Jadi , suka hati aku nak buat apapun pada kau termasuk jual kau . " Balasnya kembali dan beberapa helai rambut Aelyna Medina yang terjuntai itu diselitkan kebelakang telinga kanannya . Terketar ketar bibir Aelyna Medina cuba untuk mengungkapkan sesuatu .

" Jadi , tugas kau sekarang ni , makan sampai habis lepas tu nanti pergi mandi . Aku akan hantar anak buah aku untuk bagi baju yang sesuai untuk kau pakai depan client aku nanti . Malam ni dia datang ya sayang . " Tuturnya lagi dan kali ini disertakan dengan tepukan lembut beberapa kali pada pipi kanan Aelyna Medina .

Gadis itu hanya diam tanpa mampu berbuat apa apa . Melihat akan tiada sebarang tindak balas daripada gadisnya membuatkan Tengku Harith bangun dan terus beredar meninggalkan gadis itu bersendirian . Perlahan lahan cecair hangat itu mula mengalir membasahi pipinya .

Otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik sekarang ini . Tengku Harith mahu menjualnya ? Kepalanya cepat cepat digelengkan dengan laju . Nasi juga sudah tidak disentuh . Apa yang penting sekarang ini adalah dirinya dan juga anaknya . Bagaimana lagi dia mahu melepaskan diri dari Tengku Harith .

" Ya Allah , tolonglah hamba mu ini . Mana awak Xavier ? "

Okay done . So part ni straight banyak scene lyna and harith je 😪

Next bab lah baru king beraksi 😎😆

Babai i is ada kelas after this 😂

𝐗𝐚𝐯𝐢𝐞𝐫 𝐃'𝐀𝐫𝐳𝐞𝐧 [C] Where stories live. Discover now