Episode 11 - Tagada Ride

372 72 48
                                    

Nyam. Jiwoo menggigit corndognya. Seonghwa dan Jiwoo memakan makanan ringan yang mereka beli di sebuah food stall.

"Why don't we try that one after this?" Seonghwa dan Jiwoo berhenti daripada berjalan. Seonghwa menundingkan jarinya ke arah sebuah permainan yang popular di taman tema ini.

Tagada Ride.Permainan yang berupa seperti piring berpusing. Mereka yang menaiki permainan ini hanya boleh berpegang kepada besi penghadang di belakang mereka dan bertahan daripada terlambung ke udara kerana platformnya akan tersentak-sentak ke atas dan bawah sambil berpusing-pusing .

Ramai yang akan jatuh dan bergolek ke sana dan kesini jika terlepas daripada memegang penghadang besi itu.

Jiwoo masih mempunyai jaket Seonghwa diikat di sekeliling pinggangnya walaupun selepas permainan bumper car tadi. Dia mengunyah makanannya, lapar kerana sepanjang hari belum mengisi perut, walaupun begitu, dia mengangguk.

Jiwoo kemudian terasa angin sejuk malam meniup dipipinya, kemudian dia menoleh ke arah Seonghwa yang tengah menjilat aiskrim kon. Ianya perisa vanilla, Jiwoo perasan yang raut wajah Seonghwa berubah apabila melihat perisa mintchoco, sepertinya Seonghwa tidak sukakan perisa itu. Jiwoo kemudian melihat lengan Seonghwa yang exposed kepada angin malam yang sejuk, maklumlah Seonghwa pakai baju hitam berlengan pendek, perkara itu membuatkan Jiwoo agak rasa bersalah apabila dia gunakan jaket Seonghwa .

Jiwoo melihat cardigannya, terus dia mengeluh kerana semestinya cardigan milik dia takkan muat untuk lelaki yang besar seperti Seonghwa, mesti kelakar kalau  Seonghwa pakai sebab nanti akan nampak senteng atau kecil di badan lelaki.

"Aren't you cold? I can use my cardigan and tie it around my waist." Jiwoo bertanya, risau yang mamat sorang ni demam esoknya ke apa sebab sejuk.

Seonghwa menoleh ke arah Jiwoo, "Are you cold?" 

Jiwoo mengerutkan keningnya, ditanya balik soalan yang dia baru sahaja tanya. Of course Jiwoo kesejukan sedikit sebab tu dia risau Seonghwa yang tak berlapis apa-apa itu kesejukan. Jiwoo menganggukkan kepalanya.

Seonghwa menyengetkan kepalanya sedikit sambil tersenyum, "Keep your cardigan on and use my jacket for your skirt, the cold is not a big deal to me. Besides my arms are an eye candy to look right?" Seonghwa menyakat.

Jiwoo memandang lengan Seonghwa semula untuk memproses ayat jejaka itu, betul lah apa yang Seonghwa cakap. lengan dia.. eh Jiwoo? EH KENAPA KAU BERSETUJU JIWOO? 

Jiwoo yang tanpa sedar mengangguk untuk bersetuju itu, menggelengkan kepala dalam penafian.

Setelah mereka menghabiskan makanan mereka, Seonghwa membantu Jiwoo untuk menaiki tangga dan masuk kedalam Tagada ride itu. 

Mereka mendengar kata instructor sambil mencari tempat duduk disamping pengunjung yang lain. Instructor tersebut menyuruh semua pengunjung yang menaiki Tagada ride ini untuk memegang besi penghadang dibelakang mereka agar tidak tergolek sana sini. 

Jiwoo dan Seonghwa duduk bersebelahan lalu memegang penghadang besi dibelakang mereka itu, lengan Seonghwa... Seonghwa memandang peha Jiwoo, dia berfikir sekejap lalu meletakkan sebelah kakinya di atas peha Jiwoo, diantara kaki Jiwoo lalu menekannya kebawah perlahan.

Wajah Jiwoo merah apabila Seonghwa buat begitu, kemudian dia menolehkan kepalanya ke arah Seonghwa, keliru.

"It's to protect you, so just hold on to me cause this ride is going to be bumpy." Seonghwa berkata, kelihatan di wajahnya dia juga seperti nervous yang tenang. Seonghwa  melihat kehadapan, dia tersenyum.

Pusingan kali ini, pengunjung yang menaiki Tagada ride adalah sedikit, masih banyak ruang di mana mereka boleh terjatuh ke tepi. Tetapi tidak juga terasa seperti kosong sangat.

[SU] BadBoyfriend |Seonghwa ATEEZ|Where stories live. Discover now