Episode 21 - Ups and Downs

217 36 2
                                    

"Hah.. Hah.." Mereka berdua menyentuh dinding rumah Seonghwa untuk menyokong badan daripada jatuh ke lantai.

Kepenatan, tapi gelak tawa mula mengganti nafas tercungap-cungap. Pengalaman tadi agak menakutkan tapi mereka sudah selamat untuk ketawa tentang itu.

"Stop laughing aduh," Jiwoo ketawa lagi sambil menyuruh Seonghwa berhenti, "It hurts to laugh when you are hungry." Namun dia masih tak berhenti ketawa.

"Okay, okay. You too stop pfft!"

Entah macam mana Jiwoo boleh panjat tangga walaupun perut dah senak dah tu ketawa dari tadi.

Mereka kembali di atas atap rumah Seonghwa, pemandangan kelihatan berbeza pada waktu ini. Bangunan-bangunan mula terpasang lampu dan menerangi seluruh tempat.

Bintang-bintang di langit juga makin  jelas untuk dipandang.

Jiwoo mendongakkan kepala untuk memandang bintang, menikmati bayu angin sejuk malam yang menyentuh kulitnya.

"Hey, eat first. The stars always look the same every single day from here." Seonghwa mengambil plastik snek Jiwoo dan mengeluarkan ban berperisa coklat. 

Jiwoo mengambil ban tersebut, membuka plastik pembalut lalu menyuap ke dalam mulut sendiri. Mengunyah dan perisa coklat itu meletus, berpesta di atas lidahnya. Sedap.

Seonghwa juga ikut Jiwoo makan snek yang mereka beli tadi.

Mereka berdua senyap, menikmati waktu makan sambil melihat pemandangan. Wap panas disebabkan oleh aktiviti fizikal sebentar tadi disejukkan dengan angin malam yang menurunkan suhu badan mereka.

Seonghwa sempat menoleh sekilas ke arah Jiwoo, air mukanya sebelum ini kelihatan gembira, namun sekarang selepas mengunyah dan mengunyah makanan, Jiwoo nampak seperti dibelenggu sesuatu.

"Thank you."

"I feel miserable today, so thank you for everything." Kata Jiwoo secara tiba-tiba, tapi dia tidak menoleh ke arah Seonghwa langsung. Setiap kali dia mengambil gigitan daripada ban tersebut, gigitannya nampak lebih kasar dan kening berkerut ke bawah, matanya nampak berair.

"Actually Jiwoo-ssi," Seonghwa mengerutkan keningnya ke atas sambil menggaru kepala yang tak gatal, "Is there anything else you want to say? Maybe vent?"

Jiwoo menelan cebisan terakhir ban itu, dia menghela nafas lalu mengeluh berat.

"Can I?" Jiwoo memusingkan kepalanya ke arah Seonghwa, mengetap bibir yang menggigil untuk menghalang mengeluarkan kata-kata dalam hatinya.

Jiwoo menahan air mata daripada tumpah, tidak mahu kelihatan lemah dihadapan orang seperti apa yang ayahnya ajar.

Mengenangkan kejadian di bilik mesyuarat siang tadi, Jiwoo tak kesah dibebani jawatan CEO. Dia akan menjadi wanita yang ketiga di dalam keluarga Cha untuk menyandang jawatan itu.

One thing about Jiwoo, dia kena dahagakan kuasa untuk bertahan dalam industri ini. Dia anggap yang ayahnya ingin dia berkahwin dengan Inyeop adalah sebab persepsi yang wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Jadi sepanjang dia masih menyandang jawatan di department editor, Jiwoo boleh berseronok lagi dan menghabiskan masanya tanpa tekanan yang hebat.

Jiwoo sedih, kerana ayahnya mostly.

Seonghwa juga rasa terganggu melihat Jiwoo terganggu dengan masalah.

"kenapa pula tak boleh?" Seonghwa ingat apa yang Eunwoo beritahu dahulu. Jiwoo suka memendam perasaan, lebih baik Seonghwa buka topik supaya Jiwoo sendiri luahkan tanpa paksaan.

Jiwoo memeluk lengannya kiri, "I..."

"Because I need to act that way."


[SU] BadBoyfriend |Seonghwa ATEEZ|Where stories live. Discover now