Episode 17 - Dilemma

208 43 13
                                    

"1...2...3!" Pengacara/juri meniupkan wisel.

Maka giliran pasukan Jiwoo untuk menarik tali.

Tapi kita tak perlu nak baca part tu, mereka semua kalah selepas 3 minit bertahan.

Biasalah dalam hidup, mesti ada yang menang dan kalah.

"Hah... hah."  Inyeop jatuh ke tanah seperti merangkak. Mata membulat kerana terkejut dengan kekuatan  pasukan editor 1. 

"You okay?" Seonghwa mendekati Inyeop, dia juga terkejut yang mereka semua tak berganjak langsung dari posisi bertahan itu. Lalu jatuh tersungkur kerana semua penat.

Inyeop mengangkat kepalanya sambil tercungap-cungap, "No, I'm not fine. Jantung aku tak pernah berdebar kencang sebegini sejak bapa aku marah aku tiga tahun yang lalu ahahaha!" Ketawa Inyeop. Rasanya dia sukakan perkara yang mengujakan.

Seonghwa hanya menganggukkan kepala, pandangan dia terhadap Inyeop berubah. Lelaki ni mesti... bosan dipejabatnya.

Terperangkap dengan kerja kertas dan mesyuarat yang tidak terkira kerana dia akan menjadi bakal CEO nanti. 

Tiada kebebasan tak seperti Seonghwa dan Jiwoo kerana tanggungjawab Inyeop lebih tinggi daripada mereka berdua.

Seonghwa mengukir senyuman, dia menghulurkan tangannya ke arah Inyeop setelah sedar sesuatu tentang karakter bakal CEO ini.

Manusia sungguh kompleks dan menarik.

Inyeop juga senyum, dia mengambil tangan Seonghwa dan menolong dirinya sendiri berdiri tegak.

"Thank you." Inyeop berkata.

"No problem."

Kemudian Jiwoo melintasi di tepi mereka.

Haruman lavender yang segar menusuk hidung mereka berdua.

Mata Inyeop dan Seonghwa terpaku ke arah wanita yang dingin itu.

Mereka sedar selepas 5 saat merenung wanita yang sama, Inyeop dan Seonghwa masing-masing memandang antara satu sama lain.

"Isn't she lovely?" Seonghwa bersuara.

"Yes, more than I expect." Balas Inyeop.

Inyeop melihat jam tangannya, sudah dekat dengan waktu di mana dia akan sibuk.

"Seonghwa.. right?" Inyeop menyentuh bahu Seonghwa.

Seonghwa menaikkan kening sebelah lalu mengangguk.

"I have to go. Ada meeting ngan pengerusi korang."

"Sibuknya kau, tak nak ikut kami lunch ke?" Seonghwa memandang sekeliling, banyak pekerja meninggalkan kawasan acara kerana rehat tengah hari.

Inyeop memandang lantai lalu mengeluh, "Well... dah tu kehidupan aku. Sibuk di pejabat dan kadang-kadang aku pergi luar untuk lawat tempat lain atas sebab 'kerja'."

"Tapi... Kau kaya."

Inyeop tertawa dengan tanggapan Seonghwa dan juga banyak orang.

"Ya kaya...Tapi aku penat. Aku rindu nenek aku dekat kampung masa kecil."

Seonghwa hanya memandang Inyeop berlalu pergi. Memerhatikan jejaka yang rasakan dirinya dibebani tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan.

Adakah Seonghwa juga mempunyai tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan?

Seonghwa terasa sedih terhadap Inyeop, tidak semestinya dia kaya dan berjaya... dia gembira.

Kisah Jiwoo juga turut muncul kembali di fikirannya, semua orang disekeliling dia ada cerita sendiri. Sedih, tragik, gembira dan normal.

[SU] BadBoyfriend |Seonghwa ATEEZ|Where stories live. Discover now