Episode 16

203 42 4
                                    

Acara seterusnya, tarik tali. Gelanggang mereka masih penuh dengan tepung tetapi bersih lah juga.

Minhee perasan yang Somi asyik memandang Jiwoo dari tadi.

"Weh kenapa Somi jeling kau dari tadi?" Minhee melagakan bahunya dengan bahu Jiwoo untuk menarik perhatian Jiwoo.

"Huh?" Jiwoo menolehkan kepalanya untuk mencari kelibat Somi. Oh itu dia disebalik ramai orang, "Ish biarlah dia Minhee."

Minhee hanya menaikkan bahu sahaja, manakala Somi dan Jiwoo bertentangan mata.

Somi menggerakkan ibu jarinya secara melintang di leher, menunjukkan Jiwoo yang dia akan 'mati' secara metafora dalam permainan tarik tali ini.

Jiwoo memberikan senyuman sinis sebagai balasan kepada mesej itu.

Kemudian perbualan mereka secara telepati itu diganggu oleh Seonghwa yang menyentuh bahu Jiwoo, segera Jiwoo memandang ke belakang.

"Jiwoo-ssi buat ape tu?" Tanya Seonghwa lalu berdiri di sebelah kanan Jiwoo.

"Tu Somi, dia bagi peace kat aku tadi." Jiwoo menipu, malas nak cakap tentang Somi panjang-panjang.

"Bukan korang ada cabutan undian ke nanti?" Tanya Jiwoo kepada Seonghwa.

Seonghwa senyum lurus, "Yep," lalu menganggukkan kepala. 

"Tapi saya nak tanya Jiwoo-ssi kalau-kalau..." Seonghwa tersengih sekejap, berikan suspens kepada Jiwoo yang ingin tahu apa Seonghwa nak katakan memandangkan dia dah kata nak tanya.

Jiwoo juga turut diam tetapi memberikan Seonghwa pandangan mata yang dingin.


Dup

Dap

Dup

Dap


Jantung Seonghwa berdegup kencang lagi apabila Jiwoo memandang dia dingin sebegitu, "K-Kalau Jiwoo tak kesah saya bawa jalan-jalan festival bu-bunga api nanti..."

'Aku dah kenapa?' Monolog Seonghwa dalam hati, baru dapat tahu yang dia sukakan bila Jiwoo pandang dia begitu.

Pandangan Jiwoo berubah lembut bila dah tahu niat Seonghwa, "Ah, festival tu? Let me check first if I don't have anything on that day." Jiwoo mengukir senyuman.


"Okay semua, mari bincang." Mr. Yoo memanggil seluruh pekerja di bawah dia untuk membentuk bulatan.

"Saya harap kita akan bincangkan tentang formasi." Jaehee mencelah.

"Betul, sebab lawan kita tu, tahulah... Shownu, Baekho dan Jaeyoon. Korang tahulah kan fizikal dorang macam mana." Kihyun melihat ke arah pasukan editor 1. Agak rasa terancam dengan kehadiran mereka dalam permainan fizikal. Terasa seperti Jongkook dalam Runningman.

"Ya, last year habis HR kena tarik oleh dorang." Hanna menambah untuk menyokong pernyataan Mr. Yoo.

"Boleh saya join pasukan ni?" Inyeop datang dari belakang, memberikan mereka senyuman licik seperti musang.

Semua tercegat sekejap apabila bakal CEO muncul depan mereka, tak tahu nak formal ataupun layan separa seperti kawan dan rakan kerja.

Semua tercegat sekejap apabila bakal CEO muncul depan mereka, tak tahu nak formal ataupun layan separa seperti kawan dan rakan kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[SU] BadBoyfriend |Seonghwa ATEEZ|Where stories live. Discover now