Episode 19

187 40 11
                                    

Selepas Jiwoo keluar sahaja dari bangunan tempat kerjanya, dia rasa bersalah kerana berperangai kurang matang.

Malu dan rasa bersalah membuatkan dia terasa seperti telah derhaka dengan ayahnya.

Jiwoo tak pernah benci akan Jihoon, sebaliknya dia sayangkan ayahnya. Tapi untuk seseorang seperti Jihoon untuk dia sayang sedangkan sentiasa diabaikan oleh orang itu sendiri, agak sakit.

Jiwoo tak mahu balik ke rumah sebab abangnya kadang-kadang akan busy body kalau dia tak kerja hari ini dan ada di rumah. Jiwoo pun memang selalu balik on time ataupun lambat, tak pernah terlalu awal.

Jadi apa yang Jiwoo buat adalah...

Duduk melayan perasaannya di dalam kedai seben elebeng yang berdekatan tempat kerja. 

Di mana Hwaseong dan Karina pertama kali berjumpa.

Sampailah petang dan waktu balik dari kerja, Jiwoo hanya duduk diam dengan kepala direhatkan atas lengannya. Sudah tentu dia membeli air supaya tak malu duduk lama-lama.

Perasaan sedih, diabaikan, semuanya melanda diri Jiwoo.

Rasa sunyi.

Tanpa Jiwoo sedar, tangannya mencapai telefon samseng dan mendail nombor seseorang.

"Jiwoo-ssi? Where were you?"

Suara Seonghwa kedengaran di hujung talian.

"Sorry I didn't join you all tadi." Jiwoo memohon maaf, tidak tahu mengapa dia menelefon Seonghwa.

Tapi dia lega jejaka itu mengangkat panggilan.

"Kalau ada yang tak kena, you can talk to me about it. I'm willing to listen." Kata Seonghwa disebalik skrin telefon. Dia risau kerana Jiwoo tak kelihatan seperti individu yang akan balik awal tanpa sebab.

Suara Jiwoo juga tidak kedengaran seperti kebiasaan, ianya rendah daripada nada suara asal.

"That would be nice." Jawab Jiwoo lemah.

"I'll go to you."

"Where?" Seonghwa mengambil beg kerjanya dari meja pejabat. Dia sempat melontarkan pandangan ke luar tingkap.

Dunia akan semakin gelap.

Dari warna biru langit kepada gradien oren dan merah.

Itu  mengingatkan Seonghwa kepada harapan yang dunia ini masih lagi berbaloi untuk tingga; selagi masih bernafas.

"Seven 11." Jiwoo berkata.

Mungkin... wanita itu hanya ingin seseorang untuk dia luahkan perasaan.



___________________



Jiwoo menegakkan belakangnya sambil melihat masa di skrin, situasi ini mengingatkan dia semasa Hwaseong dan Karina berjumpa tapi dua-dua terlambat sebab tak kenal satu sama lain.

Bucu mulut Jiwoo ternaik sedikit, terhibur dengan memori itu.

Kemudian, motor hitam masuk di dalam kawasan pandangan Jiwoo.

Lelaki yang menaiki motor itu membuka helmetnya dan menunjukkan wajah Seonghwa.

Buat saat itu, Jiwoo terpaku dengan pemandangan yang dia saksikan. Burung-burung sebagai dekorasi latar belakang ditambah dengan pencahayaan yang dramatik waktu senja sebelum bertukar malam.

[SU] BadBoyfriend |Seonghwa ATEEZ|Where stories live. Discover now