Episode 18

225 47 5
                                    

Jiwoo duduk diam di dalam bilik mesyuarat, memandang meja berbentuk bujur yang panjang itu. Ramai pemegang saham dan orang atasan lain yang penting tengah berbincang tentang sesuatu yang Jiwoo tidak peduli sangat.

Jiwoo tak duduk dengan ayahnya di meja itu, dia duduk bersama setiausaha yang duduk di sudut bersandarkan dinding.

Agak bosan, tetapi kehadiran Inyeop yang bersama dengan orang berjawatan tinggi membuatkan Jiwoo sedar.

Sedar yang itu akan jadi posisinya suatu hari nanti.

Rupanya Inyeop dan Jiwoo tidak begitu jauh beza mereka.



Mesyuarat berakhir, Jiwoo segera berdiri dan  tunduk hormat. Hanya orang atasan sahaja yang tahu Jiwoo adalah pewaris. Tidak seperti orang lain ditempat kerjanya(Somi dikecualikan) ,  identiti Jiwoo sebagai anak pengarah syarikat ini tidak disebarkan. 

Itu hanya akan menimbulkan masalah.

Kini, hanya tinggal setiausaha Cha Jihoon, Jiwoo, Jihoon dan Inyeop.

Tangan Jiwoo digenggam bersama kebawah, dia ingin pergi ke arah Inyeop dan mengatakan selamat tinggal.

"Jiwoo." Panggil Jihoon secara tiba-tiba.

Tidak jadi Jiwoo hendak pergi ke tempat Inyeop yang masih duduk  di bahagian kiri meja, tidak jauh dengan ayah Jiwoo.

Jiwoo mendekati meja bujur itu dari sebelah kanan, "Yes father?"

Ayah Jiwoo mengusap tangannya bersama, seperti ada benda nak disampaikan.

"Sit, we have something to discuss."

Jiwoo mengangkat sebelah kening, bertukar pandangan diantara Inyeop dan ayahnya lalu perlahan-lahan mengambil tempat duduk yang berhadapan dengan Inyeop.

"I have a game to attend after this, so please hurry up." Jiwoo menunjuk ke luar tingkap yang besar itu, sebab di bawah sana ada pasukannya tengah sambung bersukan.

"No need. We are here to discuss your engagement with..." Jihoon menggunakan tangannya untuk menunjuk ke arah Inyeop yang tersenyum lurus.

"The heir for the BLACK company. Mr. Hwang Inyeop."

Jiwoo terdiam.

"Pardon?" 

Terkelu dengan pernyataan ayahnya itu.

Apa? Pertunangan dia dengan Inyeop?

Tidak mungkin.

 Please father...

"Cha Jiwoo, heiress of C H A company, I want to marry you. Will you accept my proposal for marriage?" Inyeop bersuara.

Jiwoo segera melihat Inyeop, keningnya berkerut dengan situasi yang terjadi secara tiba-tiba ini.

Senyuman diwajah lelaki itu membuatkan Jiwoo terasa jengkel.

Kenapa...

Kenapa

Dia tidak boleh katakan ya?

Akur dengan ayahnya?

Jiwoo selalu dan sentiasa akur dengan apa sahaja yang ayahnya rancang.

Dia tidak mahu banyak soal, drama dan bebelan daripada Jihoon.

Tapi perkahwinan? Ini sungguh melampau.

Ditambah dengan pengalaman yang dia dapat daripada ayah sendiri tentang perkahwinan yang hancur.

"Father, this is too sudden."

[SU] BadBoyfriend |Seonghwa ATEEZ|Where stories live. Discover now