0024

375 83 25
                                    

Jin, Namjoon dan Taehyung melangkah keluar dari perkarangan hospital dengan wajah yang hampa.

"Camna ni? Kat bilik Yoongi hyung pun noona tak ada..."

Namjoon mengeluh sambil mengeluarkan chewing gum daripada poket seluarnya. Dia mula mengunyah chewing gum, cuba menenangkan diri.

"Aku rasa mesti ada something yang tak kena. Noona tak pernah and tak akan hilang tiba-tiba macam ni."

"Ish kau ni Joon. Cuba jangan merepek bila bercakap tu."

Taehyung yang dari tadi hanya diam sambil melangkah ke kereta mula bersuara. Pandangannya sayu.

"Tae ada something nak bagitau... Ni cuma firasat Tae jelah tapi..."

Namjoon dan Jin memandang wajah Taehyung seraya mendengar apa yang Taehyung cuba nak sampaikan. Taehyung menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum meneruskan percakapan.

"Tadi before Kookie discharged, dia ada cakap dekat Tae. Dia kata semua ni jadi salah noona. Sebab noona suruh Jin hyung drive and tak bagi Yoongi hyung drive. Pastu dia kata noona tak cedera apa pun, kita semua je yang teruk. Lagi-lagi dia sampai tak dapat tengok dunia dah."

Jin dah terlopong, Namjoon pula dah menggaru kepala.

"Kookie cakap macam tu? Kookie?! Biar betul."

Langkah kaki terhenti. Namjoon mula menyepak batu-batu kecil yang berada di sepanjang jalan. Jin hanya mampu mengeluh seraya meraup wajahnya. Angin malam yang sejuk tak mampu nak redakan kepanasan di dalam hatinya.

"Aku rasa Kookie tu ada wayar dalam otak dia tak connect la sejak accident tu. Patutlah tadi pun dia macam tak kisah je kita risau pasal noona. Biasa dialah paling bising. Haih, camna ni sekarang? Joon tak ada idea lah nak cari noona kat mana."

"Jap, Tae. Kalau betul Kookie cakap macam tu, kenapa noona hilangkan diri? Maksud kau noona ada terdengar ke apa dia cakap?"

Jin dah bertinggung kat tengah-tengah jalan raya. Taehyung menarik Jin ke tepi. Kang sia-sia Tuhan cabut nyawa si Jin ni.

"Haah Tae rasa camtulah hyung. Sebab kek tu ada depan bilik Kookie. Tae rasa noona pergi sebab terdengar conversation kitorang."

Mata Jin mula memerah. Dia menundukkan wajahnya.

"Semua ni bukan salah noona. Ni semua salah hyung lah. Kalau hyung tak drive, baru benda ni tak jadi. Memang hyung yang patut disalahkan. Hyung pun tak sakit apa sangat. Pastu boleh lagi gelak-gelak lepas semua ni jadi. Hyung memang tak berguna..."

Namjoon yang dari tadi sepak batu-batu kat tepi jalan sampai dah takda batu terus berlari ke arah Jin dan Taehyung.

"Hyung, please lah jangan merepek camni. Tak cukup ke semua orang nak buat serabut? Hyung pun nak sama juga? Habis tu siapa je lagi kita boleh depend sekarang? Noona dah hilang, Yoongi hyung terlanyar kat atas katil tu. Kalau hyung pun give up macam ni, kat siapa kitorang adik-adik nak bergantung harapan?"

Suara esak tangis tiga beradik tu memenuhi ruang meletak kenderaan di hospital tersebut. Tiba-tiba, phone Taehyung berbunyi, memainkan lagu Butter dari kumpulan BTS.

"Angkatlah Tae, phone kau bunyi tu..."

Namjoon berkata dengan suara serak dia. Hidung dah merah-merah dah sebab menangis. Tapi masing-masing pandang arah lain. Namjoon pandang pokok, Jin bertinggung sambil tundukkan kepala, pandang jalan. Taehyung pula bersandar pada kereta sambil menghadap bangunan hospital.

"Eh? Yoongi hyung call la."

***
Yoongi POV:

"Tae... Korang kat mana ni? Boleh datang tengok hyung kejap tak..."

Aduh, sakit betul satu badan aku ni. Nak bergerak pun susah. Kalau aku tau lah seksa baring je macam ni, aku buat banyak sikit aktiviti.

"Boleh hyung. Kitorang kat luar hospital je ni. Tadi datang tengok hyung tapi hyung tidur. Jap, kitorang naik ya."

Belum sempat aku nak balas, talian dah dimatikan. Haih, bertuah punya adik.

Aku memerhatikan ruang di dalam bilik ni. Suram betul. Tak sabar nak balik rumah baring atas katil sendiri barulah best. Ni tak, dengan sakit satu badan. Aduh, kepala aku ni pun nak berdenyut cuba masa aku tidur biar aku tak rasa sakit tu.

Selang beberapa minit aku mengomel sendirian, kedengaran tapak kaki melangkah masuk ke ruang bilik aku. Wajah adik-adik aku yang sembap kelihatan.

"Hah ni dah kenapa semua muka merah-merah? Korang nangis ke?"

Taehyung dah terbatuk-batuk. Namjoon pura-pura tengok phone. Jin pula... Amboi teruk betul cover tu sampai tutup muka guna tuala yang aku gantung kat kerusi. Dia tak tau agaknya tuala tu dah lap... Aih takpalah malas aku nak cakap.

"Mana ada hyung. Sejuk la sebab tu je. Hyung okay tak? Hyung sakit ke?"

Aku tergelak kecil. Comel pula Namjoon ni bila muka dia merah macam tu.

"Tak lah hyung okay je cuma hyung pelik. Dari tadi hyung tak nampak Yun. Rindu tau tak? Dahlah tadi hyung mimpi dia cakap pelik-pelik."

"Noona.. Eh kejap, cakap pelik-pelik apa hyung?"

Ni dah kenapa panik betul muka budak-budak ni.

"Dia cakap dia sedih sebab semua benda ni jadi delat orang-orang dia sayang? Pastu dia kata dia nak pergi jauh dia suruh hyung jaga korang. Ish, menakutkan betul mimpi tu. Nasib baik mimpi je."

Taehyung, Jin dan Namjoon dah berpandangan sesama sendiri.

"Hyung yakin ke tu mimpi..?"

Jin mula menghampiri katil aku.

"Yelah... Kot? Kenapa ni cuba korang bagitau hyung. Muka masing-masing macam baru balik berperang pastu hilang orang kesayangan je."

Aku ketawa kecil. Tapi raut wajah adik-adik aku ni takda sorang pun tersenyum. Semua muram je.

"Hyung... Sebenarnya tadi Kookie ada cakap..."

***
Jin POV:

Aku dah agak dah benda ni akan jadi kalau bagitahu Yoongi hyung.

"Korang merepek apa ni? Kookie tu pahal nak cakap macam tu pasal Yun? Dia ingat takdir ni boleh senang-senang nak salah orang ke! Kalau dah Tuhan cakap benda tu nak jadi, then jadilah!"

Namjoon mengusap belakang badan Yoongi hyung perlahan. Dia faham apa Yoongi hyung rasa. Isteri dia kot. Taehyung hanga mampu menunduk memandang lantai. Aku perasan air mata dia yang nak jatuh cuba ditahan.

"Tae.. Tak tau hyung... Tae tak tau nak buat apa... Tae takut kalau apa-apa jadi dekat noona..."

Taehyung dah mula menangis teresak-esak. Terus aku peluk dia. Kesian budak Tae ni mesti banyak pressure dia kena hadap sampai menangis macam ni.

"Dah sekarang aku nak discharged. Lepas tu aku nak cari Yun."

Yoongi hyung dah berura-ura untuk bangun dari katil. Tapi Namjoon sempat tahan dia. Yoongi hyung dah meracau-racau. Aku faham dia risaukan noona. Siapa je tak?

"Hyung... Cuba hyung bertenang. Kita kena fikir solution sama-sama. Kalau hyung marah-marah macam ni apa-apa pun tak dapat tau."

Aku cuba memujuk Yoongi hyung yang dah berkaca matanya.

"Aku risaulah Jin..."

Aku mengeluh. Apa yang patut kitorang buat ni?

***
another update heheheh

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now