001

16K 1K 191
                                    

Yun POV;

"Oppa. Panggil lah budak-budak tu sini. Semua terperap dalam bilik je buat apa."

Aku memuncungkan bibir memandang Yoongi yang leka bermain dengan Haneul.

"Buat apa nak panggil dorang? Biarlah dorang. Dah besar, pandai lah nak hidup."

"Tsk, bosanlah kalau berkumpul macam ni tapi semua buat hal sendiri. Apa kata kita pergi picnic?"

Yoongi menggeleng.

"Malaslah. Nak baring sambik peluk-peluk Yun. Hehe."

Aku menjeling. Mengada tak sudah.

"Noona!!"

Jungkook merangkul leherku dari belakang. Aku ketawa.

"Aigo. Dulu Kookie kecik tak sampai paras pinggang noona pun. Sekarang tengoklah."

"Eh eh Kookie. Yang kau peluk Yun tu kenapa?"

Wajah Yoongi masam. Bibirnya dimuncungkan.

"Ala hyung ni. Dengan Kookie pun nak jealous ke? Kookie nak manja-manja dengan noona sebab dah lama tak jumpa. Rindu tau tak?"

"Noona pun rindu Kookie. Duduklah sini. Panggil yang lain. Kita main game nak?"

"Em, game apa?"

Jungkook masih merangkul leher aku seraya berbisik dengan aku. Wajah Yoongi dikerling.

Merah je muka dia. Hahahaha, apa nak jadi lah. Dengan Kookie pun nak jealous. Tak faham aku.

"Kita imbas balik kenangan masa korang kecik nak? Macam-macam noona nak cerita."

Jungkook mengganguk laju.

"Nak nak! Asso! Kejap Kookie panggil yang lain."

Sebaik sahaja Jungkook pergi, Yoongi duduk di sebelah aku. Haneul yang sibuk main dengan teddy bear dipeluk erat.

"Ni kenapa duduk sini?"

"Nak dekat dengan Yun.."

"Pergi duduk kat sofa sana tu. Ish. Banyak lagi sofa, dengan kita juga dia nak menyempit."

"Aaaa.. Yun nak yun!!!"

Dah mula dah.

"Ha yelah yelah. Duduk jelah mana-mana oppa nak. Atas Yun pun boleh."

"Em, tu dalam bilik je.. Tehee."

Aku mencubit pipinya. Ada ke cakap macam tu depan Haneul.

"Noona!!"

"Nak dengar cerita!"

Keenam-enam dongsaeng aku mula mengambil tempat. Aku ketawa melihat telatah mereka.

Tak pernah berubah.

"Noona start eh?"

Angguk.

"Eh kejap. Joon nak letak cawan ni dekat dapur."

Namjoon bangun, baru melangkah. Tanpa disedari, kakinya tersadung permaidani.

"Aaaaargh!"

"Joon!"

"Selamatkan Namjoon dia nak jatuh!"

Keputusannya?

Praang!!! Kletak!

Cawan kaca tersebut pecah berderai. Screen TV retak.

Semua orang mengganga. Namjoon yang jatuh terlungkup bangun dan tersengih. Belakang leher digaru. Matanya mengelak pandangan membunuh Yoongi.

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now