0059

2.9K 532 113
                                    

Jungkook menarik nafas sedalam-dalamnya. Matanya ditutup rapat, tangannya digenggam membentuk penumbuk. Renik peluh mula terbit pada dahinya.

Semua memandang Jungkook dengan wajah yang keliru. Kecuali Jimin. Ekspresi dia... Menggambarkan yang dia tengah sedih masa tu.

"I want everything to be back to normal.."

Sebaik sahaja Jungkook melafazkan ayat tu, pandangan aku terus gelap.

***

Chirp chirp chirp!!

Bunyi apa tu? Bisingnya!

Mata aku celik dengan kegeraman yang melampau. Burung manalah yang berdecit kuat sangat ni? Kacau tidur aku je.

Benda pertama yang menjadi pandangan aku ialah, rambut seseorang yang berwarna hijau-biru. Eh, siapa...?

Yoongi?

Sebaik sahaja aku nampak wajah Yoongi yang lena tidur, aku tergamam. Polosnya muka dia masa tidur, comel pula tu.

Tapi sekejap, apa maksud semua ni?

"Yoongi... Oppa... Irreona!"

Aku menggoyangkan badan Yoongi sekuat hati. Dia mula mengeliat dan menunjukkan tanda-tanda yang dia terganggu dengan cara aku kejut dia.

Berkerut-kerut dahi dia. Mata dia buka sebelah sambil tangan dia sibuk menggaru pipi.

"Hm.. Wae..."

"Oppa bangunlah. Oppa dah jadi dewasa balik!"

Mendengarkan kata-kata aku tu, Yoongi terus celik mata dia sebesar-besarnya. Dari baring malas, terus duduk segar. Wajah aku ditatap. Kedua belah pipi aku dipegang.

"Cheongmal? Kita tak mimpi kan? Yun cuba cubit oppa?"

Aku mengganguk. Jariku mencubit manja pipi Yoongi dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Air mata kegembiraan mula bertakung pada tubir mata.

Yoongi menarik aku ke dalam dakapannya. Tuhan, betapa aku rindukan pelukkan dia.

Belakang badan aku terasa diusap. Hangatnya haba daripada tangan dia, buatkan aku tersentuh. Aku rindu kau Yoongi.. Welcome back!

***

Proooot!!

"OHMANGAI UDARA!!!"

Jeritan Hoseok menguasai segenap ruang bilik tidur tu. Hoseok kelam-kabut berlari ke arah tingkap dan membuka tingakap seluas-luasnya. Tercungap-cungap dia cuba mencari nafas.

"Hah... Hah.... Tak guna siapa yang lepaskan bom ni!"

Hoseok mengetap bibir, geram. Setelah dia rasakan dia dapat bernafas dengan normal dan bau yang macam dekat loji tu hilang, dia pun berpusing menghadap ke arah katil.

Sekujur tubuh milik Taehyung tengah berbungkus bahagia dalam selimut. Atas lengan dia ada kepala Jungkook yang lena tidur. Siap peluk Taehyung lagi.

"Pergh ni sah sah Tae punya kentut. Neraka betul... Boleh pula si biskut ni tidur siap peluk-peluk dia? Share satu selimut pula tu. Hidung tersumbat ke apa budak ni.."

Hoseok masih meneruskan bebelannya seraya menggeleng. Dia kembali menghadap tingkap dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Seketika cuma dia berasa tenang, bila dia teringat sesuatu.

"Kejap.. Macam mana aku boleh sampai nak buka tingkap ni tanpa panjat kerusi..?"

Musykil, Hoseok menghalakan figuranya pada cermin meja solek. Dia kaku memandang biasan imejnya.

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now