005

2.7K 348 72
                                    

Jungkook berlari keluar dari cafe menuju ke kereta Jin. Dengan nafas yang tercungap-cungap, dia membuka pintu kereta dan mencapai sebuah buku yang dibalut cantik menggunakan wrapping paper dan diikat reben. Jungkook tersenyum sendirian sebelum kembali berlari ke dalam cafe.

"Kau pergi mana ni Kookie oi dahlah customer ramai ni."

Jin membebel sebaik sahaja wajah Jungkook terpacul di dapur. Jungkook masih tersenyum.

"Hyung, cuba hyung tengok kat meja hujung tu. Hyung nampak apa?"

Jin mengerutkan dahinya. Tangannya ligat membancuh coffee tapi matanya memandang ke arah yang ditunjukkan Jungkook.

"Nampak. Yeoja yang pakai baju jeans tu eh?"

Jungkook mengganguk.

"Tu bidadari lah hyung bukan yeoja. Teehee."

"Ish kau ni daripada kau mengarut tu apa kata kau tolong serve coffee ni semua."

Jungkook mencebik

"Hyung ni tak pernah kisahkan perasaan Kookie ish! Tu crush Kookie dari tadika tau tak?"

"Ha, Sarang tu ke?"

Jin terngangga. Jungkook mengganguk gembira.

"Kookie perasan setiap hari Rabu dia mesti datang sini. Sebab tu Kookie prepare hadiah nak bagi dia."

Dengan muka bangga, Jungkook menayangkan buku yang dah dibalut tu pada Jin. Jin mula ketawa macam nak gila.

"Ada ke nak tackle yeoja bagi hadiah buku? Aigo, you're still a kid lah Kookie."

Jin mengusap kepala Jungkook menyebabkan Jungkook menjeling geram dan menepis tangan Jin.

"Sarang tu asyik tulis dekat buku lah sebab tulah Kookie nak bagi hadiah ni kat dia. Ish hyung ni tak tahu apa-apa dah judge orang. Dahlah, tepi!"

Jungkook menolak Jin yang masih ketawa. Dia melangkah ke arah Yoon Sarang dengan wajah yang gementar tetapi masih dihiasi senyuman. Sebelah tangannya memegang buku tersebut dan sebelah lagi membawa coffee yang telah siap dibancuh.

Semakin langkahnya hampir, semakin kuat jantungnya berdegup.

"Em... Anneyong.."

Sarang memandang wajah Jungkook dengan seribu persoalan.

***

"Huargh!!! Stressnya aku!! Nak lari dari sini!!"

Terkocoh-kocoh Namjoon berlari ke arah bilik Yoongi.

"Eh hyung ni kena sampuk setan mana menjerit macam orang gila? Banyak pula energy hyung hari ni."

Yoongi meletakkan kepalanya ke atas meja. Matanya tertutup dan dia menggumam dengan payahnya.

"Hyung dah give up dengan hidup. Please bagi hyung jadi batu. Tak ada kerja. Dapat static je kat satu tempat."

"Apalah jadi batu kalau kena sepak sesia je hidup."

Namjoon menggeleng melihat telatah hyungnya tu. Dah tua tapi mengada.

"Joon dah cakap dengan Kookie belum pasal syarikat ni? Hyung dah separuh nyawa ni."

"Dah cakap dah.. Tapi Kookie macam teragak-agak."

"Kenapa pula?"

"Dia kata dia tak tahu macam mana nak handle syarikat so dia takut bankrupt ke apa nanti. Plus, dia lagi selesa kerja dekat cafe tu."

"Hadoh kenit ni. Sampai bila nak kerja dekat cafe tak membawa apa-apa tu. Dahlah Jin kuat membebel."

Yoongi mengangkat kepalanya. Kali ni, dia menongkat dagu pula.

"Ala hyung, maybe sebab Joon yang cakap kot. Cuba hyung pula try cakap dengan dia kot dia dengar?"

"Fyi, Kookie tu lagi dengar cakap semua orang kecuali hyung ni."

Namjoon menggaru kepalanya.

"Kalau gitu, minta noona jelah pujuk dia. Mesti jalan punya!"

Mata Yoongi mula bersinar. Harapan penuh berkelipan.

***

"1,2,3 smile!!"

Taehyung tersenyum petak melihat hasil gambar yang diambil.

"Yang kau suruh pokok tu senyum dah kenapa?"

Jihoon menepuk bahu Taehyung yang masih tersenyum sambil meneruskan kerjanya mengambil gambar.

"Kalau aku suruh pokok tu senyum, barulah gambar ni cantik. Ni tak, asyik masam je hahaha."

Menggeleng Jihoon dibuatnya.

"Makin lama aku kerja dengan kau ni makin sewel aku jadinya. Haih, nasib baik kau buat kerja bagus kalau tak memang aku minta tukar partner dah."

Taehyung mengendahkan kata-kata Jihoon seraya mengejar seekor rama-rama yang terbang melintasinya.

"K Tae K aku ingat kau ignore aku!"

Jihoon mencebik seraya mengejar langkah Taehyung.

***

Jimin menyikat rambut Haneul seraya tersenyum manja. Pipi gebu Haneul dicium sebelum dia mendukung Haneul turun ke bawah.

"Comel adik oppa ni!"

Sambil dia memuji budak tu, sambil dia turun tangga. Menggeleng Yun dibuatnya.

"Chim turun tangga tu tengok bawah nanti terjatuh ha comel tak comel Haneul tu."

"Hehehe, mian noona. Haneul memang comel!"

Mata bundar Haneul ligat memandang Jimin dengan senyuman terukir di bibirnya. Giginya yang baru tumbuh tiga kelihatan bila dia ketawa.

"Amboi sukanya dia bila Chim oppa dia dukung. Ish, ish anak omma ni pandai eh! Dah jom kita pergi beli barang."

Yun melangkah keluar dari rumah diikuti Jimin yang masih mendukung Haneul. Pintu dikunci, enjin kereta dihidupkan. Jimin duduk di sebelah Yun seraya menyuap Haneul biskut.

"Sedap ye? Alalala comel ni."

Sejuk hati Yun tengok budak dua orang ni. Teringat pula zaman zaman dia kena jaga tujuh orang budak yang banyak ragam. Sekarang tinggal dua je.

Tak semena-mena, air mata mula bertakung pada tubir mata Yun. Cepat-cepat dia menyeka air mata tu sebelum Jimin nampak. Nanti banyak pula soalan dia.

"Noona, kita nak pergi beli barang kat Bighit shop eh?"

Yun hanya mengganguk dan fokus pada pemanduannya. Jimin kembali melayan telatah Haneul.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di kedai tersebut. Yun meletakkan Haneul di atas troli dan Jimin berjalan mengiringinya.

"Noona, kalau Chim nak biskut bear ni boleh?"

"Boleh sayang. Ambik je apa Chim nak okay letak dalam troli ni."

"Asso!!"

Jimin tersenyum gembira seraya terlompat-lompat.

"Chim, noona nak pergi bahagian sayur kejap. Chim tengokla chocolate, biskut ni semua eh. Pegang troli ni. Tengok-tengokkan Haneul sama."

"Eh nape Chim takleh ikut noona?"

"Nampak tak semua ahjumma tengah gila tu berebut sayur tengah ada sale? Kalau kecik-kecik macam awak berdua ni menyelit habislah kena penyek."

Jimin dah buat muka horror. Laju je dia angguk bila tengok keadaan yang Yun sebut tu.

"Arasseo noona. Chim jaga Haneul sambil cari biskut."

"Good boy, kejap lagi noona dtg balik okay?"

Jimin mengganguk seraya meneruskan aktivitinya dan Yun berlari ke arah sayur. Haneul hanya memandang kedua orang yang dikenalinya tu dengan galak sebab tak faham apa.

ada org request kita buat ff yun dengan yoongi, korang nak ke?

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now