0019

1.4K 222 46
                                    

Yun pov:

Aku tak boleh duduk diam. Kejap berjalan ke kiri, kejap ke kanan. Otak aku turut ligat berfikir. Perasaan risau menguasai diri aku.

"Noona... Duduk dulu."

Aku terhenti seketika, memandang Jin yang dah menepuk-nepuk kerusi disebelahnya. Kemudian aku menggeleng.

"Haih, noona jangan lah macam ni. Kitorang pun risau. Tapi Jin yakin, Yoongi hyung kan kuat.. Dia mesti tak ada apa-apa tu."

Namjoon yang dari tadi hanya sepi memandang ke luar tingkap, turut mengganguk. Hoseok menepuk-nepuk bahuku, memberi kekuatan.

Semua mata memandang ke arah pintu, seorang doktor yang memakai mask menghampiri kitorang. Aku tak taulah dia senyum ke cembeng ke sebab dia pakai mask. Mata dia sepet je.

Jantung aku berdegup laju. Tuhan.. Tolonglah Yoongi tak apa-apa..

"Puan Min?"

Aku mengganguk. Doktor tu menanggalkan mask di wajahnya seraya mengeluh berat.

"Selepas operation semalam, Encik Min berada dalam keadaan stabil. Pendarahan yang berlaku dekat bahagian otak dia dah berhenti. Tapi... Kami belum dapat kenal pasti apa puncanya pendarahan tu berlaku semula. Ni kes yang agak jarang berlaku."

Aku mendengar dengan teliti setiap bait perkataan yang keluar dari mulut doktor tu.

"Kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan Encik Min. Sekarang ni, kerja Tuhan untuk menentukan segalanya. Saya doakan Encik Min kuat untuk melawan penyakit ni. Semoga semuanya baik-baik sahaja.."

Hampir jatuh terduduk aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut doktort tu. Apa dia cakap ni? Takkan lah Yoongi punya harapan untuk hidup tipis?

"Saya kurang faham.. Boleh tak doktor bagitahu saya kemungkinan yang bakal menimpa abang saya tu?"

Jin akhirnya bersuara dengan nada yang risau.

"Peluang untuk Encik Min survive hanyalah 50-50.. Semuanya bergantung pada kekuatan diri dia. Sebab penyakit ni menjangkiti bahagian otak dia."

Aku hanya mampu memandang kosong wajah doktor tu. Tanganku erat menggengam tangan Hoseok disebelah.

"Kita akan hilang Yoongi hyung ke..?"

Kata-kata Namjoon terbiar sepi.

***

Murung. Sunyi.

Ya, itulah keadaan di dalam bilik ni sekarang. Semua mata hanya mampu memandang wajah Yoongi yang terlantar di atas katil. Pucat. Tetapi dia seakan-akan tenang. Macam tengah tidur, walhal aku tau dia sedang melawan kesakitan.

"Noona, kita tak boleh buat apa-apa ke untuk tolong Yoongi hyung?"

Suara kecil Jimin memecahkan sunyi. Aku memangku Jimin seraya mengusap kepalanya. Lengannya yang masih tercucuk jarum, disambungkan dengan tiub air aku usap perlahan.

"Boleh. Kita boleh doa supaya Yoongi hyung selamat.."

Taehyung menjawab. Dia duduk disebelah aku dengan tangannya berbalut. Budak dua orang ni datang melawat Yoongi dari bilik dorang. Masing-masing belum sihat lagi.

Jungkook pula masih dalam bilik rawatan. Hoseok, Jin dan Namjoon teman dia untuk buka balutan di matanya.

Aku sedih.. Sebab aku tak dapat nak teman Jungkook. Yoongi juga perlukan aku sekarang ni. Kalau boleh belahkan badan aku sekarang ni, aku dah buat dah..

Air mata yang mengalir lesu dipipi aku biarkan. Tubuh Jimin aku peluk erat. Kepalaku disandarkan pada bahu Taehyung.

"Kenapa Tuhan uji noona sebegini berat Tae?"

Aku tak mendapat apa-apa jawapan dari Taehyung. Cuma esak tangisnya turut kedengaran..

***
Namjoon pov:

Aku memandang Jin hyung menolak Jungkook yang duduk di atas kerusi roda. Masing-masing hanya membisu. Hoseok pula setia menggengam tangan Jungkook sementara aku mengeluh sendiri.

"Hyung.. Kalau Kookie betul-betul buta, hyung sayang dekat Kookie lagi tak?"

Sumpah aku rasa nak tapak muka budak ni sekarang bila aku dengar soalan dia tu.

"Kookie cakap apa ni? Jangan mengarut boleh tak? Kookie lumpuh satu badan pun, hyung akan sayang Kookie tau tak!"

Jin hyung dah menjawab. Geram lah tu dia. Aku pun geram je dengar.

"Bukan Jin hyung je, kitorang semua sayang Kookie walau macam mana pun, faham tak?"

Hoseok pula menjawab. Kepala Jungkook diusap.

"Yelah Kookie. Kau cakap macam tu lagi hyung humban kau dalam sungai nak?"

Jungkook ketawa kecil. Betapa leganya aku nampak budak kecik tu akhirnya tersenyum. Walaupun hambar.

"Sanggup ke hyung nak humban Kookie dalam sungai?"

"Mestilah tak!"

Ketiga-tiga kitorang menjawab serentak sebelum kitorang ketawa. Haih, lama dah aku tak dengar dorang ni gelak.

"Tapi kan hyung, Kookie harap Kookie masih boleh melihat. Hehe, tak tau kenapa Kookie rasa, Kookie okay je."

Aku mengganguk-angguk, aku pun harap macam tu Kookie.

Sampai je dekat depan bilik doktor ni, ada nurse yang menyambut kitorang dengan senyuman.

"Jeon Jungkook."

Jin menunjuk pada Jungkook. Nurse tadi mengganguk dan membuat panggilan. Beberapa minit lepas tu, kitorang dipanggil masuk.

"Kami boleh masuk tengok kan nurse?"

Nurse tadi mengganguk. Kalau dia cakap tak boleh pun aku akan langgar masuk juga. Hoseok tanya tu saja je nak berbudi bahasa budaya kita.

"Encik Jeon?"

Aku mengganguk. Jin hyung dan Hoseok membantu Jungkook untuk duduk di atas katil.

"Baiklah, saya buka balutan Encik Jeon sekarang ya."

Doktor tadi perlahan-lahan membuka balutan pada mata Jungkook. Aku punya berdebar sampai nak terkeluar jantung aku.

Jungkook menggengam erat tangan aku.

Sebaik sahaja matanya kelihatan, air mata aku automatik jatuh membasahi pipi. Kesiannya aku tengok dia.. Kesan pembedahan pada mata dia sangat jelas dengan kesan luka dikeliling mata dia.

Haih, aku hanya mampu mengeluh seraya menahan tangis.

"Hyung.. Kookie sakit..."

Jungkook merintih perlahan tatkala doktor tadi menyuruh Jungkook untuk cuba membuka matanya.

"Slow slow Kookie. Jangan paksa.."

Jin hyung pula cuba menenangkan adik kitorang ni. Masing masing dah berjuraian air mata dah. Hilang dah macho semuanya.

Lama keadaan jeda. Masing-masing hanya memerhatikan usaha Jungkook untuk membuka matanya. Setelah beberapa ketika semuanya hanya kaku, akhirnya Jungkook berjaya membuka matanya.

Semua mengucapkan syukur yang tak terhingga. Doktor tadi turut tersenyum seraya mengambil lampu suluh kecil dan memeriksa mata Jungkook.

"Encik ada nampak cahaya tak?"

Wajah Jungkook bertukar muram.

"Kookie tak nampak cahaya..."

Doktor tadi memandang kami seraya menggeleng.

Aku kelu.

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now