0033

4.7K 626 335
                                    

Laman yang biasanya sunyi, hari ni riuh-rendah dibuatnya.

"Tae! Boleh tak kau jangan tolak-tolak aku?"

"Yah!!! Yoongi kenapa kau pijak istana aku!"

"Ish, korang ni tak boleh diam ke?"

"Omo! Kookie terlupa something!"

Dalam banyak-banyak jeritan, jeritan Jungkook mendapat perhatian semua orang.

"Lupa apa?"

Aku bertanya seraya bertinggung di sebelah Jungkook yang turut bertinggung. Tangan kananya memegang cangkul. Wajahnya memerah kerana matahari yang memancar. Dahinya dipenuhi renik-renik peluh.

"Nak tanam serpihan gigi."

Aku mengetuk dahi.

Kookie, aku kalah dengan tak boleh move on kau ni.

"Mana boleh tanam, dah hilang dah pun benda tu."

Yoongi menyampuk.

"Entahnya, semua sebab Joon lah. Elok-elok ada rupa gigi separuh, terus jadi habuk."

Hoseok yang leka menyiram pokok bunga turut menyampuk. Namjoon hanya mampu mencebik seraya meneruskan kerjanya.

Cabut rumput.

Jin kata..

"Ha, Joon kau cabut rumput. Karang kalau kau buat benda lain, jahanam."

Namjoon hanya mampu merungut dalam diam. Habis rumput yang dicabut tu dah tak rupa rumput dah.

Aku kembali melangkah ke bahagian stor. Mataku mengerling pada Jimin yang leka buat istana pasir- Eh tak istana tanah. Budak ni, lain aku suruh buat, lain dia buat.

"Noona, tengok ni. Cantik kan Chim buat?"

Jimin berlari ke arah aku dengan muka excited dia. Aku mengusap kepalanya seraya tersenyum.

"Cantik, pandai Chim bina. Tapi rasanya noona suruh Chim buat benda lain."

Jimin tersenyum malu. Wajahnya disorokkan di balik kedua belah tapak tangannya.

"Mianhe noona, Chim dah lama nak bina istana macam ni. Chim selalu tengok kat dalam TV orang buat kat tepi laut."

"Chim nak pergi laut ke?"

Mata Jimin yang sepet membesar. Mulutnya tergangga menampakkan giginya yang putih bersusun.

"Nak, nak!! Nak Chim nak pergi."

Jimin dah menari-menari mengelilingi istana tanah yang dibinanya. Rambut dia yang dah panjang sikit tu ditolak ke belakang.

"Pergi mana? Chim nak pergi mana?"

Hoseok yang terdengar Jimin menyanyi riang, siap menari lagi. Terus curious tengok Jimin macam tu.

"Pergi laut!"

Taehyung yang mendengar perkataan laut, terus campak katak yang dia baru jumpa tadi. Habis diulinya katak tu dalam tanah.

Katak, bersyukurlah Taehyung dah lupakan kau.

"Nak pergi mana? Bi t ch?"

Namjoon hampir-hampir tersedak rumput yang dipegang. Aku menggeleng seraya ketawa.

"Beach lah Tae! Ish kau ni jangan main sebut je kalau tak tahu."

Namjoon mengetuk kepala Taehyung.

"OMO KEPALA AKU DAH PECAH AAA ANDWE!"

Taehyung terduduk dengan kaki terjelepok. Air matanya mengalir laju. Tangannya memegang kepala.

Seketika suasana sunyi. Namjoon hanya terkaku berdiri di sebelah Taehyung.

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now