0013

1.4K 218 31
                                    

Nafasku berat. Aku tak boleh nak bernafas. Mata yang terasa bagaikan digam, aku cuba buka perlahan-lahan.

Tuhan.. Dugaan apa pula kali ni..

Pandangan aku gelap. Aku tak dapat nampak apa-apa. Aku cuba untuk bernafas. Sempit. Dada aku terasa bagaikan ada benda yang menghimpit.

Kesakitan yang aku rasai sekarang ni, satu badan. Semuanya sakit. Rasa macam kena bius. Tak boleh nak bergerak.

"Hyung.. Noona.. Ada orang tak?"

Aku mencuba nasib. Memanggil nama-nama yang aku sayang dengan suara yang perlahan. Mengumpul segala tenaga yang aku ada untuk bercakap. Nak bergerak? Memang tak mampu. Aku rasa macam ada tulang yang patah.

Sunyi. Aku tak dapat dengar bunyi apa-apa selain nafas aku sendiri. Aku mengeluh. Sungguh aku dah redha kalau aku tak dapat selamat sekarang ni. Aku tak mampu nak buat apa-apa...

***

Taehyung pov:

What the.... Apa benda yang cucuk tangan aku ni? Sakit gila.

Aku cuba untuk duduk. Kesakitan yang menimpa tangan aku sekarang ni memang tak boleh nak bawa bincang. Aku rasa macam nak cabut je tangan ni kasi hilang rasa sakit ni.

Aku berjaya duduk dengan segala tenaga yang bersisa. Kepala aku terasa berpusing. Sebaik sahaja aku pandang tangan aku, aku menjerit histeria.

"Shhhh!!!!! Patutlah sakit."

Aku mengerang kesakitan tatkala cuba untuk mencabut serpihan tingkap yang tercucuk pada tangan aku.

Bukannya kecik tau, besar. Aku hanya mampu memandang tangan aku yang dah terkoyak, darah mengalir macam air paip.

Aku mengetap bibir. Menarik nafas.

Patut ke aku cabut sendiri atau pergi hospital?

Baru aku tersedar. Aku dekat mana ni? Mana hyung, noona? Saeng aku semua mana?

Mataku melilau memandang sekeliling. Gelap. Kegelapan menyapa pandanganku. Aku cuba untuk berdiri. Nasib baik.. Kaki aku tak apa-apa.

Aku mengeluh panjang tatkala melihatkan senario yang terbentang dihadapan mata aku. Kereta yang dipandu Jin hyung tadi dah terbalik. Bahagian pintu dan tingkap yang dah tercabut terpelanting merata tempat. Aku meraba kocek seluarku, cuba mencari telefon.

Jumpa. Nasib baik tak pecah ke apa. Cepat-cepat aku buka torch.

"Hyung... Noona? Chim? Kookie?"

Aku mencuba nasib. Tiba-tiba aku terdengar suara budak menangis.

Haneul!!

Kelam-kabut aku cari mana arah tangisan tu. Nak tercabut jantung aku bila nampak noona yang dah peluk Haneul, terhempap oleh pintu kereta.

"Oh god, noona! Haneul!"

Aku bergegas ke arah mereka dan cuba sedaya-upaya untuk angkat pintu tu daripada menghempap noona. Gigih jugalah dengan sebelah tangan.

"Noona.. Gwenchana?"

Aku hanya dengar noona menggumam. Lantas aku mendukung Haneul dengan sebelah tangan. Pintu tadi dicampak ke tepi. Aku membantu noona untuk cuba duduk.

"Tae.. Tae... Yoongi... Tolong dia Tae..."

Noona dah menangis. Sumpah aku sedih sekarang ni tengok keadaan dia dengan muka yang dah bengkak, dahi dia berdarah.

"Arasso, noona duduk sini, Tae call ambulance kejap. Pegang Haneul. Tae cuba kumpulkan semua."

Noona hanya mengganguk dengan deraian air mata. Aku mengeluh lagi. Kepala aku ligat memikirkan apa yang baru jadi.

Memori aku terhenti bila aku tidur dalam kereta tadi. Bangun-bangun je dah sakit macam ni. Skrin telefon aku pandang. Nombor ambulance didail. Aku tak tahu kat mana aku berada.

Nasib baik, orang yang jawab call tu dia boleh detect kalau aku buka location. Selesai minta bantuan, aku cuba meredah lalang-lalang yang menggangu pencarian aku.

Apa bendalah yang jadi ni. Sumpah aku serabut. Kalau betul pun kitorang accident, kenapa tak ada orang langsung yang datang tolong?

Tengah aku serabut tu, aku terdengar bunyi orang bernafas. Puas aku suluh, aku tak jumpa.

Akhirnya, aku jumpa. Pilu hati aku. Rasa macam kena cucuk dengan pisau.

Jimin, memeluk tubuh. Kepalanya ditekapkan pada lutut.

"Chim!!"

Sebaik sahaja Jimin mendengar suara aku, terus dia angkat muka dia. Merah, penuh dengan air mata. Aku terus berlari ke arah dia dan peluk dia.

"Shh.. Gwenchana, hyung ada.."

Tangisan Jimin makin kuat. Tangannya erat memeluk aku.

"Hyung.. Chim takut... Perut Chim sakit..."

Aku merenggangkan pelukan sebaik sahaja mendengarkan kata-kata Jimin. Aku check satu badan dia sebelum perasan ada kesan darah pada baju dia.

Banyak. Dah masih basah.

"Chim baring kejap hyung nak tengok perut."

Jimin hanya menurut dengan linangan air mata. Aku hanya mampu melepaskan keluhan demi keluhan.

Perut Jimin yang kecil tu dah berdarah teruk. Tak tahu apa puncanya. Aku terus koyakkan sikit kain baju aku, dan tekan pada perut dia. Cuba untuk tangguhkan darah tu daripada terus keluar. Sakit budak tu dibuatnya.

"Chim, hyung nak dukung Chim ni bawa Chim kat noona. Nanti Chim duduk je situ okay? Tunggu ambulance sampai. Chim kena kuat tau, tahan sikit sakit tu. Kita semua kena kuat."

Aku memandang tepat ke dalam mata Jimin. Dia mengganguk, tangannya kuat menggengam tangan aku.

"Hyung.. Angkat Chim pelan-pelan. Perut Chim sakit sangat..."

Aku pula mengganguk. Dengan sebelah tangan ni, aku tak taulah aku mampu ke nak angkat Jimin tanpa buatkan dia rasa sakit.

Setelah bersusah-payah, aku berjaya mengangkatnya. Jimin mengerang kesakitan.

"Sabar Chim sabar kejap kita dah nak sampai dah kat noona."

Aku berbisik pada Jimin yang makin kuat meraung. Haih, nak suruh dia tahan macam mana, dah budak kalau sakit memang menangis lah dia.

Sampai je kat noona, aku nampak ada dua figura yang sangat aku kenal duduk disampaing noona. Namjoon hyung dan Hoseok hyung.

Haneul berada dalam dakapan Hoseok. Sebaik sahaja sampai dekat dorang, aku letakkan Jimin pada pangkuan noona.

Makin kuat tangisan noona dibuatnya bila tengok Jimin.

"Tae.. Kau okay tak?"

Namjoon hyung menyoal aku. Dia nampak baik-baik saja.

"Okay je hyung. Tangan ni je ha tercucuk serpihan tingkap. Hyung okay tak? Hoseok hyung?"

Kedua-duanya hanya mengganguk.

"Kitorang cedera ringan je ni. Nasib baik..."

Aku melepaskan nafas lega.

"Tae dah call ambulance. Kejap lagi sampai lah tu. Hyung tolong tengokkan Chim sama tau. Tae nak cari Jin hyung, Yoongi hyung dengan Kookie."

Hoseok hyung mengganguk, sementara Namjoon hyung berdiri dan menepuk bahu aku.

"Hyung ikut kau. Jom."

Aku menggeleng.

"Tak payah hyung. Hyung tunggu sini temankan dorang. Tae okay."

"Dengar ni Tae, Hoseok kena dukung Haneul, noona kena pangku Chim. Hyung nak buat apa je kalau kat sini? Takkan hyung nak biar kau sosorang, dengan tangan macam tu.. Karang pape buruk jadi, hyung takkan maafkan diri hyung."

Aku mengalah, lalu memandang Namjoon hyung sebelum tersenyum.

"Gomawo, hyung.."

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now