0049

3.1K 466 82
                                    

Jin POV:

Gosh, kebulurnya...

Bila dorang nak sudah main benda hijau ni? Bukannya best pun.

"Jinnie, pergi beli makanan sikit alas perut dulu. Tulah, noona suruh makan sebelum keluar hotel tadi, tak nak. Excited sangat."

Aku hanya mampu memuncung sambil buat muka kesian dekat noona. Menggeleng noona dibuatnya. Duit yang dihulur oleh noona aku capai.

"Jinnie bawa Kookie tengok makanan kejap eh noona?"

Noona mengganguk. Hoseok yang berada atas pangkuan noona aku pandang seraya menggamitnya untuk ikut aku. Tapi dia menggeleng.

"Hoseok nak duduk dengan noona. Jinnie pergilah dengan Kookie."

Aku mencapai tangan Jungkook yang muka dia clueless habis. Tak faham apa yang tengah jadi agaknya sebab masa noona cakap suruh aku beli makanan tu, dia leka tengok yang lain naik benda hijau tu.

"Kita nak pergi mana ni Jinnie?"

Jungkook genggam tangan aku. Takut hilang lah tu. Dah lah ramai orang, kalau budak ni hilang jenuh nak mencari.

"Cari makanan. Jinnie laparlah. Kookie tak lapar ke? Bosan tunggu dorang main."

Mata Jungkook terus melilau cari kedai makanan. Dengan kasut berbunyi dia tu. Haih, sabar jelah dengan kecomelan budak ni.

"Lapar. Kookie jarang kenyang. Kalau kenyang pun lima minit je lepas tu mesti lapar balik."

Jungkook menarik nafas sebelum menyambung kata-kata.

"Tulah Kookie pelik. Apalah yang Joonie suka sangat dengan benda hijau tu. Dahlah muka dia menakutkan, ei macam Taetae."

Ketawa aku meletus. Terbayang muka Taehyung jadi hijau. Sebiji macam alien.

"Ish, tak baiklah Kookie ni cakap macam tu, hahahaha."

Walaupun aku rasa nak setuju dengan apa Jungkook cakap tadi, aku kenalah nasihat dia sebagai abang. Ecececeh.

"Jinnie! Marshmallow!!"

Genggaman pada tangan aku dilepaskan. Jungkook dah berlari ke arah kedai yang berwarna serba pink dengan corak marshmallow pada pintu depan dia.

Cantiknya kedai ni...

"Kookie! Tunggulah Jinnie."

Jungkook yang dah excited semacam tu terjenguk-jenguk kedai tu daripada luar. Dah macam budak sesat aku tengok.

"Jinnie cepatlah! Kookie nampak banyak marshmallow dengan chocolate. Sedapnya!"

Aku melajukan langkah dan memimpin tangah Jungkook untuk masuk kedai tu. Wanginya, bau chocolate!

Pelbagai jenis marshmallow berderet kiri kanan kedai tu. Daripada yang kecik macm semut sampailah yang besar macam kaki Jungkook.

Dekat tengah-tengah kedai tu ada tiga chocolate fountain. Satu pink, chocolate dan putih. Aku syak mesti perisa chocolate, strawberry dan vanilla.

"Welcome to World of Marshmallow! Adik cari apa?"

Tegur satu suara daripada belakang aku. Haih, soalan dia ni memang tak logik lah. Takkan aku cari baju pula kalau masuk kedai marshmallow?

Aku memusingkan badan dan memandang dia. Jungkook dah lama hilang dalam dunia dia sendiri sambil tengok chocolate fountain tu.

"Nak marshmallow!"

Aku bagi jawapan budak-budak. Yeoja tu dah tersenyum senget dekat sambil pimpin tangan aku dekat dengan dereta marshmallow.

"Nama siapa?"

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now