0056

3K 537 34
                                    

"Mana semua orang?"

Jimin cuba untuk mencelikkan matanya yang terasa berat. Wajahnya diraup beberapa kali sebelum dia menguap luas. Dia melihat sekelilingnya. Membuatkan dia terpinga-pinga.

"Uik, aku kat mana ni? Kenapa semuanya putih?"

Jimin bangun dari duduknya, dan mula melangkah ke hadapan. Entahlah, dia sendiri tak pasti sama ada tu depan atau belakang, atau kiri kanan dia. Sebab semuanya putih.

"Aku dah mati ke?"

Wajahnya bertukar panik. Langkah kakinya dilajukan. Semakin lama, semakin laju. Jimin mula berlari ke segenap ruang putih yang aneh tu.

"Noona!! Noona!!! Tolong Chim!!"

Jimin menjerit sekuat hati. Renik peluh mula terbit pada dahinya. Wajahnya memerah. Matanya meliar melihat keadaan tempat serba putih tersebut.

Lebih kurang dua puluh minit dia berlari, Jimin akhirnya duduk. Termengah-mengah mencari nafas. Kepenatan setelah berlari tak henti-henti, ditambah dengan jeritan yang berterusan.

Jimin memeluk lutut. Wajahnya disembamkan pada kakinya. Dia menangis. Terlalu takut. Dia rasakan dia keseorangan. Sunyi, tanpa sesiapa di sisinya.

Ruangan putih itu hanya terisi dengan bunyi tangisan Jimin. Sehinggalah, Jimin terdengar bunyi tapak kaki..

Perlahan-lahan menghampirinya daripada belakang. Bibirnya terkumat-kamit cuba menenangkan diri dan cuba untuk tak menoleh, walaupun perasaan ingin tahunya sungguh kuat ketika itu.

"Jangan pusing... Jangan... Jangan..."

Berulang-ulang kali Jimin menyebut perkataan tu. Sehinggalah, ada satu suara yang memanggil namanya.

"Chimchim? Ni Kookielah."

Sebaik sahaja mendengarkan suara dan nama itu, Jimin terus berpaling ke belakang. Ternyata benar, figura Jungkook yang tinggi menjadi pemandangannya. Jimin hanya kaku.

Jungkook menghulurkan tangannya pada Jimin seraya tersenyum.

"Kookie je yang boleh tamatkan semua ni. Tapi.. Kookie takkan sedar sampailah ada orang sedarkan Kookie. Chim boleh tolong Kookie?"

Jimin masih kaku. Dia hanya memandang wajah Jungkook.

"Kita kat mana ni Kookie?"

Tanpa menjawab permintaan Jungkook, Jimin mengajukan soalan pada Jungkook pula.

"Kita dalam mimpi. Mimpi Kookie, nilah yang Kookie katakan pada Chim. Mimpi yang sangat pelik..."

Jungkook mula bertinggung berhadapan Jimin.

"Apa maksud Kookie, Chim kena sedarkan Kookie?"

Jungkook hanya tersenyum.

"Kookie, jawablah! Chim tak faham apa semua ni?"

"Kookie tak boleh bagitahu.. Sebab Kookie dah buat salah dengan buat permintaan yang memerangkap kita semua. Chim, dengar ni..."

Jungkook memegang kedua-dua belah pipi Jimin.

"Kalau Chim tak sedarkan Kookie dalam masa dua puluh empat jam.. Kita semua akan jadi budak-budak sampai bila-bila.. Cuma jiwa kita je yang dewasa. Jadi Kookie perlukan bantuan Chim.."

Dahi Jimin mula berkerut. Seakan-akan cuba memproses kata-kata Jungkook.

"Kenapa dua puluh empat jam? Apa maksud Kookie budak-budak? Chim betul-betul tak faham."

Jungkook mengeluh. Matanya ditutup, bibirnya diketap. Geram pula dia dengan Jimin yang banyak tanya ni. Kaki dia dah sakit tu bertinggung.

"Sebab noona dengan yang lain dah jumpa buku tu. Masa dah mula dikira.. Baik Chim cepat kalau nak kita semua jadi normal. Okay? Kookie kena pergi. Masa Kookie dekat sini tak banyak. Kookie minta tolong Chim ya? Hanya Chim yang dapat kembalikan semuanya pada normal."

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now