Tuan Arasy | 11

1.3K 62 3
                                    

"My worst fear is losing you."

"Sampai bila Manda nak kerja dengan ibu? Manda tak nak berdikari ke?" Pertanyaan dari Puan Maryani bagaikan angin yang menyapa telinga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sampai bila Manda nak kerja dengan ibu? Manda tak nak berdikari ke?" Pertanyaan dari Puan Maryani bagaikan angin yang menyapa telinga.

Amanda langsung tidak mengendahkan soalan ibunya. Dia suka bekerja di Café Puan Maryani. Buat apa dia nak susah-susah mencari kerja?

"Amanda..." Seru Puan Maryani sebaik sahaja melihat wajah toya yang ditayangkan anak tirinya itu. Saat ini dia dan Amanda bersarapan di sebuah restoran mewah di ibu kota. Puan Sri Hasnawati pula tidak ikut serta kerana mempunyai kerja yang tidak boleh dielakkan di butiknya.

"Manda suka kerja dengan ibu." Jawab Amanda pendek.

Puan Maryani mengeluh kecil. Amanda yang sedang beriak manja dipandang dengan keluhan.

"Papa cakap kalau Manda masih nak kerja dengan Ibu, Manda kena kahwin dengan Zarif." Kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Puan Maryani membuatkan Amanda naik darah. Sudu dan garfu di tangannya dilepaskan kasar ke atas pinggan membuatkan bunyi berdeting.

"Amanda!" Tegur Puan Maryani lembut.

"Ibu, Manda dah ada Arasy. Apa yang salahnya tentang Arasy? Arasy lelaki yang baik. Dia bukan lelaki yang mata keranjang seperti Zarif. Kalau papa mahukan Zarif kerana harta, pangkat, Arasy pun kaya ibu. Apa kurangnya Arasy dimata papa? Cuba ibu berterus terang dengan Manda." Pinta Amanda dengan air mata yang bertakung di kelompak matanya. Puan Maryani memandang Amanda dengan pandangan sayu. Kepala Amanda digosok perlahan.

"Ibu tak mampu nak beritahu Manda lagi. Ibu tahu Manda tak boleh terima kenyataan kenapa kami tak terima Arasy. Kami sayangkan Manda. Kami nak Manda bahagia." Pujuk Puan Maryani lagi. Amanda mengeluh kecil.

"Kalau Manda kata bahagia Manda hanya pada Arasy. Apa yang mama dan ibu akan buat? Biarkan Manda berduka? Sanggup ke ibu biarkan Manda merana?"

Pertanyaan Amanda membuatkan Puan Maryani terdiam. Amanda angkat punggung. Beg tangannya dicapai lalu disangkut ke bahu.

"Manda nak pergi mana ni? Sarapan tak habis lagi ni." Tanya Puan Maryani peli.

"Manda nak pergi ladies kejap."

Tanpa menunggu keizinan dari ibunya, kakinya melangkah pantas mencari tandas. Air matanya dihemburkan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam tandas. Penutup mangkuk tandas ditutup sebelum punggungnya dilabuhkan ke situ. Nasib tak basah. Beg tangannya dibuka sebelum telefon pintarnya dikeluarkan.

Iphone miliknya yang tadinya gelap mula bertukar cerah. Terpampang gambar selfienya bersama Arasy ketika di gelanggang bola tampar tempoh hari. Telefonnya dirapatkan ke telinga sebaik sahaja nombor Arasy ditekan.

 Telefonnya dirapatkan ke telinga sebaik sahaja nombor Arasy ditekan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tuan Arasy!Where stories live. Discover now