Tuan Arasy | Epilog 1

1.1K 36 1
                                    

"The first true love is always the last one."

Amanda melangkah keluar dari kereta Lamborghini Urus milik Arasy lalu berlari memeluk Puan Sri Hasnawati dan Puan Maryani. Setelah itu, Amanda beralih pada papanya. Tubuh lelaki berpangkat bapa itu dipeluk penuh kasih.

“Papa sayang Manda. Jangan tinggalkan papa lagi.” Ucap lelaki itu ditelinga anak bongsunya itu. Amanda menganggukkan kepalanya perlahan.

“Manda tak akan tinggalkan papa.” Tubuh itu dipeluk seerat mungkin.
Arasy memeluk Puan Sri Khaleeda yang berdiri di sebelah Puan Sri Hasnawati. Ahli keluarga mereka mula berkumpul di Teratak Tengku Maimon untuk menunggu kepulangan mereka berempat.

“Lega hati mummy bila Arasy dan Manda balik dengan selamat.” Ucap Puan Sri Khaleeda penuh syukur. Arasy tersenyum kecil. Tubuh mummynya dipeluk erat.

“Arasy dah selamat mummy. Alhamdullillah.”

Wafiy mengangkat tubuh Raisya yang masih lemah itu ke atas wheelchair di sebelah kereta itu. Wafiy menolak wheelchair itu ke arah ibu bapa Raisya yang menunggu dengan wajah kesedihan. Terpancar jelas riak sayu di wajah mereka ketika memandang keadaan Raisya saat ini.

“Raisya okay sayang? Ya allah, anak mummy.” Tengku Dahlia memeluk tubuh anak gadisnya itu seerat mungkin. Dia mula menangis kecil. Sayu hatinya melihat wajah anak gadis itu.

“Terima kasih Wafiy. Terima kasih sangat-sangat…” Tengku Yusuf mula memeluk anak saudaranya itu seerat mungkin. Jika tidak kerana Wafiy, entah bagaimana keadaan anak gadisnya itu saat ini.

Thanks bro sebab selamatkan adik aku.” Iskandar mula menepuk bahu adik sepupunya itu perlahan. Walaupun dia tidak rapat dengan Wafiy, dia cukup berterima kasih dengan lelaki itu. Lelaki itu telah menyelamatkan adiknya.

“Nenda.” Wafiy berlari sebaik sahaja melihat Tengku Maimon. Dia memeluk tubuh nendanya yang memandang dari pintu utama itu seerat mungkin. Tubuhnya juga dibalas dengan pelukan yang erat.

“Nenda risau… Nenda takut Wafiy akan tinggalkan nenda…”
Pelukan itu dileraikan. Wafiy menunduk memandang wajah nendanya lalu diusap lembut pipi nendanya yang dipenuhi linangan air mata.

“Wafiy dah janji. Wafiy tak kan tinggalkan nenda…” Balas Wafiy penuh makna. Tubuh itu kembali dipeluk. Pelukan itu dileraikan. Wafiy mula berpeluk dengan ibu dan bapanya.

“Ibu risaukan Wafiy.”
Wafiy sekadar menganggukkan kepalanya.

“Wafiy selamat. Ibu jangan risau.” Balas Wafiy dengan senyuman. Pelukan itu dilepaskan lalu dia kemudiannya memandang Raisya yang sudah berpelukan dengan nendanya. Dia mula mengeluh lega. Akhirnya, hubungan nenda dan Raisya akan beransur pulih.


 Akhirnya, hubungan nenda dan Raisya akan beransur pulih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tuan Arasy!Where stories live. Discover now