Tuan Arasy | 42

1.2K 54 0
                                    

"You're responsible for your own happiness. If you expect others to make your happy, you'll always be disappointed."

Amanda memandang jarinya yang berinai cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Amanda memandang jarinya yang berinai cantik. Tidak lekang senyuman di bibirnya apabila melihat pelamin ringkas di ruang tamu. Pagi esok majlis akad nikah dia dan Arasy akan berlangsung. Majlis tersebut dilaksanakan secara ringkas dan tertutup. Hanya sanak-saudara dan keluarga yang terdekat sahaja dijemput. Majlis repsepsi pula akan dilaksanakan lusa. Semua rakan kongsi dan client ayahnya, Arasy dan Tan Sri Khalid dijemput ke majlis tersebut.

Tangan Amanda naik menyentuh dada. Berdebar. Takut!

Inilah impian yang pernah dia impikan. Semenjak Adha meninggal dunia, dia hidup dalam satu kehidupan tanpa sinar cahaya. Dia mempunyai keluarga tapi entah mengapa dia tidak bahagia. Dunianya terasa hambar. Dia merasa keseorangan. Dia rapuh tapi dia tiada sokongan. Dia tiada insan yang sanggup mendengar luahan hatinya.

Amanda mendongakkan kepalanya ke atas. Langit malam tanpa bintang malam ini seakan-akan memahami keresahan hatinya. Meninggalkan keluarga adalah kemahuannya dalam diam. Hidup bersama Arasy adalah kebahagiannya. Tapi semenjek hubungannya dengan papanya semakin baik, dia seakan-akan resah. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk terus meraih kasih sayang dari papanya.

Entah mengapa hatinya dipanggut rasa sedih. Disaat dia kembali merasa kasih sayang seorang ayah, dia diuji untuk berpisah. Tapi ini adalah pilihannya. Ini adalah jalan yang dia pilih. Dia harus menerima dengan hati yang terbuka.

"Boleh papa duduk?"

Amanda mengalihkan kepalanya apabila satu suara yang tidak asing menegurnya. Kepalanya dijatuhkan perlahan. Tan Sri Khalid menarik kerusi lalu duduk di sebelah anaknya di taman mini itu. Suasana sunyi melanda mereka tanpa sedar.

"Tak sangka Manda dah nak nikah. Papa rasa baru semalam papa tatap Manda yang masih merah. Tak sangka anak kecil papa dah membesar menjadi seorang gadis yang cantik dan kuat." Ujar Tan Sri Khalid tiba-tiba. Amanda tersenyum nipis.

"Papa menyesal. Kerana keegoan papa, semua insan yang papa sayang mula jauh dari papa. Papa terlalu sayangkan Adha sampai papa tak mampu nak terima hakikat, anak yang paling papa sayang dah tinggalkan papa. Papa marah dengan diri papa sendiri. Papa tak mampu jaga dia sebaik mungkin. Papa yang.."

Belum sempat Tan Sri Khalid menghabiskan kata-katanya, Amanda menyentuh dan menggengam tangan ayahnya seerat mungkin. Pandangan Tan Sri Khalid jatuh pada pegangan tangan Amanda sebelum dia kembali memandang wajah anak bongsunya itu.

"Apa yang penting papa dah cuba untuk jadi papa yang bagus pada kami. Kan?" Ujar Amanda dengan senyuman. Tan Sri Khalid tersenyum nipis.

"Amanda.."

"Ye papa?" Tanya Amanda pelik apabila Tan Sri Khalid memandangnya lama.

"Manda nak tahu tak kenapa papa selalu kongkong Manda?"

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now