Tuan Arasy | 60

1.1K 67 4
                                    

"I think it's time to be happy again."

Jari Amanda yang tadinya sibuk menekan-nekan telefon pintarnya mula membaling gajet itu ke tepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jari Amanda yang tadinya sibuk menekan-nekan telefon pintarnya mula membaling gajet itu ke tepi. Dia yang duduk di sofa itu mula mengeluh kebosanan. Arasy yang khusyuk berbincang bersama beberapa orang pekerjanya dipandang geram.

Semenjak Arasy mengetahui bahawa dia mengandung, lelaki itu cukup ketat menjaganya dan bayi di kandungannya. Dia dipaksa duduk di office Arasy ketika lelaki itu berkerja. Entah mengapa dia benci terkurung di bilik ini. Jika sebelum ini, dia gemar duduk di samping Arasy.

Jika boleh, setiap hari dia mahu berkepit dengan Arasy. Tetapi semenjak dia mengandung, dia rimas berdampingan dengan Arasy. Entah mengapa dia bagaikan terasa terkongkong. Entah mengapa...
Amanda yang sudah tidak mampu mengawal kebosanan mula mengeluh lagi.

"Baby..!" Nama panggilan Arasy dipanggil sedikit kuat. Memanggil si suami yang duduk jauh di hujung sana.

"Yes, baby? Are you okay? Ada nak apa-apa? Atau baby ada sakit dekat mana-mana?"

Arasy yang tadinya sibuk dengan kerjanya mula berdiri. Jelas terpancar riak wajah risau di dahi lelaki itu. Dua orang pekerjanya yang tadinya memandang Arasy mula mengalihkan pandangan ke arah isteri majikannya.

"Saya.... BOSAN!" Amanda memeluk tubuh dengan wajah ketat.
Arasy yang tadinya beriak risau mula mengusap dadanya dengan nafas lega.

"Sayang, nasib saya tak sakit jantung." Arasy mengeluh kecil. Tangannya masih mengusap dada yang terasa berdenyut tiba-tiba. Berdebar agaknya.

Beberapa pekerja yang berada di situ menggelengkan kepalanya perlahan. Ternaik bibir mereka menguntum senyuman apabila melihat telatah bakal ibu dan ayah muda itu.

"Saya nak keluar boleh?" Amanda tayang wajah manja. Matanya dikedipkan berkali-kali sebagai modal untuk membodek suaminya.

"Tak boleh." Pantas Arasy menjawab.

"Baby!" Amanda merengek lagi.
Arasy mengeluh kecil. Amanda sudah berkeras. Wajah pekerjanya dipandang seketika.

"Kamu semua boleh keluar dulu. Jazmy akan aturkan appointment kita untuk perbincangan selanjutnya." Wajah Jazmy di sebelah dipandang. Jazmy menganggukkan kepalanya pantas. Jarinya pantas menyentuh permukaan ipad miliknya.

"Baiklah Tuan Arasy." Pekerja-pekerjanya pantas menyimpan kertas-kertas kerja mereka.

Arasy menjeling isterinya yang masih menayangkan wajah monyok di sofa di biliknya itu.

"Biasalah tu Tuan Arasy. Ragam ibu mengandung. Layan saja." Pesan salah seorang pekerjanya yang kelihatan sedikit berusia daripada majikannya itu. Mungkin sudah beristeri dan mempunyai anak.

"Entahlah Encik Azam. Isteri saya tu mengandung ke tak mengandung sama je. Merengek je kerjanya." Balas Arasy dengan gurauan. Sempat dia ketawa di hujung ayatnya.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now