Tuan Arasy | 55

1.3K 70 2
                                    

"Never go to bed angry, stay awake and plot the revenge!"



Amanda yang tadinya khusyuk memandang telefon pintarnya mula mengangkat muka. Keluhan kecil dilepaskan sebaik sahaja dia melihat Arasy yang kusyuk berbincang sesuatu dengan dua orang pekerjanya di mejanya itu. Amanda pula duduk di sofa sambil melayan perasaan bosannya.

"Arasy..."

Amanda memanggil nama suaminya dengan nada rendah. Tapi Arasy masih khusyuk berbincang dengan pekerjanya itu. Suara Amanda sebentar tadi bagaikan angin yang menyapa telinganya.

"Baby..." Amanda memanggil lagi. Kali ini lelaki itu mula berpaling. Wajah bosan isterinya dipandang lama.

"Yes, honey."

"Bosan."

Sepatah kata yang keluar dari mulut Amanda membuatkan Arasy tersenyum. Isteri siapalah yang comel sangat ni?

"Siapa yang nak ikut saya tadi?"

Soalan yang keluar dari mulut Arasy berjaya membuatkan muncung di bibir Amanda semakin tinggi. Raup wajahnya mula bertukar muram. Sedih sahaja anak matanya menatap anak mata budar Arasy. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan.

"Saya ada benda sikit nak bincang ni. Nanti saya layan awak ye sayang?" Arasy cuba memujuk.

Amanda menarik nafas panjang. Dia sedar dua orang pekerja Arasy sibuk memandang mereka suami isteri. Dia tak mahu Arasy dilabelkan 'takut bini'. Dia tak mahu maruah suaminya jatuh kerana mempunyai isteri sepertinya.

"Habis tu, saya nak buat apa sekarang?" Amanda meminta pendapat.

"Awak pergi kacau Jazmy dekat luar tu. Jangan bagi dia curi tulang." Arasy memberi pendapat.

Amanda berfikir sejenak. Kemudiannya dia mengangguk lalu bingkas berdiri.

"Saya pergi kacau Jazmy kejap."

"Okay sayang." Arasy menjawab sebelum lelaki itu kembali menghabiskan perbincangannya.

Amanda melangkah keluar dari bilik Arasy lalu pintu bilik itu ditutup perlahan-lahan. Langkahnya mula diaturkan ke ruangan Jazmy. Kelihatan lelaki itu sedang khusyuk menekan sesuatu di ipad miliknya tanpa menyedari kedatangan Amanda.

"Curi tulang!" Sergah Amanda selamba.

Hampir dia tidak percaya apabila melihat filem Hindustan yang terpancar di skrin ipad milik Jazmy. Amboi, Arasy dekat dalam sibuk meeting, mamat ni layan Hindustan dekat sini? Gembiranya hidup kau!

"Haisy, mana ada." Jazmy pantas membantah. Ipadnya mula dimatikan dengan tergesa-gesa. Dia kini berdiri dari duduknya. Terkejut punya pasal.

"Ceh, penipu. Manda nampak Jazmy layan filem Hindustan. Nampak je cool tapi layan Hindustan. Poyo!" Amanda mengejek lagi. Jazmy menjuling matanya ke atas. Kecoh lah perempuan ni!

Tuan Arasy!حيث تعيش القصص. اكتشف الآن