Tuan Arasy | 53

1.2K 55 0
                                    

"The show is about to start. Put your game face on and smile."

Arasy membuka matanya perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Arasy membuka matanya perlahan-lahan. Lengannya yang berasa berat mambuatkan dia terjaga dari tidurnya. Sebaris senyuman terukir sebaik sahaja dia melihat wajah polos isterinya itu. Amanda... Amanda...

Arasy mula mencapai telefon pintarnya yang berada di meja kecil di sisi katil dengan tangan kirinya. Telefon pintarnya dihidupkan. Hampir pukul 12 tengah hari. Selepas mereka solat subuh sebentar tadi, dia dan Amanda kembali tidur.

Pada mulanya dia hanya mahu menemani Amanda. Entah kenapa, melihat wajah polos Amanda yang sedang lena membuatkan dia turut mengantuk. Akhirnya dia turut menemani Amanda tidur di ranjang itu.

Telefon pintarnya kembali dipandang. Terdapat berpuluh-puluh missed call dan pesanan whatsapp yang tidak dia balas. Mungkin kerana dia mengaktifkan silent mode membuatkan dia langsung tidak menyedari panggilan-panggilan itu. Arasy mula menaip sesuatu.

Pesanan untuk Jazmy yang mengatakan dia tidak masuk kerja dihantar. Dia tahu pasti Jazmy sedang merisaukan dirinya. Sebelum ini, dia tidak pernah ponteng kerja walaupun dia sakit sekalipun. Tetapi kali ini berbeza, dia mempunyai seorang isterinya. Amanda keutamaannya sekarang.

Arasy kembali memandang Amanda disebelahnya. Isterinya itu kelihatan cukup tenang apabila sedang tidur tidak seperti semalam. Arasy mengeluh kecil. Dia tahu dia sudah mengabaikan Amanda tetapi dia tiada pilihan. Dia tidak mahu berlengah. Dia mahu menamatkan semua ini secepat mungkin.

"Baby dah bangun..." Amanda menggeliat perlahan. Seketika kemudian tubuh Arasy dipeluk. Kepadanya disandarkan pada dada Arasy sambil matanya tepat memandang ke arah Arasy yang sudah terjaga terlebih dahulu darinya.

"Baru bangun.." Arasy ukir senyum. Pinggang ramping Amanda dipeluk.

"Handsome lah awak ni. Suami siapa ni." Tangan Amanda naik ke kepala Arasy sebelum telapak tangannya menyentuh wajah tampan suaminya.

"Suami Puan Amanda. Awak kenal?" Soal Arasy yang turut melayan loya buruk Amanda waktu itu. Amanda mengekek ketawa dengan nada perlahan.

"Pukul berapa ni?"

"12 tengah hari." Jawab Arasy singkat.

"12 tengah hari?!" Amanda bingkas berdiri. Arasy tersenyum kecil. Kalut sahaja isterinya saat ini.

"Kenapa ni yang?" Tanpa bersalah Arasy bertanya. Dia mula memperbetulkan posisi tidurnya. Tangannya dilipat ke belakang untuk dijadikan bantal. Matanya masih tunak memandang wajah terkejut Amanda.

"Awak tak pergi kerja ke?" Amanda menyoal dengan gugup.

"I'm a boss, Amanda. Saya boleh masuk dan keluar bila-bila masa yang sana nak. Don't worry, baby. Come here, darling..."

Arasy menepuk ruang kosong di sebelahnya berkali-kali. Memujuk Amanda supaya kembali berbaring di atas tilam empuk itu.

Jawapan yang keluar dari mulut Arasy kali ini berjaya mengembalikan senyuman di bibir Amanda. Dengan langkah lemah gemalai, Amanda mendekati katil itu lalu merebahkan badannya ke atas katil di sebelah Arasy. Dia kini berada dalam posisi meniarap saat ini.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now