Tuan Arasy | 35

1.2K 55 2
                                    

"Release the truth that feels like a burden.
Or live a lie."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amanda memandang Arasy yang kelihatan gelisah dengan racing suit berwarna merah yang dipakai saat ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amanda memandang Arasy yang kelihatan gelisah dengan racing suit berwarna merah yang dipakai saat ini. Amanda mula mendekati lelaki itu dengan senyuman di bibirnya. Dia tidak menyangka permintaannya untuk melihat Arasy kembali beraksi di litar lumba membuahkan hasil. Lelaki itu kini kelihatan gelisah tapi dia tahu lelaki itu turut teruja apabila minatnya yang satu itu disokong Amanda.

Baginya, Arasy tidak perlu takut untuk berlumba lagi. Lelaki itu hanya memerlukan sokongan. Arasy tidak perlu hidup dalam bayangan kematian Adha. Adha meninggal dunia kerana takdir. Jadi buat apa Arasy terus menyalahkan dirinya sendiri dengan berhenti berlumba? Mengapa harus menghukum diri sebegitu? Mengapa?

"Takut?"

Amanda menyoal sambil memandang wajah Arasy yang jauh lebih tinggi darinya. Lelaki itu seakan-akan gelisah.

"Nervous. Dah lama tak race." Balas Arasy pendek. Hanya senyuman nipis menghiasi bibirnya saat ini.

"Saya tahu awak boleh Arasy. Sampai bila awak nak hidup dalam ketakutan? Saya nak Arasy yang kuat. Arasy yang berani lawan rasa takut dia. Saya tahu kalau arwah Adha ada, dia mesti tak nak tengok awak hidup dalam keadaan macam ni. Awak faham kan maksud saya Arasy?" Soal Amanda lagi. Arasy mengangguk perlahan.

Sejujurnya dia masih yakin dengan kehebatan yang dimilikinya dalam bidang perlumbaan. Dia tahu dia mampu menjadi pelumba yang terbaik. Entah mengapa dirinya diselengbungi rasa takut. Dia tak mampu lagi memandang kereta kesayangannya. Baginya kereta itu sudah tidak bernilai. Kereta yang sering dia banggakan dulu mula menjadi kereta yang dibencinya.

Sehingga sekarang dia masih tidak membaiki kereta kesayangannya itu. Baginya kereta itu sudah tiada erti. Dia juga sudah meninggalkan sukan perlumbaan itu jadi mengapa kereta itu harus dibaiki? Biarlah kereta itu menjadi kenangan buruk sehingga saat itu.

"Ini kereta arwah Adha. Kereta kesayangan dia." Arasy menyentuh permukaan kereta lumba berwarna merah itu. Amanda menundukkan kepalanya perlahan.

"Ye. Saya tahu. Kereta ni kereta kesayangan arwah Adha."

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now